Zafiyan: Awak, sorry :( unexpected thing happened today. I need to sort it out as soon as possible....
Aaaaaaahhhhhh! Astillah menjerit di dalam hati. Kenapa tak beritahu awal-awal?! Nasib baik aku heret Insyirah sekali. Taklah aku keseorangan... Huh!
"Kenapa? Monyok je muka..." Tanya Insyirah. Ni tak lain tak bukan...
"Zafiyan tak dapat datang. Dia sibuk." Nada dingin dilontarkan.
Dah agak dah...
"Ingat apa yang aku pesan. Jangan fikir negatif." Insyirah cuba menasihati.
Astillah tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Aiskrim Tutti Frutti dibiarkan tidak terusik.
"Jomlah jalan. Tak kuasa aku nak fikirkan benda ni." Astillah mengambil begnya dan keluar dari kedai Tutti Frutti.
Dari kedai ke kedai yang lain mereka menjelajah. Destinasi seterusnya ialah butik yang memang terkenal di Brunei. Dekorasi tema floral menyerikan lagi ruangan butik itu.
"Wei, cantikkan kain ni," Insyirah menunjukkan kain yang dimaksudkannya kepada Astillah.
Astillah turut sama meneliti kain itu. "Ha'ah, cantik. Aku suka... Babe, cuba kau tengok yang ni pula. Lagi cantik. Kata pekerja tu, ini keluaran terbaru dari..." Pergerakan terus terhenti apabila terpandang sesuatu.
Astillah memusing tubuhnya untuk melihat dengan lebih jelas. Bukan Zafiyan ke tu? Ini tak mungkin...
Mata dipejam rapat buat beberapa saat lantas dicelik semula. Salah pandang kut...
"Kau okey ke?" Insyirah menyentuh sekejap bahu Astillah.
"Hah? Okey... Aku okey. Kita tengok kain sebelah sana nak?"
Tanpa menunggu jawapan Insyirah, Astillah menarik tangan sahabatnya menuju ke tempat yang dimaksudkan.
Astillah pandang semula ke belakang sekilas. Memang tiada susuk tubuh Zafiyan. Sahlah aku cuma salah pandang...
...
Zafiyan mengekori Hanna dari belakang meneliti kain yang akan menjadi pilihan untuk majlis yang akan datang. Dia membiarkan semuanya menjadi pilihan si gadis. Dia malas hendak masuk campur. Ini semua bukan pilihannya, tapi pilihan orang tuanya.
Zafiyan menoleh ke kiri dan ke kanan, sekadar melihat kain-kain yang terpamer untuk membuang rasa bosannya. Tidak disangka dia terpandang Astillah...
"Hanna, aku tak suka kain dekat sini. Cari tempat lain!"
Tangan Hanna direntap kasar dan cepat-cepat dia keluar dari butik sebelum Astillah menyedari kehadirannya.
"Eh, lepaslah! Apa pegang-pegang ni?!" Jerit Hanna. Tangannya yang sedikit kemerahan dielus lembut.
"Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak peganglah! Kau ingat aku nak sangat ke jalan dengan kau?! Kalau tak kenangkan mak bapak aku, dah lama aku biarkan kau sorang-sorang cari kain yang tak penting tu!"
Zafiyan segera beredar dari situ, meninggalkan Hanna keseorangan termangu-mangu.
Terasa tubir mata hangat. Hanna tidak tahu kenapa dia tiba-tiba hendak menangis. Orang tuanya sendiri tidak pernah menengking dia sebegitu rupa. Air mata yang jatuh cepat diseka. Dia tidak mahu orang lain lihat dia menangis.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...