Bahagian III - Bab 30

251 13 0
                                    

Malaysia...


Dua hari dia tidak datang ke ofis, hari ini dia kembali bekerja. Banyak juga kerja yang tertanggung. Nampaknya kena overtimelah ni...

"Eh, bukan sepatutnya kamu masuk kerja besok ke?" Tegur Dato' Zawawi semasa dia melintas di hadapan ruangan kerja Astillah.

"Bosanlah uncle, asyik terperap kat rumah tak buat apa-apa. Lagipun banyak kerja. Nak kena balik lambat sikit kut nanti," ujar Astillah.

"Hmm, iyalah. Kamu hati-hati ya," pesan Dato' Zawawi.

Kelihatan Adam keluar dari perut lif.

"Hah, Adam. Akhir kamu hari ni," ujar Dato' Zawawi pada anaknya.

Adam tersengih. "Overslept, ayah."

"Tak apalah. Ayah masuk ofis dulu." Dengan itu, Dato' Zawawi berlalu pergi meninggalkan Adam dan Astillah berdua.

"So macam mana cuti awak?" Tanya Adam sejurus sahaja ayahnya hilang dari pandangan.

"Okey je," balas Astillah.

"Aik, macam tak okey je."

Astillah memaksa senyuman. Sebenarnya dia tidak mahu ingat perkara itu. "Okeylah... Saya datang ke Brunei lepas tu jumpa kawan lama. Beberapa hari kemudian, baliklah semula ke Malaysia."

"Oh..."

Astillah perasan akan sesuatu pada lengan Adam. Waktu itu Adam menyingsing lengan baju kerjanya. Ada parut. Tempat parut itu berada agak sama dengan luka Adam Hafiz terkena di Brunei.

"Kenapa dengan lengan awak tu?" Tanya Astillah. Matanya masih memerhatikan lengan Adam yang berparut itu.

Cepat-cepat Adam membuka lipatan lengan bajunya. "Err, saya, emm... Saya terkena benda tajam kat rumah waktu tu. Saya pun tak pasti apa."

"Ohh..." Astillah terangguk-angguk. Kebetulan sama je kut...

"So nak ikut kafe tak?" Ajak Adam.

"Hah?"

"Nak ikut ke kafe tak lunch nanti?" Ujar Adam sekali lagi.

"Kafe mana?"

"Kafe yang selalu awak pergilah, DesHope Cafe. Nak tak?"

"Emm..." Astillah berfikir sejenak.

"Jomlah," Adam cuba memujuk.

"Okeylah."

...

DesHope Cafe...


"Saya tahu awak ada masalah kat Brunei," kata Adam. Kopi yang panas disisip sedikit.

"Apa yang membuatkan awak berfikir macam tu?" Tanya Astillah. Untuk mengaku yang dia dilanda masalah semasa di Brunei kepada Adam, dia tidak bersedia. Masalah ini bukan masalah yang sesuai untuk diceritakan kepada orang lain. Rakan-rakannya pun tidak pernah tahu.

"Mata awak."

"Mata saya?" Kening bertaut.

"Mata awak tak seceria dulu. Saya juga tahu, senyuman yang awak ukir adalah senyuman paksa."

"Macam mana kalau semua tu sebab saya penat je?" Tanya Astillah lagi.

"Mata tak boleh menipu, El."

Astillah tertunduk. "Ya saya mengaku. Memang saya ada masalah. Tapi maaf, saya tak sedia nak cerita kat orang lain."

"Saya faham. Saya takkan paksa awak, El. Tapi kalau awak perlukan telinga untuk mendengar, saya akan selalu ada untuk awak."

Keadaan jeda seketika.

"Awak, saya ada realise something tau," kata Astillah, memecah kesunyian.

"Kenapa setiap kali awak ajak saya ke kafe ni, awak selalu ke tandas lepas kita order? Dan awak selalu sampai selepas pesanan kita dah terletak di atas meja," jelas Astillah.

"Saya selalu jumpa owner kafe supaya buat kopi yang terbaik untuk awak," seloroh Adam.

