Bahagian II - Bab 8

287 11 0
                                    

Beberapa tahun kemudian...

Astillah kini melanjutkan pelajaran di Universiti Brunei Darussalam (UBD), selepas dia lulus ujian 'A' level di Pusat Tingkatan Enam Meragang. Kebetulan dia dan Insyirah belajar sama-sama di sana. Mungkin ada pelajar-pelajar lain dari sekolahnya dulu, tapi dia tidak berapa kenal ataupun rapat. Hanya Insyirah sahaja yang paling rapat dengannya ketika ini. Anna dan Syazreena memilih untuk menyambung pelajaran di tempat lain. Mereka cuma berhubung melalui telefon bimbit.

Afif Zafiyan? Sudah lama mereka menjalin hubungan. Sejurus sahaja Astillah benar benar menghapus rasa cinta terhadap Firash, salam cinta dihulur oleh Zafiyan. Astillah pula menyahut salam itu.

Setelah beberapa tahun belajar mencintai Zafiyan, Alhamdulillah rasa cinta mula berputik sedikit demi sedikit. Dia membenarkan jejaka itu menghuni di dalam hati. Dia berharap sangat bahawa Allah akan mengekalkan jodohnya bersama si jejaka sehingga ke jinjang pelamin. Insya Allah...

Namun, sejak kebelakangan ini mereka jarang berhubung kerana kesibukkan diri masing-masing. Hendak berjumpa, tiada masa. Kalau Astillah sibuk, Zafiyan free. Begitu juga sebaliknya. Tapi mereka kena sabar. Semua yang berlaku pasti ada sebab.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Nama Afif Zafiyan ditekan dan telefon bimbit dilekapkan ke telinga. Setelah beberapa saat tidak lama, panggilan terjawab.

"Assalamualaikum, awak..." Astillah menyapa dahulu.

"Waalaikumsalam. Awak kat mana sekarang ni?" Terdengar suara Zafiyan di hujung talian.

"Kat UBD. Emm, awak... Hujung minggu ni awak free tak?" Astillah menggigit bibir. Harap-harap jawapan yang diberikan kali ini tidak menghampakan. Tapi dia boleh meneka jawapan yang diberikan sebentar lagi. Kita tengok...

"Tak bolehlah, awak... Saya tak free sepanjang minggu ni. Ada assignment nak kena siapkan. Banyak pula tu..."

Tepat mengena batang hidungnya! Memang betul tekaan Astillah. Lahir perasaan geram di dalam hati serta-merta. Tidak tahu kenapa, tapi memang geram sangat dah ni!

"Ohh..." Astillah menarik nafas sedalam mungkin. "Maybe next time. Or maybe not at all. Assalamualaikum." Panggilan diputuskan terus. Tidak sempat untuk dia menjawab salam.

Astillah membebel sendirian. Bukan marah tapi geram! Geram dengan keadaan mereka yang selalu bercanggah. Kalau seorang sibuk, yang sorang tak. Apa ni?! Langkahnya dipercepatkan. Tak toleh kiri dan kanan dah! Tiba-tiba...

Bukk!

Seperti terlanggar batu! Astillah terjatuh. Gua sakit la bro! Adoii...

"Maaf cik saya tak sengaja, sa-saya..." Tangan Astillah sibuk mengambil buku dan fail yang terlepas dari tangan sambil tidak putus-putus meminta maaf dari gerangan yang dilanggar.

"Wei, kalau jalan tu pandang depan! Yang langgar orang apa hal?!"

Suara lelaki. Sopannya ayat dia... Astillah bangun dan mendongak sedikit memandangkan lelaki itu agak tinggi dari dirinya. Dia menentang muka lelaki yang sangat 'berbudi bahasa' itu.

"Cik, saya dah minta maaf tadikan? Saya tak sengaja!" Suara Astillah naik seoktaf.

"Kalau sekiranya jadi apa-apa kat aku tadi macam mana?! Kau boleh ganti ke dengan maaf kau tu?"

Poyonya mamat ni! Naik meluat aku! Ini tak boleh jadi ni! Aku kena lawan.

"Wei bro! Sekurang-sekurangnya aku dah minta maaf kan?! Yang lu nak melenting bagai ni apa hal?!" Astillah turut sama melenting. Dah keluar dah sifat minah brutal dia...

"Blahlah kau! Buang masa aku je nak bertekak dengan kau!" Lelaki itu berlalu macam tu je. Seperti tiada apa yang berlaku.

Astillah merengus geram. Dahlah tadi dia geram dengan Zafiyan, sekarang mamat itu pula menguji kesabarannya. Lu bikin hati gua panas bro! Takkan ku lupakan wajahmu itu!

...

Kedengaran bunyi loceng pintu ditekan. Zafiyan berlari-lari anak untuk membuka pintu.

"Hei kawan! Lama tak jumpa! Mimpi apa datang ke Brunei?" Zafiyan senyum senget, "eh jom, masuk ke dalam."

Mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah.

"So, buat apa kat Brunei, Adam?" Zafiyan mengulangi soalan yang sama. Adam ialah sepupu kepada Zafiyan dari Malaysia. Anak kepada kembar ibu Zafiyan. Ayahnya pula berasal dari Brunei. Jadi ibu Zafiyan ikut ayahnya tinggal di Brunei dan lahirnya Zafiyan di Brunei juga.

"Aku belajar kat sini. Kat UBD. Habis belajar aku balik Malaysialah." Adam Hafiz menjawab.

"Girlfriend aku kat sana juga." Zafiyan berkata sekadar berbasa-basi.

"Girlfriend? Tapi bukan ke keluarga kau..."

"Alaa... Pasal tu janganlah ingatkan aku. Aku tak suka ingat benda tak penting tu. Aku bukan robot yang boleh di arah sesuka hati." Zafiyan mencelah tanpa memberi Adam peluang menyambung kata-katanya.

Adam cuma mengangguk sebagai respon. "Oh, sebelum aku lupa. Selama aku belajar kat sini, aku tinggal dengan kau eh? Malaslah nak cari rumah sewa lain."

"Boleh je... Aku no hal. Lagipun aku sorang je tinggal kat sini."

"Okey bro." Adam menunjukkan ibu jari tanda okey.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now