Bahagian III - Bab 52

112 2 0
                                    

"Saya Sheiyla. Bekas kekasih Adam."

"So apa kena-mengena dengan aku?"

"Memang ada kena-mengena dengan kau," kedengaran suara Shieyla sedikit tegas. "Sebab aku nak kau sedar kalau kau bersikap begini, kau akan kehilangan orang yang paling berharga dalam hidup kau." Apabila tiada respon dari Astillah, Sheiyla meneruskan percakapannya. "Sekarang ni aku tak minta banyak. Aku cuma nak kau dengar apa yang aku nak ceritakan kau."

"Peduli apa aku dengan cerita kau?"

"Trust me, you'll regret it if you don't listen."

Astillah berfikir sejenak. "Fine. Tapi masa kau tak banyak. Kau cuma ada sepuluh minit."

"Ok. Aku dengan Adam bercinta masa kat oversea dulu."

"Kalau setakat nak ceritakan kisah cinta kau yang tak kesampaian tu tak payahlah nak buang masa aku."

Sheiyla merengus. "Dengar jelah. Semuanya berkaitan. Jadi masa tu aku kena dare oleh kawan aku untuk pikat Adam yang tak berapa nak layan perempuan. Aku terima cabaran tu dan aku ubah diri aku menjadi seorang yang sopan-santun, pakai baju kurung, lemah lembut semata-mata nak curi perhatian. Dan setelah berjaya mencuri perhatian dia, Adam lamar aku jadi kekasih dia. Aku terima dia. Dari situ aku boleh nampak keikhlasan dia mencintai aku dari cara dia yang sanggup melakukan apa saja demi aku. Tapi aku pula, mula tunjuk belang. Mula nak tunjukkan diri aku sebenar. Aku pakai balik pakaian seksi. Tapi dia tak kisah. Dia cuma berkali-kali nasihatkan aku. Tapi aku tau dia kecewa dengan perubahan aku. Dia berusaha tak pernah putus. Sampailah suatu hari dia nampak aku keluar dengan lelaki lain. Dia tumbuk lelaki tu tapi aku pula yang marah dia. Dan aku putuskan hubungan dengan dia."

"And your point in telling me this is what, actually?"

"My point is, apabila Adam mula suka dan cinta seseorang, dia tak pernah main-main. Apa yang dia buat semuanya bersebab. Dia tak akan sia-siakan kau. Dia tak akan hampakan kau. Dia akan berusaha melakukan yang terbaik untuk kau. Aku harap kau tak akan lepaskan lelaki sebaik Adam. Kau akan menyesal seperti mana menyesalnya aku tinggalkan dia. Kalau ada masalah, tolong bincang dengan fikiran yang rasional. Tolong jangan ikut perasaan sangat."

"Habis yang tadi kau rapat sangat dengan dia tu kenapa?"

"Don't judge a book by its cover. Kopi dia tumpah tadi. Instant reflex saya pergi kat dia dan lap dengan tisu."

"Kalau iya pun janganlah sampai macam tu sekali. Tak tahu hukum agama ke?"

Sheiyla menghembus nafas yang panjang. "Saya dibesarkan tanpa didikan agama. Ibu saya mualaf dan ayah saya pula tak pernah nak berusaha ajarkan kami tentang islam. Bila membesar beginilah jadinya. Saya minta maaf kalau perbuatan saya tadi mengundang fitnah. Kau fikir-fikirlah tentang apa yang aku cakapkan tadi. Aku pergi dulu."

...

Selesai sudah majlis perkahwinan bagi menyatukan dua insan dalam ikatan yang halal. Majlis diadakan dengan tema yang sederhana dan diraikan dirumah orang tua Adam sahaja. Seharusnya dia bahagia tetapi buat masa ini dia dirundung rasa bersalah. Sepanjang majlis berjalan dia cuma menunjukkan senyum palsu.

"El, tahniah!" Ucap Syazreena. Lantas memeluk sahabatnya itu. "Kenapa muka kau macam tak gembira je ni?"

"Entahlah. Aku cuma rasa serba salah. Sebenarnya sejak aku nampak Adam dengan Sheiyla tu, dah lama aku tak hubungi dia. Tup tup dah kawin tanpa apa-apa perbincangan. Depan orang tua kami memang nampak bahagia. Macam semua masalah tu dah selesai. Tapi hakikatnya ada sesuatu yang belum habis lagi."

