"Akhir nampak hari ni, kenapa?" Afif Zafiyan menarik kerusi berhampiran lalu duduk.
Afif Zafiyan ialah pelajar tahun 9A manakala Astillah pula tahun 9B.
Astillah berasa pelik. Zafiyan memang tidak pernah menegurnya. Tup-tup hari ini duduk disebelahnya. Apa kes? Sakit ke dia ni?
"Err, lambat bangun." Astillah tidak tahu hendak cakap apa. Cakap lebih-lebih nanti, dapat malu pula.
"Ohh, nasib baik sempat. Lima belas minit lagi kelas nak mula."
"Ha'ah kan." Astillah senyum sumbing. Kekok. Mana pernah dia serapat ini dengan Zafiyan. Kalau mereka berdua bercakap pun, kebanyakkannya hanya menyampaikan pesanan guru sebab guru biologi mereka sama, cikgu Arlin.
"Err, Astillah... Saya tahu sekarang ni awak tak selesa dengan saya, tapi sebenarnya saya nak tanya sesuatu..." Zafiyan menggaru kepala yang tidak gatal.
Astillah hairan. Nak tanya pasal biologi kut...
"Awak suka Firash ke?"
Zupp! Tersentak hati Astillah. Bagaimana Zafiyan boleh tahu? Selama ini dia pakai nama 'Hershey', bukan Firash. Macam mana ni...? Mengaku ke tak nak? Ugh! Tak sukanya! Cuma Syazreena dengan Anna je yang tahu. Atau jangan-jangan... Mereka berdua beritahu Zafiyan?! Tapi kenapa?!
"Err, sa-saya... Saya..." Tergagap-gagap Astillah ingin menjawab.
"Awak jangan salah faham. Takde siapa beritahu saya, tapi sebenarnya awak yang tersasul cakap..."
"Saya? Tersasul cakap? Tapi..." Astillah menunjuk dirinya sendiri.
"sebenarnya waktu tu saya nak ke kelas, nak ambil air saya. Awak tahukan kelas kita bersebelahan je. So waktu tu, kat dalam kelas cuma ada awak, Anna dan Syazreena. Lepas tu saya terdengar awak terlepas cakap yang awak sukakan Firash..."
"Oh..." Astillah tertunduk. Bukan ini yang dia mahu. Dia tidak mahu walau seorang pun tahu, kecuali dia beritahu orang itu sendiri. Sewaktu Anna dan Syazreena ingin tahu pun, makan sebulan juga untuk beritahu mereka.
"Jangan risau, saya takkan beritahu orang lain. Awak boleh percaya cakap saya."
"Betul ni?" Jauh di sudut hati, Astillah risau juga. Dia bukannya kenal sangat dengan insan yang bernama Afif Zafiyan itu.
"Betul. Tak tipu." Kelima-lima jari diangkat. Zafiyan cuba untuk meyakinkan si gadis.
"Thank you... Tolong eh, rahsiakan benda ni. Saya tak nak orang tahu."
"Saya faham." Dengan itu senyuman ikhlas diberikan.
...
Dua minggu berlalu, Zafiyan dan Astillah semakin akrab. Sekarang pun dia lebih terbuka namun tidak sepenuhnya untuk menceritakan tentang Firash kepada Zafiyan.
"So, awak dah suka dia dari darjah satu? Lama tu..."
"Ha'ah."
"Kenapa awak bagi dia nama 'hershey'?" Tanya Zafiyan.
"Tak tahu. Mungkin sebab masa tu saya tengah fikir nak beli coklat Hershey."
"Oh, macam tu... Macam mana awak boleh suka dia eh?"
"Yang tu, saya tak pasti. Mungkin sebab saya suka karakter dia kut. Awak tahukan dia orangnya macam mana? Hampir satu sekolah tahu. Awak pula macam mana? Ada suka siapa-siapa tak?"
"Ada." Zafiyan tersenyum apabila terfikir tentang perempuan yang dicintainya.
"Oh, ya? Siapa?" Teringin juga Astillah hendak tahu.
"Adalah. Tapi sayangnya, dia suka orang lain."
"Tak acilah awak ni. Awak dah tahu saya suka siapa. Takkan awak tak nak bagitau saya... Bagitau please?" Astillah buat muka comel dia. Comellah sangat.
"Lambat-laun awak akan tahu juga."
"Okey, saya akan cari tahu sehabis mungkin!"
"Well, goodluck with that."
Huh! Astillah mencebik.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...