"Awak ni.... Janganlah main-main." Astillah muncung sedepa.

Adam ketawa di dalam hati. Gelagat Astillah selalu mencuit hati lelakinya. "Hehehe... Tapi betul tau, saya jumpa owner kafe ni."

"Nak buat apa?"

"Adalah."

"Berahsia sangat," Astillah mencebik. "Awak nak tahu sesuatu lagi tak?" Sambungnya lagi.

"Apa dia?"

"Setiap kali saya minum kopi dari kafe ni, saya selalu teringatkan sesuatu."

"Teringatkan apa?" Adam masih tekun mendengar cerita Astillah.

"Saya teringatkan seseorang. Tapi saya tak pernah tahu wajah dia. Jumpa pun tak pernah."

Dahi Adam berkerut seribu. "Saya tak faham. Macam mana awak boleh terkenangkan seseorang yang awak tak tahu rupa wajah dia dan tak pernah jumpa dia pun?"

Astillah senyum. "Dulu masa kat universiti, ada seorang insan ni selalu bagi saya satu cawan kopi beserta satu nota."

"Apa yang dia tulis dalam nota tu?" Tanya Adam.

Senyum Astillah semakin melebar. "Kata-kata semangat. Nota yang dia beri tak pernah bertentangan dengan apa yang saya lalui. Dia seolah-olah tahu apa yang saya alami. Ketika masalah saya semakin teruk, dia makin kerap bagi kata-kata semangat melalui nota itu. Kadang-kadang saya nak juga jumpa dia, tapi tak ada rezeki."

"Awak tak tahu ke siapa nama lelaki tu?"

Astillah kerut dahi. "Bagaimana awak tahu dia tu lelaki? Saya tak cakap pun dia tu lelaki atau perempuan."

"Emm.... Ehem," teragak-agak Adam menjawab. "S-saya teka je... Iyalah, takkan perempuan pula nak buat macam tu kat perempuan yang lain."

Astillah ketawa kecil. " Ya tak ya juga. Dalam nota tu dia tulis nama Fiz. Other than that, no clue at all."

"Takkan sikit pun awak tak cam dia siapa."

"Tak. Sikit pun tak. Saya cuma harap suatu hari nanti saya boleh jumpa dia."

"Macam mana kalau selama ni dia kat depan mata awak tapi awak tak sedar?"

Astillah menggeleng kepala. "Tak mungkin, sebab saya masa tu dikelilingi oleh orang yang saya kenal yang tak gelar diri diorang Fiz. Itu pun saya ada kawan nama Hafizah dan kitorang panggil dia Fiz atau Fiza."

"Kalau sekiranya saya cakap orang yang bagi kopi tu saya, apa yang akan awak buat?"

Astillah ketawa. "Awak ni melawak ke apa? Nama dia Fiz. Nama awak kan Adam Mahriz. Jauh dengan nama Fiz tu."

Adam senyum senget. "Saya boleh guna nama samaran."

Kirai Astilla ternaik sebelah. "Kalaulah betul Fiz tu awak, apa alasan awak untuk ceriakan hati saya dengan kopi dan nota tu?"

"Sebab saya suka awak," selamba Adam menjawab.

"Tapi kalau awak suka saya, kenapa awak tak terus terang?" Astillah bertanya lagi.

"Baru je tadi saya terus terang."

"Awak ni! Saya cakap kalau awak yang memberi nota tu." Pipi Astillah terasa membahang.

"Saya ingat awak cakap pasal perasaan saya terhadap awak." Bibir Adam terukir senyuman.

What? Biar betul dia suka aku? Perasaan kau je, El. Dia bergurau tu...

"Apa-apa je lah. Bercakap dengan awak, mengusik tak sudah," Astillah mencebik.

"Tapi kalau betul saya suka awak macam mana?" Tanya Adam.

"Hah?" Astillah tidak memberi perhatian kepada soalan Adam tadi.

"Lupakan je lah soalan saya tadi." Adam mengurut pelipisnya.

"Oh, okey."

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now