"Saya dah tak mampu untuk terus-terusan hidup begini."
Pergerakkan Zafiyan terhenti. Niat hendak berehat setelah balik dari kerja terbantut. Perhatian mula di alih kepada isterinya.
"Apa maksud awak, Hanna?"
Hanna menarik nafas panjang lalu bertanya, "Sudah berapa lama kita kahwin?"
"Saya tak faham. Buat apa awak tanya soalan itu? Apa kena-mengena dengan saya?"
"Zafiyan, sudah lama kita kahwin. Tapi apa yang berlaku sepanjang perkahwinan kita? Pernahkah bahagia terlintas dalam hubungan kita ini? Saya tidak pernah merasa seperti seorang isteri walaupun kita sudah kahwin. Apa yang kita lakukan selama ini cuma bergaduh dari sekecil hingga sebesar perkara. Tiada toleransi. Saya cuba untuk mempertahankan hubungan kita tapi awak buat tak tahu. Tidak pernah sedikit usaha pun yang awak pernah buat untuk saya," luah Hanna.
"Hanna, cukup. Sudah banyak kali kita cakap pasal benda ni dan saya tahu kita akan bergaduh sebentar lagi. Sekarang ni saya nak masuk bilik. Nak rehat. Tolong jangan ganggu saya."
"Apa yang saya cuba katakan sekarang ini ialah ceraikan saya!" Suara Hanna meninggi.
"Sudahlah, Hanna!"
Bahu Hanna sedikit terhinjut dek kerana suaminya yang tiba-tiba meninggikan suara. Rasa takut datang menyapa. Tidak pernah suaminya meninggikan suara sepanjang pergaduhan mereka. Biasanya, Zafiyan hanya menadah telinga mendengar setiap bebelan dari isterinya.
"Kau nak sangat ke aku ceraikan kau hah?! Apa yang akan kau dapat!? Dapat title janda adalah! Kau dah tak sabar ke hah nak jadi janda?! Memang aku tiada masalah nak ceraikan kau. Aku tak rugi apa-apa. Aku pertahankan perkahwinan kita ni pun sebab nak jaga hati ibu bapa kita! Jangan sesekali kau fikir yang aku akan cintakan kau. Dalam hati aku hanya seorang dan orang itu bukan kau, Hanna!" Daripada bersaya-awak, bertukar menjadi aku-kau. Zafiyan tidak dapat menahan amarahnya. Kali pertama dia meluahkan apa yang dia rasa.
Hanna terkedu. Tidak sangka dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Pertahankan perkahwinan hanya kerana ingin menjaga hati ibu bapa? Bagaimana pula hati Hanna yang kian lama terluka? Siapa yang sudi mengubati? Tiadakah sekelumit pun rasa cinta bagi isterimu wahai suami?
Air mata kian jatuh, tidak dapat dibendung lagi. Selama ini dia cuma isteri bertepuk sebelah tangan. Ini bukan cerita novel bila mana perkahwinan mengikut percaturan keluarga akan berakhir dengan kebahagiaan. Realiti lebih menyakitkan dari fantasi.
"Save your tears, Hanna. Jangan ingat air mata kau boleh lembutkan hati aku. Cuma satu saja aku nak pesan, jangan pernah bergantung harap pada aku kalau kau tak mahu jatuh. Tak lama lagi aku akan ceraikan kau pada masa yang sesuai. Itukan yang kau mahu? Aku naik atas dulu. Jangan ganggu aku. Aku penat." Zafiyan berlalu dengan pantas, meninggalkan Hanna dengan hati yang rasanya bagai disiat-siat.
"Kau bodoh, Hanna. Bodoh..." bisik Hanna kepada dirinya sendiri. "Sepatutnya kau jaga hati kau. Jangan bagi hati kau pada orang yang tidak sudi. Jangan hulur tangan kau pada yang tidak mahu menyambut. Jangan bergantung pada tali yang mudah putus. Jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Kesudahannya kau yang tersiksa..."
...
Coffee Bean adalah kafe yang selalu dikunjungi oleh Insyirah dan Firash. Kini Firash sudah tiada. Tempat yang kosong didepannya cuma direnung bersama secawan kopi yang berada di dalam genggaman. Bayangan Firash mula menerjah... Senyumnya... Tawanya... Wajahnya yang selalu disimbahi dengan ketenangan... Semua itu hilang. Kini Insyirah bertemankam sepi.
