"Zaf, awak tak ikut buat persembahan masa raya nanti?" Tanya Astillah. Zafiyan dan Astillah sekarang berada di dalam kelas 9B. Kebetulan Zafiyan ingin menyampaikan pesanan untuk tahun 9B dari cikgu Arlin mengenai ujian biologi. Jadi Astillah mengambil kesempatan untuk bertanya.
"Raya? Kat mana? Kat sekolah kita ke?" Zafiyan hairan. Dia memang tidak update kalau mengenai hal sekolah.
"Laa... Awak tak tahu ke? Kan hari tu Firash ada bagi surat makluman untuk setiap kelas. Awak tak baca ke?" Astillah ingat Zafiyan tahu. Rupa-rupanya tidak ada sekelumit informasi pun di dalam otak lelaki itu mengenai hal ini.
"Bila?" Tanya Zafiyan.
"Lusa ni. Kebetulan pengetua nak adakan persembahan sketsa dan menyanyi. Bagi yang nak nyanyi, kena ada satu lagu raya dan satu lagu bebas. Kan lusa ni hari terakhir raya."
Zafiyan masih berfikir.
"So, macam mana? Awak nak ikut tak? Setahu saya, awak boleh main gitar. Dan saya tahu awak boleh nyanyikan?"
Kirai Zafiyan ternaik. Kemudian perlahan-lahan senyuman terukir. "Awak hendap saya eh?"
"Eee, perasannya! Takde orang pun hendap dia!"
"Habis tu?"
"Masa saya nak ambil air saya kat dalam kelas, saya terdengar awak nyanyi. Macam orang frust pun ada juga. And suara awak not bad." Astillah ikhlas memuji.
"Memang suara saya sedap pun." Zafiyan tersengih.
Tak boleh nak puji sedikit, kembang dah setaman. Tarik balik pujian!
"Hello, saya tak kata sedap pun. Saya kata suara awak not bad. Masuk bakul angkat sendiri betullah awak ni!"
"Itu namanya bukan puji diri sendiri tapi saya memuji suara yang dicipta oleh Allah. Hah, jangan tak tau!"
Hok aloh! Astillah menepuk dahinya. Kalau berdebat kata dengan Zafiyan, sampai esok pun belum tentu habis!
"Awak nak ikut tak persembahan tu?" Astillah mengubah topik. Malas dia hendak memanjangkan perdebatan.
"Boleh juga."
"Okey kalau gitu gayanya. Saya inform Insyirah. Dia pengawas yang in-charge pasal ni."
...
Insyirah berlari-lari anak menuju ke bilik Hal Ehwal Pelajar (HEP). Pintu diketuk dan dia memberi salam.
"Wa'alaikumsalam." Cikgu Asra selaku guru disipilin sekolah menjawab salam.
"Cikgu, ada satu murid nak join persembaham raya lusa ni. Nama dia Afif Zafiyan, murid dari tahun 9A."
"Okey, awak boleh tulis nama dia." Cikgu Asra mengarah.
Tok tok tok. Pintu diketuk. Firash melangkah masuk.
"Assalamualaikum cikgu. Pengetua nak minta senarai nama semua pelajar yang menyertai persembahan. Sekali dengan aturcara majlis juga. Beliau nak confirmkan semua," terang Firash.
Semua kertas-kertas berkenaan dihulurkan kepada Firash.
"Eh, Syirah. Awak buat apa kat sini?" Firash menegur Insyirah. Sambil itu mereka beriringan berjalan keluar dari bilik HEP.
"Oh, tadi saya tuliskan nama untuk orang nak join persembahan tu."
"Nasib baik sempat sebab hari ni pengetua nak confirmkan semua sekali."
"Tau... Saya dengar tadi." Insyirah senyum sekilas. "So, hubungan awak dengan Farah okey?"
"Alhamdulillah, okey. Cuma salah faham sikit je..."
"Maaflah kalau saya jadi punca korang berdua gaduh. Saya tak ada niat pun nak..."
"Takpe... Bukan salah awak pun. Dia cemburu je sebab nampak kita berdua masa tu. Tapi awak jangan risau. Farah dah okey." Firash menghulurkan senyuman yang bisa mencairkan hati perempuan.
"Baguslah kalau macam tu... Tapi kenapa saya selalu nampak awak dengan Ayuna?"
"Awak jangan salah faham. Dia tu kawan je dengan saya. Kami berdua bersama pun sebab nak discuss tentang pelajaran IRK (Islamic Religious Knowledge)."
"Ohh, saya tak salah faham pun. Tanya je..." Insyirah tertunduk.
Memang Insyirah akan tumpang bahagia kalau Firash bahagia. Tapi, bahagiakah dia untuk dirinya sendiri? Hanya kerana satu perasaan yang hadir, dia jatuh. Jatuh cinta pada Firash. Namun seorang pun tidak pernah tahu. Walau Astillah sendiri. Dia juga ada rasa bersalah pada Astilah kerana mencintai Firash. Apatah lagi sekarang Astillah adalah sahabat yang paling rapat dengannya. Tapi apa yang boleh dia lakukan? Kalau dia tidak boleh menghalang perasaan sendiri, apatah lagi orang lain...
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...