"Okey, kelas. Sampai di sini saja kita belajar. Jangan lupa faham dan hafalkan peribahasa yang cikgu ajarkan tadi. Minggu depan cikgu nak bagi ujian," kata cikgu Sa'diah, guru bahasa melayu mereka. Dengan satu bunyi loceng, menandakan waktu sekolah telah pun tamat.
Huh, penatnya! Astillah meregangkan otot badan. Buku-buku dan nota-nota yang diberikan disusun.
"El, belum siap kemas lagi ke?" Tanya Syazreena. Pelajar lain sudah berpusu-pusu hendak balik.
"Belum lagi. Ni hah, nota yang cikgu bagi banyak sangat. So, lebih baik aku susun sekarang sebab kat rumah nanti takut lalai." Astillah menunjukkan nota-nota itu kepada Syazreena.
"Ohh, okeylah. Kalau macam tu aku dengan Anna balik dululah. Bye." Syazreena dan Anna melambai. "Another thing. Don't forget our study group, this evening at three."
"Okey, bye."
Sedang Astillah ligat menyusun nota-nota...
"Nak saya tolong ke?"
"Mak kau cantik!" Astillah mengurut dadanya. Terkejut dia dek kerana sapaan yang tidak terduga.
"Syirah! Awak rupanya. Saya ingat siapa tadi."
"Maaflah, buat awak terkejut. Nak saya tolong ke? Nampak macam belum siap je dari tadi..." Insyirah tanya sekali lagi.
Tanpa menunggu jawapan Astillah, Insyirah mencapai nota-nota itu. Tangannya pantas menyusun kertas-kertas itu.
"Sepatutnya peribahasa ni awak masukkan dalam bahagian tatabahasa. Semua jenis karangan pula awak satukan, termasuk ringkasan karangan."
Astillah memerhatikan gelagat Insyirah.
"Dah siap," Insyirah menghulur nota-nota.
"Terima kasih." Astillah senyum.
"Sama-sama." Senyuman di balas.
"Syirah, petang ni awak ada apa-apa plan ke?" Tanya Astillah.
"Tak ada. Kenapa?"
"Kalau macam tu, awak nak join saya tak study group kat rumah Anna? Syazreena pun ada sekali," ajak Astillah.
"Boleh juga."
"Okey, nanti saya whatsApp awak alamat rumah Anna."
...
Tangan Astillah pantas mengambil telefon bimbit di dalam bilik yang terletak di atas meja sisi katilnya. Aplikasi WhatsApp dibuka dan nama Anna ditekan.
Astillah: Anna, nanti ada orang nak join kita tau...
Anna: Siapa?
Astillah: Insyirah
Anna: Okey. Dia dah tahu alamat ke?
Astillah: Dah. Aku text dia tadi.
Anna: Nampak gayanya bertambah member barulah ni!!!
Astillah: Syoknya dia... *smirk emoji* Bye aku nak makan dulu.
Aplikasi WhatsApp ditutup. Telefon bimbit diletakkan di atas meja.
Langkah diatur ke dapur. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Aroma makanan membuka selera Astillah.
"Wah, ayam masak merah sedap ni ma." Astillah mencedok nasi, lalu mencedok lauk-pauk yang terhidang.
"Hish, baca doa dulu baru makan!" Hajah Rosnina menegur bila melihat anaknya ingin memulakan suapan pertama.
"Hehehe, sorry," Astillah tersengih. "Ma, nanti.petang pukul tiga adik ada study group tau kat rumah Anna. Mama tolong hantar eh?"
"Boleh... Belajar tau. Jangan main-main."
"Okey."
...
Ternyata, Insyirah bukan seperti yang di sangka. Di sekolah, Insyirah seorang yang pemalu dan pendiam. Namun sekarang, watak yang ditunjukkan adalah sebaliknya.
"Tak sangka awak ni lucu orangnya..."
Ketawa mereka masih bersisa.
"Ha'ahkan. Kenapa di sekolah awak diam eh?" Anna masih lagi ketawa, namun semakin reda.
"Entah. Sebab saya tak yakin sangat dengan diri saya kut," Insyirah tersengih.
"You should hangout more with us, Syirah. It'll be fun." Astillah senyum.
"Well I guess so. Thank you."
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...