Hatinya berbelah bahagi. Tengok wayang dulu atau makan dulu?
"Dah decide ke?" Tanya Adam. Dia memandang Astillah yang sedang ralit berfikir. Selepas itu mata difokuskan semula kepada pemanduan.
"Kita tengok wayang dululah," cadang Astillah.
"Up to you, dear."
Dear? Dia panggil aku dear? Biar betul? Aku salah dengar kut... jangan perasan sangat, El. Ingat, jangan jatuh cinta kalau tidak mahu kecundang, Astillah bermonolog sendiri.
"So, macam mana?"
"Hah?" Astillah termangu-mangu apabila Adam bertanya soalan itu. Itulah kau, El. Nak berangan je kerja!
"Saya tanya tadi, awak nak tengok cerita apa?" Adam mengulangi soalan yang tidak didengar oleh Astillah sebentar tadi.
"Hmm... nak tengok Fantastic four!" Astillah berkata dengan nada ceria.
Kirai kanan Adam ternaik. "Sure ke?"
"Surelah. Apa pula tak sure? Yang awak buat muka macam itu kenapa?" Astillah hairan. Salahkah dia mahu tengok Fantastic Four? Tak salahkan?
"Biar betul? Saya ingat awak nak tengok cerita romantik macam Suamiku Encik Perfect 10 ke... Manisnya cinta ke..."
"Saya memang minat cerita romantik tapi ikut masa. Kalau cerita itu clichè sangat, alamatnya tidurlah saya." Astillah tersengih.
"Pelik awak ni..."
"Apanya yang pelik?" Tanya Astillah.
"Iyalah... bagi saya awak ini lain dari yang lain."
"Apa pula lain?" Astillah semakin hairan. Tadi dia kata aku pelik. Apa kejadah mamat ini?
"Well, you're different," Adam cuba mancari perkataan yang sesuai. "Hmm... macam mana nak cakap, eh? Saya notice awak tak pernah pakai mekap, awak bersahaja, awak tak terlalu girly macam perempuan lain dan sekarang awak prefer action movie than romantic movie."
Mamat ini kutuk aku ke apa?! Hati Astillah berasa panas, tapi dia tetap sabar. "Kenapa? Awak tak suka ke? Malu kawan dengan saya?" Kata Astillah sinis.
"Tak, bukan macam tu..." Alamak, tersalah fahamlah pula! "Saya tak pernah malu pun kawan dengan awak. In fact saya suka awak... err... ehem... maksud saya, saya suka kawan dengan awak. You're unique and I like that. Saya suka orang yang jadi diri sendiri. Dan lagi satu, bagi saya awak tak perlu mekap tebal-tebal untuk jadi cantik sebab awak cantik naturally. Awak cantik di mata saya."
Hatinya yang panas kembali sejuk. Pipinya pula yang terasa panas. Dia suka aku? Tak mungkin... dia suka aku sebagai kawan je tu... Dia cakap aku cantik naturally? Like seriously? Aku cantik di mata dia? Haiya... janganlah buat aku jadi tak keruan.
Jangan cair dengan kata-kata manis seorang lelaki, El. Seperti ada suara yang melarangnya berkhayal yang bukan-bukan.
"So, Fantastic Four?"
Astillah mengangguk. "Fantastic Four."
...
"Seronokkan cerita tadi? Dah lama tau saya tak tengok wayang," kata Astillah setelah mereka berdua keluar dari panggung wayang.
"Ha'ah. Lepas ni awak nak makan kata mana?"
"Dekat kawasan sini ajelah. Tak payah jauh-jauh. Hah! Kalau kat hujung sana tu?" Astillah menunjuk tempat yang dimaksudkan. "Boleh?"
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomansaHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...