Bahagian II - Bab 12

253 10 0
                                    

Astillah berdiri di depan cermin lalu melilit shawlnya. Setelah itu dia menilik dirinya di depan cermin buat kali terakhir. Dah cantik! Dia mengambil kunci kereta dan turun ke bawah.

Di ruang tamu, dia melihat mamanya tersengih-sengih bermain telefon bimbit. Akal jahat muncul di kepala. Dia berjalan terjengket-jengket supaya mamanya tidak sedar akan kehadirannya.

"Boo!"

"Oh mak kau cantik!" Astillah terundur ke belakang sedikit lalu mengurut dadanya perlahan. "Mama ni! Baru nak kejutkan mama. Adik pula yang terkejut."

"Ingat mama tak tahu adik kat belakang? Mama tahulah..." Hajah Rosnina mencebik.

"Huh!" Bibir Astillah muncung sekejap. Lalu dia mengintai semula mamanya."Yang mama senyum sorang-sorang kenapa? Mama curang belakang papa eh? Bagitau papa nanti baru tau..."

"Hish, kamu ni! Dengar dek papa kamu tu, salah faham dia nanti!" Hajah Rosnina memarahi anak bongsunya itu. Satu cubitan hinggap di lengan kiri Astillah.

"Sakitlah ma! Orang gurau je..." Tangan diusap lembut di tempat yang dicubit sebentar tadi.

"Tau sakit. Ni dah siap bagai nak jumpa Hanna ke?"

"Aik? Macam mana tau?"

"Mak ngah kamu bagitaulah. Ni tengah bermesej dengan dialah ni."

"Ohh, gitu... Okeylah, adik jalan dulu. Assalamualaikum." Tangan Hajah Rosnina diraih dan dikucup.

"Waalaikumsalam. Drive elok-elok. Kamu baru je dapat lesen."

"Insya Allah."

...

Astillah mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya. Dia kini berada di Starbucks Cafe menunggu kehadiran Hanna. Sementara itu, matanya melilau melihat dekorasi kafe itu. Sangat unik. Menu-menu yang ada pun menarik banyak pelanggan. Astillah memang punya impian untuk membuka kafenya sendiri suatu hari nanti. Tapi tidak pasti sama ada boleh tercapai atau tidak.

Beberapa minit menunggu, akhirnya dia nampak kelibat Hanna masuk ke dalam cafe. Tanpa membuang masa, dia meluru ke arah sepupunya dan memeluknya sekuat hati.

"Ya Allah, Hanna! Aku rindu sangatlah dengan kau! Macam tak percaya je kau sekarang kat depan mata aku!" Astillah memeluk lagi sepupunya itu sekuat hati lalu dileraikan.

"Kau berapa lama kat Brunei ni?" Tanya Astillah. Sambil itu mereka duduk di tempat kerusi yang tersedia.

"Seminggu je..."

Astillah dan Hanna leka bercerita tanpa menghiraukan orang lain yang memandang mereka jikalau ketawa mereka tercetus kuat mengenang kisah lama. Memang banyak topik yang mereka luahkan. Dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang.

"Jadi kau ada kat Brunei ni bersebablah?" Tanya Astillah.

"Yup." Hanna tertunduk mengingatkan semula sebab dia berada di Brunei. Dia mengeluh sebentar.

"Kenapa mengeluh?" Lama Astillah menunggu respons daripada Hanna. Dia sabar menunggu.

Hanna menarik nafas dalam-dalam. "Aku kat Brunei ni ada satu sebab. Kalau kau nak tahu, orang tua aku dah jodohkan aku dengan satu lelaki ni. Anak kawan mak bapak aku. Tapi diorang baru bagitau aku masa awal tahun. Tahun ni. Masa awal bulan Januari."

"Kau kenal ke lelaki tu?"

"Kenal. Sebab aku pernah jumpa dia zaman remaja dulu. Tapi dulu kitorang tak tahu yang kitoramg kena jodohkan oleh mak bapak kitorang. So aku ke sini kononnya nak rapatkan silaturrahim. Cuti semester ni kitorang tunang di Malaysia. Habis belajar nanti kitorang kena kahwin."

Mulut Astillah terlopong seketika. "Aku tak tahu nak cakap apa... Aku sendiri tak pernah experience benda macam ni. Aku..."

"Dahlah, aku tak nak cakap pasal benda ni." Hanna segera memintas. "Hari ni kita enjoy! So..." Kata-kata Hanna terhenti apabila dia ternampak seseorang yang dia kenal.

"Tunggu kejap. Aku nak ke depan tu." Hanna minta diri.

Mata Astillah mengekori Hanna yang menghampiri seorang lelaki. Dia tidak cam siapa kerana lelaki itu membelakanginya. Kenalan Hanna kut. Dia memusing tubuhnya menghadap meja dan meminum minumannya sementara menunggu Hanna.

Hanna mencuit bahu Astillah. Dia terkejut melihat jejaka yang berada di sebelah Hanna. Sikit masa je lagi minuman nak tersembur keluar dari mulut.

Mamat PKS?!

"El, ni kenalkan. Adam Hafiz." Lantas Hanna memandang Adam. "Adam, ni Astillah, sepupu saya. FYI, Adam ni sepupu to my so called fiance-to-be. Jom, duduklah dengan kitorang."

Astillah dan Adam cuba untuk neutralkan wajah masing-masing seperti tiada apa yang berlaku.

Adam tidak lepas merenung wajah si gadis, membuatkan si gadis tidak selesa.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now