Bahagian II - Bab 11

248 10 0
                                    

Mama aku ni apahal?! Nak suruh aku jemput orang pula. Kan ada je teksi kat Brunei! Nak jemput-jemput bagai. Lepas tu nak kena hantar kat rumah mama di Kilanas pula tu! Ingat aku pemandu teksi ke?! Zafiyan membebel sendirian.

Kunci kereta yang tergantung di dinding ruang tamu dicapai dengan kasar.

"Bro, aku ke airport dulu. Kuncikan pintu ni. Aku tak bawa kunci rumah." Zafiyan menghempas kasar pintu rumahnya.

Adam hanya mampu menggeleng. Zaf, Zaf...

...

Nampak sahaja tempat letak kereta yang kosong, Zafiyan meluncur laju masuk. Nasib tidak terlanggar kereta sebelah. Dia keluar dari perut kereta dan menutup pintu kereta dengan kasar.

Zafiyan masuk ke dalam airport dan duduk di tempat kerusi yang tersedia. Setelah beberapa lama menunggu, dia ternampak tiga figura yang disuruh oleh mamanya untuk dijemput. Dia menghampiri tiga figura itu.

Senyum cuba diikhlaskan sebisa mungkin.

"Assalamualaikum, aunty, uncle." Nadanya cuba disopankan. Dia memandang Encik Rashid dan Puan Mariah. Lambat-lambat pandangan berkalih pada si gadis. Pandangan dingin antara mereka berdua. Memikirkan perkara yang sama.

"Jom, aunty, uncle." Tidak dihiraukan si gadis yang mendiamkan diri sejak mereka bertentang mata.

Adam dan Zafiyan memang kenal dengan si gadis yang berada di depannya ketika ini. Dia seorang yang baik, sopan santun, hormat orang tua dan memang patuh agama. Pendek kata memang sesuai untuk dijadikan isteri. Tapi, hanya dengan satu keputusan yang keluar dari mulut orang tuanya, Zafiyan jadi tidak berkenan kepada si gadis. Hatinya ada pada perempuan lain.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now