Terasa tangannya dipegang oleh seseorang. Langkahnya terhenti dan badannya dipusing untuk melihat gerangan yang berani menyentuhnya.
"Zafiyan..."
Mereka terkaku sekejap.
"Lepaslah!" suara Astillah menyedarkan mereka dari lamunan.
"Ikut saya kejap," pinta Zafiyan.
"Tak nak! Lepaskan akulah!" Astillah menempelak. Tidak lagi berawak-saya dengan Zafiyan seperti dulu.
Zafiyan tidak mempedulikan Astillah. Sebaliknya, genggaman tangan dieratkan dan menarik wanita itu jauh dari orang ramai.
"Lepaslah bodoh! Tak tahu hukum agama ke?!" Tiada lagi Astillah yang lemah lembut di depan Zafiyan.
Tangan segera dilepaskan. "Okey, fine. Saya minta maaf. Saya cuma nak cakap dengan awak."
"Kalau nak cakap pun tak payah nak heret aku! Kau ingat aku ni apa?!"
"Saya masih sayangkan awak Astillah," Zafiyan mengaku.
"Pergi mampuslah dengan sayang kau tu!" Astillah merengus.
"Saya masih cintakan awak Astillah."
"No."
"Awak tak ingat ke kenangan dulu..."
"Stop."
"Awak lupa ke janji kita dulu..."
"Berhenti."
"Janji yang kita akan sentiasa bersama."
"Aku cakap stop!" Astillah tiba-tiba menjerit. "Kau bodoh Zafiyan. Bodoh! Kau tak sedar ke kalau kau terus-terusan begini kau menyakiti dua hati perempuan? Kau tak cintakan aku dan kau tak sayangkan aku lagi. Kau cuma mengejar bayangan lama yang kau tak sedia nak lepaskan. Kau tak sedar ke semua tu?"
"Tolonglah, Astillah. Saya memang tak pernah lupakan awak. Saya merayu supaya awak kembali pada saya." Jatuh ego seorang lelaki merayu kepada seorang perempuan.
"No, Zafiyan! Aku takkan kutip balik apa yang aku buang. You hurt Hanna means you hurt me. So I suggest you to treat her right. She's innocent. She doesn't deserve all of this. If you dare lay a finger on her, I'll make sure you get what you deserve."
"Tapi..."
"Tiada tapi, Zafiyan. Goodbye." Dingin suara Astillah.
Astillah berjalan meninggalkan Zafiyan termangu-mangu sehingga hilang dari pandangannya. Astillah berjalan dan terus berjalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Hari pula semakin gelap.
Baru kini dia sedar dia berada di suatu tempat di pantai yang jarang dikunjungi oleh orang ramai. Astillah berasa seram sejuk. Hatinya jadi tak keruan.
"Hai, cik adik manis," satu suara lelaki menyapa Astillah.
Astillah memusing tubuhnya. Dia melihat dua orang lelaki senyum meleret sambil menelitinya.
"Korang nak apa hah?!" Astillah menjerit.
"Rileks, kitorang nak enjoy je..." Salah seorang lelaki itu berkata.
Lama-lama dua orang lelaki itu menghampiri Astillah. Astillah mengundur setapak demi setapak sambil menjerit minta tolong.
Dush! Satu tumbukan dilepaskan pada salah seorang lelaki itu.
Astillah terduduk di atas pantai sambil menutup matanya. Dia tidak mahu melihat aksi tumbuk-menumbuk yang berlaku sekarang ini. Dia cuma berterima kasih di dalam hati pada orang yang telah menyelamatkan maruah dirinya.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...