Bahagian III - Bab 29

260 10 0
                                    

"Betul ke adik nak balik Malaysia hari ni?" Tanya Hajah Rosnina. Sambil-sambil itu dia ligat menolong anaknya melipat baju.

"Betul ma. Mama jangan risaulah," Astillah cuba meyakinkan. Satu senyuman dihulurkan.

"Tapi mama tetap risau pasal adik. Dengan keadaan adik yang masih tak stabil. Adik kan masih ada tiga hari cuti lagi. Adik staylah dulu..." Hajah Rosnina cuba memujuk.

"Mama, adik boleh jaga diri sendiri. Mama janganlah macam ni...."

Astillah mengambil begnya lantas keluar dari bilik untuk turun ke bawah. Dari atas, dia terdengar suara Haji Fizul bergelak ketawa. Tapi kenapa? Langkahnya dipercepatkan.

"Hah, adik. Ke sini kejap, papa nak cakap."

Astillah menghampiri sofa di mana Haji Fizul duduk. "Kenapa pa?"

"Papa tak dapat nak hantar kamu ke airport sebab kaki papa gout. Tak dapat nak drive sangat," Haji Fizul berkata.

"Tak apa kalau macam tu, adik call teksi je."

"Eh, jangan," Haji Fizul menegah. "Biar Adam Hafiz hantar kamu."

Dahi Astillah berkerut seribu. "Adam Hafiz? Papa biar betul? Biar adik call teksi jelah pa..."

"Keadaan adik kan masih tak elok lagi... Biar je Adam hantarkan."

"Tapi pa..."

"Tak ada tapi-tapi. Papa tak nak jadi apa-apa kat kamu. Cukuplah sekali benda tu berlaku."

Astillah tertunduk. Lantas tangan Haji Fizul diraih lalu dikucup. "Assalamualaikum, adik pergi dulu." Astillah lalu menapak keluar.

"Adam, kamu pakai kereta uncle je. Ni kuncinya," kunci diserahkan. "Tolong jaga Astillah elok-elok," pesan Haji Fizul.

"Baik uncle. Adam pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

...

"Kenapa kau nak juga hantar aku ke airport?" Tanya Astillah setelah lama mereka berdiam diri di dalam kereta.

"Sebab uncle yang suruh," Adam Hafiz menjawab dengan muka yang serius.

"Kenapa kau setuju juga? Padahal kau tahu aku boleh call teksi."

"Uncle suruh aku jaga kau," itu sahaja jawapan Adam Hafiz. Perhatiannya masih lagi ke arah pemanduan.

"Kenapa kau nak kena ikut cakap papa aku untuk jaga aku? Kita tak ada ikatan apa-apa pun."

Astillah sabar menunggu jawapan dari Adam Hafiz yang sedari tadi berdiam diri.

"Sesuatu yang berharga bagi aku akan aku jaga sepenuh hati walau apa pun yang terjadi," Adam Hafiz berkata seketika kemudian.

Pandangan Astillah terus terhala kepada Adam Hafiz. "Maksud kau?"

"Tak perlu tahu."

...

"Macam mana?" Tanya Haji Fizul.

Adam Hafiz kerut dahi. "Macam mana apa uncle?"

"Dia ada syak apa-apa ke?"

"Tak. Dia macam biasa je," terang Adam Hafiz.

"Baguslah kalau begitu. Tapi sampai bila Adam nak teruskan semua ni?" Ujar Haji Fizul.

"Saya pun tak pasti lagi, uncle. Mahriz ada tanya benda yang sama juga. Uncle doakan je yang terbaik."

"Insya Allah. Uncle pun nak tengok korang berdua bahagia. Uncle tahu niat kamu baik, Adam. Moga Allah permudahkan urusan kamu."

"Terima kasih, uncle."

...

Restoran Rovansil, Brunei.

"Akhirnya dapat juga kita jumpakan?" Ujar Firash.

Insyirah tergelak kecil. "Sebenarnya awak nak beritahu apa? Dari hari tu tak kesampaian."

"Sebelum saya bagitau, saya nak tanya sesuatu. Awak dah berpunya ke?"

"Hah? Kenapa tanya macam tu?"

"Sebab saya cintakan awak." Terluah juga isi hati Firash.

Sudu dan garfu terlepas dari tangan. Mulut Insyirah terlopong. Dia tidak percaya yang dia akan mendengar kalimah itu dari mulut Firash sendiri. Selama ini dia sangka dia cuma bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tidak sedar, tangannya sudah lama disambut.

"Tapi Farah..."

"Saya dah lama putus dengan dia. Saya tak pernah pun ada hati dengan dia sebab saya sedar hati saya kat awak. Not a day goes by without me thinking of you. I love you, Insyirah. I want you to be my wife. I want you to be the mother of my kids. I want to spend my life with you." Kotak baldu berwarna biru dikeluarkan dari poket. "Saya nak jadikan awak halal untuk saya."

Mulut Insyirah terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu, tapi tak terluah. I'm draining out of words!

"Noor Insyirah as-Salsabila binti Haji Zainal," Firash menarik nafas sekejap. "Sudikah awak jadi isteri saya? Saya dah jumpa parents awak. Sekarang tinggal tunggu jawapan awak."

Insyirah terharu. Firash masih ingat lagi nama penuhnya. Sekarang, patutkah Insyirah terima lamaran Firash?

What am I suppose to do?!

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now