Bahagian III - Bab 49

94 1 0
                                    

Kacau-bilau hatinya apabila si dara enggan menjawab panggilan telefonnya. Dari tadi mundar-mandir bagai tidak cukup tanah. Cuba untuk berfikiran positif tetapi sudah dua hari dia diperlakukan begini.

Ketukan disebalik pintu segera dijawab, mematah lamunannya sebentar tadi. "Masuk aje. Tak kunci pun."

"Bro," Adam Mahriz memulakan bicara lantas duduk di atas katil yang tersedia.

"Ada apa?" Tanya Adam hafiz. Tangannya masih ralit menekan telefon bimbit, bersedia jikalau kekasih hatinya tiba-tiba menelefonnya.

"Tadi... aku nampak Astillah kat kedai."

Perhatian Adam Hafiz terus beralih tatkala mendengar nama Astillah yang lama tidak menghubunginya. Matanya terus fokus kepada wajah Adam Mahriz. "Okay, so?" Tanyanya.

"I think you're in big trouble, bro."

Dahi Adam Hafiz berkerut. "Sekarang ni boleh tak kau straight to the point," ujarnya, malas hendak berteka-teki apatah lagi fikirannya kusut di masa kini.

"Okay, aku bagitau." Adam Mahriz menarik nafas dalam-dalam. "Tadi aku teman Zeeta pergi jalan-jalan kat kedai, aku suruh Zeeta masuk kedai dulu sementara aku cari parking. Waktu aku approach Zeeta dia bercakap dengan Astillah. Aku mula-mula tak cam dia tu Astillah sebab tulah aku selamba je. Tiba-tiba dia nangis baru aku cam dia tu siapa."

"Apa?!" Terbuntang mata Adam Hafiz.

"Maaf, bro. Aku tak tau pun benda ni nak jadi."

Adam Hafiz terpana dengan apa yang telah terjadi. Namun dia tetap memaafkan Adam Mahriz kerana semua ini diluar kawalan. "Takpelah, bro. Bukan salah kau. Aku yang buat plan tapi aku tak fikir padahnya. Biar aku selesaikan semua ni."

"Sekali lagi aku minta maaf, bro. Kalau kau nak aku bantu apa-apa, kau bagitau aje aku."

Adam Hafiz mengangguk. Lantas Adam Mahriz meninggalkannya keseorangan di dalam bilik. Memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

...

"El, makanlah sikit. Dah berhari-hari kau tak makan tau tak?" Syazreena meletakkan semangkuk bubur di meja sisi katil Astillah.

"Aku tak ada seleralah, Syaz. Aku nak tidur je, please?"

"El, mungkin ini bukan masa yang tepat untuk aku tanya kau tapi kau pasti ke yang kau nampak hari tu si Adam?"

Astillah mengangguk.

"Tapi kau kata dia macam tak kenal kaukan?"

Astillah mengangguk lagi.

Syazreena tidak bertanya apa lagi apabila Astillah hendak tidak hendak melayannya. "Kalau macam tu aku balik dululah. Lepas kau bangun nanti makan ye bubur tu. Kesihatan kau kena jaga juga."

Sejurus itu Syazreena melangkah keluar dari rumah Astillah. Pintu pagar ditutup apabila sebuah kereta menghampirinya.

"Bos?"

"Astillah ada kat dalam?" Tanpa berdalih Adam terus bertanya.

"Ada, tapi dia tengah demam sekarang ni," jawab Syazreena.

"Tolong bagi saya jumpa dia."

"Bos, saya rasa ini bukan masa yang sesuai untuk jumpa Astillah."

"Syaz, tolonglah. Saya nak jumpa dia sekejap je," rayu Adam Hafiz. Melutut saja tidak.

"Maaf, bos. Minta maaf jika apa yang bakal saya katakan ni a bit rude. Saya masih hormat bos sebagai bos saya. Tapi apa yang jadi melukakan hati sahabat saya sendiri. Saya tak nak dia terus-terusan terluka."

"Kalau macam tu tolong saya, Syaz. Kali ni saya akan pastikan dia hanya hidup dalam kebahagiaan. Saya tak minta banyak, Syaz..."

