Bahagian I - Bab 1

681 15 0
                                    

Dia tersenyum puas apabila kerja rumah yang sepatutnya disiapkan sehari sebelumnya, disiapkan tiga puluh minit sebelum kelas bermula. Maklumlah, sebagai seorang pelajar sekolah menengah, memang akan terlupa sesetengah perkara, apatah lagi bila menjejaki dunia universiti. Lagi stres wei!

"El!" Syazreena dan Anna memekik dari luar kelas. Mereka berdua adalah sahabat yang paling rapat dengan Astillah. El itu adalah nama singkatan bagi Astillah yang dicipta oleh rakan-rakannya.

"Korang ni terpekik dari luar kelas sampai ke dalam ni kenapa? Apa yang penting sangat? Nasib baik cikgu Arlin belum datang lagi. Ha, lagi satu, kenapa korang lambat masuk kelas? Korang buat apa lama-lama kat luar?" Astillah merengus geram.

"Relakslah wei... Sebenarnya kitorang nak cakap, tadi kitorang terserempak dengan 'hershey'!" Jelas Anna.

'Hershey' itu ialah gelaran bagi seorang pelajar lelaki bernama Firash. Gelaran itu diberi Astillah sendiri. Ditanya kenapa? Sebab Astillah tidak mahu orang lain tahu dia menaruh hati pada Firash, jadi dia tukar nama Firash menjadi 'Hershey.'

Syazreena dan Anna mula-mula hairan dengan nama yang diberikan. Astillah cuma menjawab "entah." Mungkin kerana waktu itu dia sedang berfikir untuk membeli coklat Hershey.

"Betul ke?" Ada sinar di mata Astillah bila mendengar nama itu. "Tapi dia nak ke mana? Kan kejap lagi nak masuk waktu belajar?"

Syazreen menggeleng. "Tak pasti, tapi nampak gayanya dia nak ke kelas kita kut ataupun kelas 9A. Kan kelas kita dengan 9A paling hujung. Sebab aku nampak dia menuju kesini."

"Dia nak ke kelas..." Hasrat ingin bertanya lebih lanjut terhenti apabila seseorang mengetuk pintu kelas mereka.

Firash!

Hati berdegup kencang.

Relaks Astillah, relaks!

Astillah menghampiri Firash. "Ya, ada apa?"

"Saya nak agihkan surat makluman dari guru besar bagi setiap kelas mengenai sambutan Aidilfitri di sekolah kita hujung bulan ni. Surat ni untuk kelas korang." Surat makluman bertukar tangan. Astillah membaca sekilas.

Sebagai seorang ketua pengawas sekolah, Firash memang menjalankan tugasnya dengan cekap. Itu memang tidak boleh dinafikan. Dia juga pelajar contoh di sekolah. Ramai juga pelajar perempuan yang terjatuh cinta dengan ketampanan jejaka itu termasuk Astillah sendiri.

"Okey, thanks. Ada apa-apa lagi ke?" Astillah merenung jejaka yang sedang berfikir itu.

"Ada kut."

"Apa dia?"

"Err, Insyirah ada tak?" Firash cari Insyirah? Kenapa? Ada hal sesama pengawas sekolah kut. Insyirah ialah rakan sekelas Astillah dan juga salah seorang pengawas sekolah yang rajin.

"Dia belum datang lagi. Ada apa-apa pesanan yang nak saya sampaikan ke?"

"Tak apalah. Terima kasih. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam." Dengan itu Astillah kembali ke tempat duduknya beresebelahan dengan Anna.

"Amboi, lama sembang!" Anna tersenyum senget.

Waktu itu Syazreena sibuk melakukan tugasnya. Sepatah kata pun tak keluar dari mulut dia yang becok itu.

"Tak adalah. Tadi Firash bagi surat makluman dari guru besar je. Lepas tu dia cari Insyirah. Mungkin ada hal sesama pengawas kut."

"Oh." Mulut Anna membentuk huruf 'O'. "El, dengar kata hujung tahun ni kau nak balik Malaysia. Berapa hari?" Sambungnya lagi.

"Dua minggu kut. Aku nak lawat atuk aku kat sana."

Sebenarnya Astillah asal orang Malaysia. Namun pada usianya 4 tahun, ibu bapanya mempunyai keinginan untuk berhijrah ke Brunei. Jadi kesudahannya dia menetap di Brunei sehinggalah sekarang. Dalam setahun, boleh dikira dengan jari berapa kali dia melawat bumi kelahirannya itu.

"Kenapa dengan atuk kau?"

"Dia sakit."

"Macam tu, aku doakan supaya atuk kau cepat sembuh."

"Thank you, Anna."

"Lagi satu El, jangan lupa ole-ole dari Malaysia ya, hehehe..." Anna tersengih.

"Aku pun nak juga ole-ole!" Syazreena tiba-tiba menyampuk.

"Cakap pasal hadiah, baru kau nak pandang aku eh..." Astillah mencubit pipi Syazreena.

"Sakitlah!" Syazreena mengadu.

"Maaf ya, kawanku."

Astillah mengangkat tangan tanda 'peace.'

Sedar tidak sedar, jam sudah menginjak 7.30 pagi. Okey, jom belajar! Cikgu Arlin pun dah masuk kelas.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now