Bahagian III - Bab 46

110 1 2
                                    

Tidak lama lagi dia akan pulang ke Malaysia. Rasanya sudah tidak sanggup lagi dia menanggung rasa rindu yang membebankan gelora jiwanya terhadap kekasih hatinya. Memandangkan tarikh perkhawinan mereka kian menjelang, bibirnya menarik senyuman.

Namun senyuman itu terus mati apabila dia teringat bahawa kekasih hatinya seolah-olah ingin menjauhkan diri darinya. Setiap panggilan telefon bimbit dibiarkan sahaja. Setiap mesej yang dihantar tidak pernah di balas.

Hatinya terasa gusar. Fikirannya penasaran. Tidak dapat dia menelah apa yang terjadi nun jauh di Malaysia sana.

...

Astillah tidak berhenti menangis sejak balik dari pusat membeli belah tadi. Dia tidak percaya dengan apa yang dia saksikan sebentar tadi. Hatinya kuat menafikan yang Adam tidak mungkin akan berlaku curang kepadanya. Tetapi dia juga tidak mampu untuk menipu diri sendiri.

'Kenapa dia berlaku curang? Kenapa dia pura-pura tidak kenal aku? Kenapa dia sanggup menggunakan panggilan sayang itu terhadap orang lain? Kenapa aku selalu gagal dalam percintaan? Aku tidak sanggup menanggung kekecewaan ini untuk kali yang kedua...' rintih hatinya.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now