Syazreena mengeluh. "Tolong pegang janji bos tu kuat-kuat dan jangan lepaskan. Saya akan tolong bos kali ini."

"Terima kasih, Syaz."

...

Alhamdulillah, dalam seminggu kemudian Astillah merasa sihat. Dia bangun dari perbaringannnya dan meregang otot untuk melegakan sengal di badan. Kedengaran bunyi mesej masuk di telefon bimbitnya dari Syazreena.

Syazreena: Aku kat depan rumah kau ni.

Astillah lantas turun dari katilnya dan mengatur langkah ke pintu utama. Dia membuka kunci pintu rumah dan membiarkna Syazreena masuk.

Syazreen melabuhkan punggung dan memulakan bicara. "Kau dah sihat ke?"

Astillah sentuh dahinya sendiri. "Dah kut. Tak panas lagi ni. Badan pun dah rasa ringan ni."

"Kalau macam tu aku nak minta kau temankan aku boleh?" Pinta Syazreena.

"Nak kemana?"

"Sushi tei," Syazrena tersengih. "Dah lama dah aku tak makan sushi. Craving pula nak maka sekarang ni."

"Siiiiip. Kalau sushi aku tak akan pernah menolak." Astillah ketawa kecil.

"Okey kalau macam tu apa lagi? Pergilah bersiap."

...

"Asal kau gelisah semacam aje ni?" Tanya Astillah. Kini mereka sudah berada di kawasan luar Sushi Tei. Dia memerhatikan Syazreen yang melilau matanya.

Syazreena membalas dengan senyuman. "Tak ada apalah. Eh jom kita masuk."

Mereka mula menapak masuk. Kelihatan ramai orang pada hari ini menjamu selera di restoran tersebut. Susah untuk mereka mencari meja yang tidak berpenghuni.

"Syaz, ramai sangat oranglah. Kita cari restoran lain nak tak?" Ujar Astillah.

"Eh tak apa El. Aku dah dapat dah tempat duduk."

Syazreena memulakan langkag terlebih dahulu dan Astillah segera menyusul dari belakang. Dia perasan Syazreena mula mendekati meja yang dihuni oleh orang lain. Mungkin kawannya. Tapi kenapa dia berasa tidak sedap hati? Dia memerhatikan  dua orang gerangan yang duduk membelakanginya.

"Bos," Syazreena memanggil.

"Bos? Siapa lagi bos yang kau ada ni syaz?"

Tidak lama selepas itu salah seorang dari mereka memusing badannya.

"Adam? Awak buat apa kat sini? Syaz, apa ni?" Pandangannya beralih dari Adam kepada Syazreena berulang kali. "Syaz, aku nak balik. Aku tak nak jumpa dia lagi..."

"El, tunggu dulu. Jangan marah dengan aku, please? Okey sekarang ni kau duduk dulu. Percaya dengan aku El, apa yang aku buat ni untuk pastikan kau bahagia. Aku tak nak tengok kau terus-terusan terluka. Stay please?"

Lama-lama Astillah akur. Dia mula mengatur langkah ke kerusi berhadapan dua gerangan lelaki itu. Sejurus itu perhatiannya beralih kepada lelaki yang berada di sebelah Adam. Matanya terus terbuntang. Mulutnya ternganga membentuk 'O'.

"Apa... apa semua ni, Syaz, Adam." Astillah mula menjadi keliru. "Adam, who are you? Who is he?"

Adam membuka mulut, "Astillah, tolong tarik nafas dalam-dalam. Saya akan jelaskan semuanya. Saya dah janji dengan diri saya untuk memperbetulkan keadaan."

"Keadaan apa hah?! Apa yang awak akan jelaskan?" Kesabaran astillah semakin tipis.

"Please hear me out first, Astillah. Please."

Astillah menghela nafasnya, meredakan hati yang membara dengan api kemarahan. "Okey, peluang awak kali ni aje untuk awak jelaskan. Jelaskan semuanya dan jangan tinggalkan satu pun info."

Adam memulakan penjelasan, "Astillah, saya Adam Hafiz dan di sebelah saya ni, abang kembar saya, Adam Mahriz..."

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now