"Tak panas ke pegang cawan tu lama-lama?"
"Huh?" Insyirah terpinga-pinga. Baru dia sedar yang dia menggenggam secawan kopi yang panas. "Ouch!" Cawan kopi itu segera diletakkan di atas meja.
"Boleh saya duduk?"
"Huh? Wait, what? Who are you?" Makin keliru Insyirah dibuatnya. Dia disapa bila dia tengah mengelamun kosong.
"Let me introduce myself. Again. I'm Alaf Hadifa and you can call me Alaf. So may I?" Mata diisyaratkan pada kerusi.
"Oh, Alaf! You may. Didn't expect to see you here," Insyirah memberi izin kepada Alaf untuk duduk bersamanya.
Jeda. Cuma hirupan kopi yang boleh didengar. Rasa menyesal pula membenarkan Alaf untuk duduk bersamanya. Apa yang nak dibualkan bersama lelaki yang dia hanya tahu pada nama?
"So, Insyirah, is it?"
"Ya..."
"Let me guess... Kafe ni ialah kafe yang menaruh banyak kenangan bersama orang yang awak sayang," teka Alaf.
Okey, serius Insyirah memang tidak selesa dengan lelaki ini.
"Arwah Firash?" Tebak Alaf lagi.
Arwah Firash... Perkataan arwah itu sangat janggal bagi Insyirah apabila digandingkan dengan nama Firash. Masih tidak percaya bahawa Firash akan pergi secepat ini...
"Masih sedihkan pemergian Firash?"
Insyirah akui tekaan Alaf semuanya betul. Apa yang dia ingin lakukan sekarang ini ialah menjauhkan diri dari Alaf. Kenapa dia seolah-olah boleh membaca fikiran Insyirah?
"Move on, Insyirah."
"Okey, cukup Alaf. Kenapa perkara ini seolah-olah tiada kesan dalam hati awak? Susah untuk saya lupakan Firash. Takkan semudah itu awak boleh lupakan sepupu awak, merangkap ahli keluarga awak sendiri?"
Alaf menarik nafas seketika lalu dihembus sebelum menerangkan maksud di sebalik kata-katanya.
"Insyirah, apabila kita kehilangan seseorang, memang tidak dinafikan kita akan menangis, terimbau kembali kenangan lama dan saya akui susah untuk melupakan seseorang itu. Tapi yang pergi tak akan kembali. Dengan mengingat masa dulu, akan kembalikah dia kepada kita? Dengan menangisi kehilangannya, akan kembalikah dia kepada kita? Dengan meraung namanya berkali-kali, akan kembalikah dia kepada kita? Jawapannya tidak. Move on tidak bermaksud saya suruh awak lupakan dia sepenuhnya. Tapi move on yang saya maksudkan ialah berganjak dari tempat yang awak tidak pernah tinggalkan. Mulakan sesuatu yang baru. Tinggalkan perkara lama dan kunci segala kenangan di dalam hati. Awak faham maksud saya?"
Insyirah mengangguk.
"Dan untuk pengetahuan awak, saya memang sedih apabila saya kehilangan Firash. Dia adalah sepupu yang paling rapat bagi saya. Susah senang kami bersama. Dari kecil susah untuk berpisah. Segala masalah dia akan ceritakan kepada saya. Tapi untuk mengatasi segala kesedihan itu, cuba awak teka apa yang saya buat?"
"Move on..." jawab Insyirah.
"Betul tu. Jadi jangan pernah awak persoalkan kehilangan Firash tiada kesan di dalam hati saya."
Insyirah tertunduk. Terasa diri seperti kerdil. Sekali lagi dia kalah berlawan kata yang tidak diduga pada lelaki yang bergelar sepupu kepada arwah Firash.
Alaf Hadifa... Pertama kali berjumpa pada hari pengebumian Firash Ar Rayyan, di mana hati Insyirah yang menangis tak sudah. Sekarang ini terjumpa lagi apabila hati Insyirah berasa kosong dengan minda yang terisi dengan kenangan lama...
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomansaHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...