Sambutan Aidilfitri di sekolah...
Zafiyan berada di belakang pentas dan sabar sehingga gilirannya tiba. Lagu 'warna-warni di aidilfitri' menjadi pilihan untuk lagu pertama yang akan didendangkan bersama alunan gitar. Akustik.
Lagu kedua yang akan dipersembahkan ialah lagu bebas. Lagu yang akan dinyanyikan ini sangat bermakna bagi Zafiyan. Setiap bait patah yang akan dinyanyikan selepas ini mempunyai maksud yang tersirat.
"Seterusnya, lagu kedua yang akan dinyanyikan oleh Zafiyan sekali lagi, bertajuk 'sempurna.' Beri sorakan semua!" Laung emcee menggunakan mikrofon.
Semua pelajar yang berada di bawah bersorak keriangan, memberi semangat.
Zafiyan berharap, setiap bait yang dinyanyikan akan didengar oleh si gadis dengan hati yang lapang.
Gitar dipetik, nyanyian pun bermula.
Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku
Akan selalu memujamu...Di setiap langkahku
Kukan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu...Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku,
Oh sayang ku kau begitu, sempurna...
Sempurna......
Hari raya Aidilfitri yang disambut di dalam dewan berakhir dengan meriah sekali. Persembahan sketsa tadi mencuit hati para pelajar. Tidak kurang hebat juga untuk pelajar yang menyanyi.
Insyirah berlari-lari anak naik ke tingkat atas, hendak ke kelas untuk menjamu selera. Sedang dia berjalan seseorang memanggil namanya. Kelihatan figura Firash yang menghampirinya.
"Ada apa, Firash?"
"Meriahkan, tadi." Firash senyum ikhlas sejurus kata-kata dilontarkan.
"Ha'ahkan. Sketsa tadi pun lawak juga." Senyuman di balas.
Tawa mereka bersatu.
"Awak nak ke mana?" Tanya Firash setelah tawa mereka reda.
"Naik ke kelas. Tadi saya janji dengan Astillah dan kawan dia jumpa di kelas je,sebab tadikan saya sibuk."
"Saya ikut awaklah. Terus nak beraya kat kelas awak..." Firash senyum tersengih.
Keadaan sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki tiap kali ia mencecah ke bumi.
"Err, Firash... Boleh saya tanya satu soalan?" Insyirah memecah kesunyian.
"Tu dah kira satu soalan." Firash senyum senget.
"Awak ni! Betul-betullah!"
"Okey-okey. Apa dia?"
"Kenapa awak tak nak orang lain tahu tentang hubungan awak dengan Farah?"
"Entahlah... Saya pun tak tahu jawapan kepada soalan awak tu. Tapi saya rasa memang tak ada faedah pun beritahu orang lain."
"Awak ikhlas ke cintakan Farah?"
Firash diam membisu. Seperti ada gam kuat yang dioles ke bibirnya. Kenapa bila soalan itu diutarakan, dia tidak mempunyai jawapan? Cintakah dia kepada Farah? Ikhlaskah dia menerima Farah? Entahlah... Mungkin juga. Tapi kenapa dia tidak berasa selesa dengan Farah sepertimana dia berasa selesa dengan Insyirah?
...
Keadaan di dalam kelas agak bingit dengan gelak ketawa rakan-rakan. Tambahan lagi minuman yang acap kali tumpah jika tidak senghaja berlaga tubuh sesama sendiri membuatkan kelas menjadi kotor. Jenuhlah badan nak bersihkan!
Dalam keadaan yang agak meriah, Astillah sempat menangkap dua kelibat masuk ke kelasnya. Insyirah dan Firash. Mereka berdua berjalan beriringan.
Pelik. Kenapa Astillah tidak ada sekelumit pun rasa cemburu terhadap mereka? Kebiasaannya, mana-mana perempuan yang bergandingan dengan Firash membuahkan rasa cemburu di dalam hati Astillah. Apa benar rasa cinta terhadap Firash telah pupus? Kalau benar... Alhamdulillah. Dia tidak perlu menanggung beban cinta yang tidak berbalas.
Terasa seseorang mencuit bahunya lembut.
"Eh, Zaf. Ada apa?"
"Boleh saya cakap dengan awak kejap?"
"Boleh."
"Tapi bukan kat sini..."
"Kat mana?"
"Tempat yang kurang bising sikit."
"Kalau macam tu, kat taman sekolah mini kita, macam mana?"
"Okey."
...
"So, apa yang awak nak cakap?" Tanya Astillah setelah mereka selamat melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia.
"Apa pendapat awak tentang lagu kedua yang saya nyanyikan tadi?" Zafiyan bertentang mata dengan Astillah. Ingin melihat reaksi si gadis.
"Boleh tahan juga suara awak. Sedap telinga mendengar. Hmm... Biar saya teka," Astillah membuat gaya orang berfikir. Dagu diketuk dengan jari telunjuk. "Mesti awak tujukan lagu tu untuk orang yang awak suka tu kan?"
"Betul." Renungan Zafiyan semakin mendalam.
"Siapa gadis bertuah tu?" Banyak kali Astillah mengutarakan soalan itu, banyak kali jugalah Zafiyan enggan menjawab. Hari ini dia mencuba nasib lagi.
"Awak."
"Hei, jangan main-main okey! Bagitaulah siapa..."
"Saya tak main-main. Memang betul gadis itu awak." Zafiyan kelihatan serius dengan kata-katanya.
Astillah terkedu. Dia tak salah dengarkan? Kenapa dia? Apa istimewanya dia?
"Sekali lagi saya tekankan yang saya tak main-main. Saya memang cintakan awak, Astillah. Jangan tanya saya sejak bila, sebab saya tak tahu bila. Yang saya tahu saya cintakan awak dan itu titik. Setiap lirik yang saya nyanyikan tadi, saya memaknakannya. Untuk awak. Saya harap awak boleh terima saya..."
Keadaan jeda seketika. Astillah tidak tahu hendak berkata apa. Dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Apa nak buat?!
"Boleh tak awak terima saya?" Zafiyan tanya sekali lagi bila tiada respon dari si gadis.
Astillah lambat-lambat mengangguk lantas tertunduk. Wajahnya berona merah tanda malu.
"Terima kasih, Astillah." Senyuman manis dihulurkan.
Mungkin inilah masanya untuk Astillah belajar mencintai insan lain...
Berakhirnya bahagian I...
Bahagian II akan di update tidak lama lagi.
-Tiana EF
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...