Di KLIA, Astillah duduk di tempat kerusi yang disediakan bersama Syazreena sementara menunggu Adam menguruskan segalanya.
Syazreena mengambil kesempatan untuk bertanyakan sesuatu kepada Astillah. "El, kau betul ke tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Adam?"
Astillah mengetap gigi kerana geram dengan soalan yang sama selalu ditujukan oleh sahabatnya.
"Berapa kali aku nak cakap, aku dengan dia hanya sekadar kawan. K-A-W-A-N. Aku rapat dengan dia pun sebab ayah dia kawan rapat papa ku. Jadi silaturrahim pun semakin erat. Okey? Ada apa-apa lagi nak tanya? Kalau ada, sila tanya sekarang, sementara peluang terbuka sebab aku tak akan jawab untuk hari lain. Hari ini aje."
"Ada. Banyak! Tapi aku cuba limitkan. Hehehe..." Syazreena tersengih.
Astillah menjeling sahabatnya itu. Balik-balik aku cakap tak ada hubungan, nak juga tanya banyak soalan, omelnya di dalam hati.
"Satu jam lagi kita nak berlepas," Adam berkata tiba-tiba. Niat Syazreena untuk bertanyakan soalan 'eksklusif' terhadap sahabatnya terbantut dengan kehadiran Adam.
"Oh, okay," balas Astillah. "Err, Syaz. Thanks eh sebab temankan aku. Kau jangan risau, kat sana nanti aku belikan kau ole-ole."
"Hehe, kau ni tau-tau je kan?"
"Mestilah. Aku kan kawan kau yang paling baik yang pernah kau ada?" Gurau Astillah.
Syazreena mencebik. "Iyalah tu. Okey, bye. Safe flight."
"Bye, Syaz." Astillah melambai Syazreena yang berlalu pergi.
...
"Assalamualaikum!" Seraya itu pintu rumah diketuk. Salamnya dijawab oleh seseorang di dalam rumah sebelum kunci pintu dibuka.
"Syirah! Dah lama mama tak jumpa. Syirah apa khabar. Daddy sama mummy mana?" Ujar Hajah Harlina bertalu-talu. "Eh, banyak cakap pula mama ni. Jom masuk ke dalam."
Insyirah tersenyum dan mengangguk. Lalu melangkah ke dalam rumah menuju ke bilik tamu sementara itu Hajah Harlina ke dapur untuk menyambung masakannya.
Dia memerhati sekeliling rumah. Sedikit sebanyak, rasa rindu menyapa hati apabila menjejaki rumah ini. Ada gambar arwah Firash yang tergantung kemas di dinding bilik tamu. Air mata yang mengalir cepat diseka. Rasa terharu ada juga apabila ibu arwah Firash masih melayannya seperti anak sendiri walaupun tidak sempat jadi menantu.
"Mama pun rindukan suami mama dengan anak lelaki mama," tiba-tiba Hajah Harlina menyapa dari belakang.
Hajah Harlina memeluk bahu Insyirah seolah-olah memberi kekuatan kepada menantu yang tidak jadi itu.
Tidak lama kemudian pintunya diketuk lagi. Kali ini kedengaran suara orang lelaki yang memberi salam.
"Kejap eh, Syirah. Mama nak buka pintu dulu. Tak sangka pula banyak tetamu hari ni," Hajah Harlina meminta diri.
Kunci pintu utama dibuka dan salam dijawab. Jejaka itu menyalam tangan Hajah Harlina.
"Mama dengan papa kamu mana, Alaf? Tak ikut sekali?" Tanya Hajah Harlina kepada anak buahnya itu.
"Mama dengan papa biasalah, selalu sibuk. Mereka kirim salam. Alaf datang ni pun nak jenguk aunty dengan kak Iza. Aunty apa khabar?"
"Aunty sihat. Jomlah masuk. Alang-alang dah dekat sini, makanlah sekali. Aunty dah masak. Aunty naik dulu panggil kak Iza."
Hajah Harlina berlalu sejurus itu. Alaf masuk ke dalam bilik tamu. Matanya terpaku apabila terlihat figura yang dikenali.
Dahulu arwah Firash selalu menceritakan tentang Insyirah terhadap Alaf. Tentang Insyirah yang berjaya menakluki hati Firash. Tentang Insyirah yang boleh menenangkan hati seseorang dengan kelembutan wajahnya. Tentang Insyirah yang selalu membuatkan Firash tersenyum apabila terfikirkan dia.
Semua itu membuatkan Alaf tertanya-tanya. Hebat sangatkah Insyirah itu? Cantik sangatkah dia sampai-sampai hati Firash yang susah dimenangi oleh mana-mana perempuan, dicuri oleh dia?
Apabila terjumpa buat kali pertama semasa pengebumian Firash dan ayahnya, memang ada sesuatu tentang Insyirah. Alaf pun tidak pasti apakah 'sesuatu' itu. Matanya tidak lepas dari memandang wajah gadis itu.
Sekarang ini pun matanya tidak lepas dari memerhatikan wajah si gadis. Memanglah tidak secantik mana, tapi hatinya damai melihat ciptaan Allah itu. Astaghfirullahalazim... Dia tidak halal untuk kau, Alaf. Pandang tempat lain! Hatinya berbisik.
Insyirah mula berasa tidak selesa apabila dia terasa dirinya sedang diperhatikan.
Alaf berdehem. Sekadar untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka. "Err, awak buat apa kat sini?"
"Emm... saya saja lawat sebab dah lama tak datang jenguk kak Iza dengan mama," jawab Insyirah. Nadanya sedikit terketar-ketar. Tidak tahulah kenapa dia selalu saja terasa gugup di depan lelaki ini.
"Mama?" Kening Alaf ternaik sebelah.
"Err... maksud saya, aunty Lina."
"Oh, lupa pula yang awak terbiasa panggil mama dengan aunty Lina."
Insyirah tidak tahu apa yang harus dibualkan dengan Alaf. Terasa serba tak kena apabila berhadapan dengan lelaki itu. Apa kena dengan kau ni, Insyirah?!
"Alaf, Syirah. Jom, makan. Kak Iza dah ada dah tu kat dapur," panggil Hajah Harlina. "Eh, kejap. Korang dua dah kenal ke?"
Lambat-lambat mereka mengangguk serentak. Alaf mengurut belakang tengkuknya.
"Jomlah makan, aunty. Dah siap masak kan?" Alaf cuba untuk mengelak dari situasi yang agak kekok itu.
"Okey, jom. Syirah makanlah sekali kat sini," pelawa Hajah Harlina.
"Eh, tak apalah mama. Syirah dah nak balik dah pun."
"Makan ajelah kat sini. Kalau ramai-ramai kan lagi meriah. Lagipun aunty rindu dengan suasana macam tu."
Mahu tidak mahu, Insyirah terpaksa bersetuju. Sebenarnya, Insyirah boleh aje makan dengan Hajah Harlina dengan Fariza. Tapi disebabkan kehadiran Alaf membuatkan dia kurang selesa. Entahlah... Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan jejaka itu. Tidak tahu kenapa, hatinya selalu berdebar-debar dengan kehadiran dia.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...