"Baru balik?" Hajah Rosnina menegur tatkala anak bongsunya menutup pintu utama.
Astillah melempar senyuman. "Assalamualaikum, mama. Papa mana?"
"Papa kamu belum balik lagi. Lambat sikit baru dia sampai."
Tangan mamanya diraih dan dikucup, lalu duduk di sebelah mamanya di atas sofa. Kepala mendarat di bahu mamanya dan lengan dipeluk erat.
Hajah Rosnina mengecilkan matanya, "haih... Tak pernah-pernah nak bermanja macam ni..."
"Shh..." Jari telunjuk dilekapkan ke bibir.. Astillah memejam matanya. "Mama tak payah cakap apa-apa. Baca je majalah mama. Adik pinjam bahu sekejap je."
Keadaan sunyi sebentar. Astillah memang perlukan ketenangan sekarang ini. Mamanyalah sumber ketenangan dia. Hanya berada dengan mamanya dalam ruang yang sama, menjadikan dia tenang, walau tidak sepenuhnya. Mamanyalah yang mengandungkan dia selam a sembilan bulan dan menanggung kesakitan seperti nyawa di hujung tanduk untuk melahirkan dia. Tanpa mamanya, Astillah tidak akan wujud di dunia ini.
"Oh ya, sebelum mama lupa. Cuti semester ni, adik ikut papa dan mama balik Malaysia seminggu tau. Kak Ina tak dapat ikut." Hajah Rosnina memecah kesunyian.
"Okey ma. Boleh je..." Astillah menunjukkan ibu jari, tanda setuju.
Sekurang-kurangnya dia jauh dari kenangan di Brunei selama seminggu. Lagipun Malaysia ialah bumi kelahirannya. Ada peluang, ambillah. Terselit juga rasa rindu pada keluarganya di sana.
...
Cuti semester - Brunei
Baju dan barang-barang keperluan dimasukkan ke dalam beg. Besok dia kena berangkat ke lapangan terbang. Hatinya sudah tidak sabar hendak memijak bumi Malaysia. Rasa rindu sarat menggunung.
Hal Zafiyan diketepikan dahulu. Tidak sanggup rasanya dia memikirkan hal itu. Biarlah Zafiyan mengendalikannya sendiri. Setiap panggilan dari lelaki itu tidak berjawab. Mesej tidak berbalas. Hatinya serik menangis.
Tarikh pertunangan Zafiyan kebetulan sama dengan tarikh pertunangan Hanna. Lokasi juga sama, di Malaysia. Astillah berharap, dia tidak bertembung dengan Zafiyan di Malaysia nanti. Apabila difikirkan balik, bumi Malaysia kan besar, Insya Allah tidak bertembung.
Telefon bimbit dicapai dan ikon WhatsApp dicari. Group chat Bestie's yang ahlinya cuma Astillah, Insyirah dan Zeeta ditekan.
Astillah: Wei korang! Aku ke malaysia esok! Goodbye! :D
Zeeta: Alaaaa... Syoknya!
Insyirah: Tak bagitau awal-awal! Merajuklah!
Zeeta: aku pun merajuk jugalah!
Astillah: Alolo... Janganlah merajuk... Apa kata aku belikan korang ole-ole? Amacam?
Zeeta: Sogok kitorang pakai barang -.-
Insyirah: Hahahahahaha! Apa-apa pun safe flight dear!
Astillah: Thank youuuuu *love emoji*
...
Malaysia
"Assalamualaikum, mak ngah, pak ngah!" Astillah mengetuk pintu bertalu-talu.
Kedengaran kunci pintu utama dibuka dari dalam.
"Surprise!"
"El!" Hanna memeluk Astillah sekejap. "Datang juga kau ya? Aku fikir kau tak sudi nak hadir majlis pertunangan aku lusa ni..."
"Mestilah aku datang... Kau family aku kot!"
"Apa yang bising-bising kat luar tu Hanna? Kenapa tak dijemput tetamu tu masuk ke dalam?" Hajah Mariam menghampiri mereka.
"Assalamualaikum, mak ngah." Astillah menyapa lalu bersalaman dengan Hajah Mariam.
"Waalaikumsalam. El sorang je? Mama dengan papa kamu mana?" Tanya Hajah Mariam.
"Ha'ah. Mak long dengan pak long mana? Tak nampak pun diorang," Hanna menyampuk.
"Ada je kat rumah atuk. Mereka tidur sana. Penat sangat kut sebab tu lah El sorang je datang." Jelas Astillah. "Mak ngah, El nak tumpang tidur kat rumah mak ngah boleh? El tidur sini sampai tiba majlis je..." Sambungnya.
"Boleh je... Mama papa kamu dah tahu?" Hajah Mariam cuma ingin memastikan.
"Dah." Astillah tersengih.
"Yeay!" Hanna bersorak keriangan. "Kau tidur sebilik dengan akulah. Boleh sleepover malam ni, yahoo!"
"Jangan nak sleepover sangat! Nanti mata kamu tu macam panda masa bertunang nanti." Hajah Mariam berpesan.
"Hish, umi ni!" Hanna muncung sedepa.
"Hehehe..." Astillah ketawa mengejek.
...
Astillah meletakkan begnya berhampiran almari. Hanna pula, nampak sahaja katil, terus direbahkan dirinya.
Astillah merungkai lilitan shawl yang dari tadi melekap di kepala. Lalu direbahkan jua tubuhnya di sebelah Hanna. Penat sangat!
"So, kau dah ready bergelar tunang orang?" Astillah bertanya, selepas sahaja dia baring.
"Aku tak tahu..." Nada suara Hanna mengendur.
"Kenapa tak tahu?" Tanya Astillah lagi.
Keluhan berat dilepaskan, "aku betul-betul tak tahu... Tapi yang jelas, aku memang suka dia dari kali pertama kami jumpa. Masa kali pertama tu, dia memang seorang yang baik. Tidak dinafikan di juga ramah dengan orang tua aku. Dan dari situ, aku mula jatuh suka dengan dia. Kali pertama tu, kami belum tahu lagi yang kami dijodohkan dan hubungan kami okey-okey je. Tapi..." Hanna berhenti sekejap. Mengambil kekuatan.
Astillah diam. Sabar menunggu kata-kata yang seterusnya.
"Tapi semenjak orang tua kami bagitau pasal benda tu, dia berubah dingin. Dia seolah-olah membenci aku. Cara dia bercakap pun tak pernah lembut. Cuma kata-kata kesat yang diluahkan..." Setitis air mata jatuh dari tubir mata Hanna.
"Hanna, mungkin dia berubah sikap sebab dia sentap. Iyalah, tiba-tiba je orang tua korang dah sepakat tentang ni tanpa pengetahuan korang. Mungkin dia macam tu sebab dia dah ada pilihan hati. Tapi kau jangan risau. Masa kau dalam tempoh bertunang dengan dia, kau biarkan je dia dengan sikap dia. Nanti dah kahwin, kau pikat dia dan goda dia. Insya Allah dia akan cair punya! Mana ada suami yang boleh tahan dengan isteri sendiri. Kan dah halal..." Astillah memberi nasihat.
Hanna ketawa kecil pada ayat Astillah yang terakhir. "Kau doakan aku selalu, eh. Supaya aku berjaya."
"Insya Allah, aku akan doakan kau."
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomantizmHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...