Bahagian III - Bab 39

195 3 0
                                    

"Kebetulan pula kau datang ke rumah aku. Sekarang ni pun aku perlukan bantuan seseorang," ujar Astillah kepada Syazreena. Tangannya sibuk memasukkan barang-barang keperluan ke dalam bagasi.

"Aku saja je nak datang sebab aku bosanlah di rumah. Tak buat apa-apa. Hah, sekarang ni kau nak aku buat apa?"

"Kau tolong lipatkan baju aku boleh?" Pinta Astillah.

"Okey," turut Syazreena tanpa banyak tingkah.

"Mmm... El," panggil Syazreena dalam pada dia melipat baju. "Kau di Australia berapa minggu?"

"Tak lama sangat. Dalam dua minggu je kut," jawab Astillah.

"Oh..."

Selepas Syazreena selesai melipat baju Astillah, dia melihat keadaan sekeliling bilik sahabatnya itu.

Hampir semua barang diusiknya tetapi Astillah membiarkan saja perlakuannya itu. Lincah tangan Syazreena membelek patung beruang kecil berwarna merah jambu. Selepas itu beralih pula kepada satu loket.

"El, kat mana kau beli loket ni?" Tanya Syazreena. Dia mengambil nota yang disimpan berhampiran loket itu dan membacanya sebelum sempat Astillah menjawab pertanyaannya. "Adam!"

Cepat-cepat nota itu diambil dari Syazreena lalu disimpan di dalam poket seluarnya. Perasaan malu mula menerjah.

Syazreena tahan senyum. Tak suka konon...

"Kau jangan salah faham dulu, eh? Loket itu pemberian dari Adam sebagai sahabat kepada seorang sahabat, okey?" Astillah menjelaskan.

"Oh... sahabat..." Syazreena mengangguk-angguk.

"Dan kami tak ada apa-apa hubungan selain sahabat." Perkataan 'sahabat' itu ditekan.

"Oh... tak ada apa-apa hubungan..." Syazreena mengangguk-angguk lagi.

"Kau ni dah kenapa asyik terangguk-angguk?" Terasa jengkel pula Astillah dibuatnya.

"Tak ada apa-apa. Kau ke Australia berapa lama?" Syazreena mengalih topik.

"Hmmm... Aku tak pasti sangat. Tapi Adam kata paling lama dalam dua minggu."

"Kau nak aku tolong hantar ke airport tak?"

"Tak apalah kut. Adam kata kitorang pergi sama-sama since kami berdua yang nak ke sana kan?"

Syazreena mengangguk kecil. "Okey."

Dalam mindanya ligat berfikir. Setiap hari Syazreena perasan yang Astillah dan Adam selalu sama-sama. Keluar makan tengahari sama-sama, buat kerja di ofis sama-sama. Pendek kata, mereka selalu bersamalah! Waktu itu Syazreena pernah nampak Adam dan Astillah di shopping complex. Hmmm..... Kalau Syazreena tanya mereka ada apa-apa hubungan ke tidak, Astillah menafikan.

Mungkin benar mereka ada hubungan, tapi mungkin mereka ingin rahsiakan, fikir Syazreena. Dia tersenyum simpul.

...

-Just a really really short update because I've been busy focusing more on my study because i have exams in a few months (which will determine my future, Insya Allah.)

-I know I haven't update this story for a really long time but thanks for your votes (Eventhough I know it's not really a great story, but still, thanks anyway). I really appreciate that.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now