"Syaz!" Astillah memanggil Syazreena sejurus sahaja dia keluar dari pantri.
"Ya, ada apa El?" Syazreena hairan melihat senyuman lebar Astillah.
"Kau ada check Facebook tak?" Tanya Astillah.
"Tak. Kenapa?"
"Kau tahu tak yang Syirah tunang dengan Firash?"
"Ya ampun! Betul ke?" Syazreena tepuk tangan seperti kanak-kanak yang diberi gula-gula. "Tak sangka kan? Bila diorang nak kahwin?"
"Tak silap aku, tiga bulan lepas tunang."
"Wei, seronoknya dia... Rasa tak sabar pula nak kahwin dengan Yazid."
"Eleh," Astillah mencebik. "Balik-balik Yazid nak percepatkan tarikh kahwin, kau pula asyik menolak."
"Hehe..." Syazreena senyum senget. "Aku tak sedia lagi."
Astillah menjeling. "Ada hati nak jealous kat orang tapi dia sendiri belum sedia."
"El, kan?" Tiba-tiba ada seseorang menegur. Syazreena sudah berada selamat di ruang kerjanya.
"Eh, aunty Zura? Buat apa kat sini?" Tanya Astillah. Tidak sangka dia terjumpa dengan wanita itu di tempat kerjanya.
"Aunty nak bagi wallet kat suami aunty yang tertinggal. Nasib baik aunty alert."
"Oh... Kalau boleh saya tahu, suami aunty siapa?"
"Suami aunty... Hah, tu dia! Sebelah tu anak aunty."
Mata Astillah terkalih pada dua kelibat yang baru sahaja keluar dari perut lif. Uncle Zawawi? Ini bermakna Adam adalah anak kepada aunty Azura? Jadi aunty Azura ialah DATIN Azura? Dato' Zawawi dan Adam menghampiri mereka berdua.
"Eh, awak buat apa kat sini?" Tanya Dato' Zawawi kepada isterinya.
"Ni hah," Datin Azura menunjukkan dompet yang dipegang. "Awak tertinggal dompet awak."
"Ya Allah! Nasib baik awak bawa," Dato' Zawawi menepuk dahinya. "Terima kasih, sayang." Dompet diambil dari huluran. Mata dikenyitkan kepada si isteri, sekadar mengusik.
"Abang ni... Kita kat tempat awam. Jangan nak mengada kat sini."
Astillah cuma memerhati pasangan suami isteri yang dimamah usia itu. Bahagianya mereka, Astillah boleh lihat itu. Kasih sayang masih lagi mengalir di dalam darah mereka walaupun usia perkahwinan mereka sudah tua.
""Hah, El," suara Datin Azura menyedarkan Astillah dari angan-angan. "Aunty pasti kamu dah kenal kan dengan anak aunty yang sorang ni?"
"Dah, aunty Adam Mahriz kan?" Astillah berkata sekadar berbasa-basi.
"Pardon?"
Kening Astillah bertaut, "Err... Adam Mahriz." Nada suara dileretken.
Dahi Datin Azura berkerut seribu. Astillah termangu-mangu. Pandangan Datin Azura dikalih pada suami dan anaknya.
"El, sebenarnya..."
"Err, sayang ikut abang masuk ofis kejap. Adam pun," Dato' Zawawi cepat memintas.
"Tapi..."
"Dah, jom." Tangan Datin Azura ditarik. Adam mengekori mereka berdua.
...
"Boleh tak abang dan Adam jelaskan yang tadi tu?" Tanya Datin Azura semasa mereka berada di dalam bilik ofis Dato' Zawawi.
Dato' Zawawi dan Adam memandang sesama sendiri. Adam mengangguk kecil untuk memberi ayahnya keizinan memberitahu segalanya. Dato' Zawawi menghembus nafasnya perlahan lalu menjelaskan satu persatu dari awal hingga akhir. Adam juga turut menjelaskan sikit-sikit.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...