"Tapi Sheiyla dah jelaskan semuanya kan?"

Astillah mengangguk. "Memang Sheiyla dah jelaskan semuanya. Tapi..."

"Dah dah. Tak ada tapi tapi. El, aku cadang kau berbincang dengan Adam nanti malam dari hati ke hati. Korang dua dah kawin. Dah ada ikatan yang sah. Tak baik kalau dua-dua berterusan melayan ego. Jangan sampai penyesalan di hujung simpang."

Selama majlis berlangsung Astillah masih lagi enggan untuk menegur Adam yang kini bergelar suaminya. Tapi kali ini dia nekad. Dia akan mengambil nasihat sahabatnya itu walau apa pun yang terjadi. Tidak baik untuk dia pendamkan segalanya.

...

Astillah baru sahaja selesai mandi lantas menyarungkan baju tidurnya dan mengeringkan rambutnya. Terdengar ketukan di pintu bilik beserta salam.

"Waalaikumsalam," jawab Astillah lalu si suami menapak masuk ke dalam bilik buat pertama kali sebagai suami kepada wanita yang dicintai. Terasa agak kekok dan tegang di antara mereka berdua.

"Saya..." Serentak mereka berdua berkata.

Adam berdehem, mengelak rasa kecanggungan. "Awak mulalah dulu."

Astillah tunduk. Air matanya hendak jatuh tapi ditahan jua demi menyelesaikan kesalah fahaman di antara mereka. Perkara sebegini tidak boleh dibawa dengan emosi. Takut parah jadinya.

"Saya... sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Tapi yang pasti saya nak ingin kemaafan dari awak atas kelakuan saya yang kebudak-budakan. Saya cuma takut kecewa lagi macam dulu..."

"Awak tak perlu minta maaf, sayang." Adam mencelah sebelum Astillah sempat habiskan ayatnya. "Semua ini salah saya. Saya yang merumitkan keadaan bila saya tukar identiti dengan abang kembar saya. Saya tipu awak dengan nama saya. Latar belakang saya. Saya tak pernah bercerita pun tentang diri saya sebenar. Satu saja yang saya tak pernah tipu pada awak. Perasaan saya terhadap awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya."

Apabila Astillah tidak berkata apa-apa, dan cuma memerhatikan dirinya sahaja, Adam meneruskan ayatnya.

"Dah lama saya cintakan awak, Astillah. Sejak kali pertama saya tengok awak."

"Bila?" Tanya Astillah. Tidak pasti bila kali pertama mereka bertemu.

"UBD. Di Brunei. Saya nampak awak berjalan dan dari situ sesuatu terdetik di hati saya. Saya tak tahu apa dan saya cuba menepis perasaan itu. Saya juga takut akan kekecewaan. Dan waktu tu juga, saya yang sengaja langgar awak. Lepastu marah awak pula. Sebenarnya perasaan marah itu bukan ditujukan untuk awak tapi untuk diri saya yang membiarkan hati ni untuk jatuh cinta sekali lagi. Bila saya dapat tahu awak kekasih Zafiyan, saya makin kecewa dan cuma dapat mencintai awak dari jauh."

Astillah cuma terkaku di tempat duduknya. Terpana dengan apa yang diceritakan oleh suaminya sebentar tadi. Begitu besar cinta dia pada Astillah. Betapa setianya dia pada Astillah. Sungguh hatinya kini bertambah sayu. Kesal dengan perlakuannya yang kebudak-budakan. Menuduh tanpa perbincangan.

Air mata yang ditahan jatuh juga. "Saya min... minta maaf," kata maaf berserta esakan yang kini susah untuk dihentikan.

Adam memeluk isterinya yang tercinta seerat yang mungkin. Sebak dengan apa yang telah diluahkan dari isi hati. "Saya juga nak minta maaf, El. Atas perbuatan saya selama ini yang mengecewakan dan melukakan hati awak. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. We'll start a new page."

Astillah mengangguk dalam esakan. Dakapan semakin erat. Hati semakin tenang bila berada begitu dekat dengan yang tersayang.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now