Bahagian III - Bab 21

276 10 2
                                    

5 tahun kemudian...
Malaysia




DesHope Cafe. Pelik nama kafe itu. Tapi kafe itulah kafe kegemaran Astillah semenjak dia berada di bumi Malaysia. Kadang-kala dia ingin tahu juga siapa pemilik DesHope Cafe itu. Setiap kopi yang dipesan mempunyai rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Unik. Kopi itu seolah-olah mengingatkannya kepada sesuatu. Setiap hirupan memberi sedikit ketenangan pada dirinya. Mengapa? Dia pun tidak tahu...

"Haih... Mengelamun je El ni," tegur Dato' Zawawi.

Dato' Zawawi ialah kawan kepada papanya, Haji Fizul. Mereka berhubung semula seminggu sebelum hari graduasi Astillah. Waktu itu Dato' Zawawi berjumpa dengan klien di Brunei di salah sebuah restoran. Kebetulan Haji Fizul juga berada di situ, jadi mereka bertegur sapa dan bertukar nombor telefon.

"Teringat masa lalu, uncle." Astillah senyum kecil.

Dia duduk berhadapan Dato' Zawawi di DesHope Cafe.

"Oh... Papa kamu apa khabar?" Tanya Dato' Zawawi. Sedikit sebanyak, terselit juga rasa rindu terhadap sahabatnya itu.

"Papa sihat, uncle. Baru je dia call saya semalam." Kopi yang panas disisip.

Jam tangan dikerling. Beberapa minit lagi waktu kerja hendak bermula.

"Uncle, kejap lagi masuk waktu kerja. El nak pergi dulu. Nasib baik ofis kat bangunan sebelah ni je." Astillah menyelit telefon bimbit ke dalam beg tangan.

"Eh? Awal lagi ni..." Dato' Zawawi cuba menahan.

"Bagi uncle memang awal. Tu kan syarikat uncle. Saya pekerja uncle je. Assalamualaikum uncle. Terima kasih sebab belanja kopi." Astillah berlalu dengan cepat.

Dato' Zawawi menjawab salam di dalam hati. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Astillah. Senyuman kecil terukir. Sudah lama dia menganggap Astillah sebagai anaknya sendiri. Kalau jadi menantunya pun bagus juga. Huhuhu...

...

Punat lif nombor lima belas ditekan. Pintu lif terbuka dan Astillah memboloskan diri ke dalam perut lif. Tunggu punya tunggu, sampai juga ke tingkat lima belas. Fuh! Tinggi juga syarikat uncle Zawawi ni.

Keluar sahaja dari perut lif, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Telefon bimbit yang berada di dalam beg dicari. Sambil itu dia berjalan tanpa memandang ke hadapan.

Mana pula handphone aku ni?! Apasal banyak sangat yang aku bawa?! Astillah membebel sendirian.

Bukk!

Astillah terlanggar seseorang. Habis barang yang berada di dalam beg tangan jatuh.

Astillah mengambil semua barang yang jatuh sambil tidak putus meminta maaf.

"Encik, saya minta maaf. Semua salah saya. Saya tak pandang depan tadi. Saya pergi dulu." Astillah pantas berlalu begitu sahaja.

"Eh, tunggu kejap!" Lelaki yang memakai seluar jean dan baju-t polo cuba menahan.

Astillah tidak memandang ke belakang walau sedikit pun. Dia terus berjalan sehingga lenyap dari pandangan lelaki itu.

Lelaki itu mengambil buku berwarna ungu yang berada di atas lantai. Niat hendak memberikan semula buku itu pada si gadis, tapi gadis itu sudah tiada. Mungkin dia boleh pulangkan nanti. Biar dia simpan dulu.

...

"Aduhai... Kat mana aku simpan? Takkan salah letak kut."

Astillah menyeluk setiap pelusuk beg tangannya. Benda yang dicari tidak ada.

"Kenapa?" Syazreena menegur sebaik sahaja Astillah selamat duduk di kerusi di ruang kerjanya.

Semasa mula-mula bekerja di syarikat dato' Zawawi, dia tidak pernah terfikir akan menjadi rakan sekerja merangkap sahabat sekolah menengahnya dulu. Syazreena dan Astillah kini bertemu semula, hubungan mereka rapat balik.

"Diari aku hilanglah," adu Astillah.

"Diari yang mana?" Syazreena kerut dahi.

"Diari yang selalu aku usung tu lah. Warna purple. Kau ada nampak tak?"

"Tak ada pula," Syazreena cuba memikirkan kembali kalau-kalau dia ada ternampak buku berwarna ungu.

Matanya melilau mencari diari Astillah. Fail warna ungu adalah!

"Kau salah letak kut." Syazreena cuba meyakinkan.

"Entah," Astillah jongket bahu.

"Alah, takpe. Nanti kau jumpa juga diari kau tu. Tak payah risau sangat."

"Hmmm..."

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now