Bermacam-macam ekspresi wajah yang ditunjukkan Astillah tatkala mendengar penjelasan dari dua adik-beradik kembar itu. Perasaannya bercampur-baur, tidak tahu perasaan apa yang patut diluahkan.
"Kenapa awak harus buat macam tu? Untuk sakitkan hati saya? Apa yang awak dapat kalau awak berjaya? Kenapa tak berterus terang aje? Jadi selama ni siapa tunang saya? Siapa bersama saya?" Bertubi-tubi soalan yang Astillah ajukan.
"Saya tunang awak," sahut salah seorang dari mereka. "Adam Hafiz, tunang awak."
"Kenapa awak perlu bohong?" Astillah ajukan soalan sekali lagi.
"Saya minta maaf. Astillah. Saya tahu saya salah. Saya buat semua ni sebab dulu saya takut awak tolak saya sebagai Adam Hafiz."
"Apa yang buat awak fikir macam tu? Disebabkan awak takut saya tolak cinta awak, awak sakitkan hati saya pula? Awak tipu saya." Tubir mata Astillah sudah dipenuhi air mata. Ditahannya juga supaya tidak jatuh.
"Saya minta maaf..." Itu sahaja yang Adam Hafiz mampu luahkan. Sudah disangka pengakhirannya akan menjadi begini, tetapi tetap diteruskannya juga, menyebabkan hati seorang insan terluka.
"Pertunangan kita ada makna tak untuk awak? Dahlah, Adam. Saya malaslah nak layan semua benda ni sekarang. Fikiran saya serabut. Bagi saya masa untuk fikirkan ke mana hala tuju hubungan kita."
Astillah berlalu begitu sahaja tanpa memikirkan gerangan yang memanggil namanya dari belakang. Air matanya jatuh juga kalah dek perasaan yang memuncak.
...
Sudah dua minggu Adam cuba memujuk tunangnya yang tercinta. Diberi bunga, dibuang. Diberi surat, dikoyak. Dihantar sms, tidak berbalas. Sudah runsing dan buntu fikirannya untuk memcari idea yang lain. Kalaulah ada tercipta buku panduan isi hati seorang perempuan yang nyata keberkesanannya, sudah dia beli dari dulu lagi.
Astillah pula, tidak tahu hendak berbuat apa. Sejujurnya dia masih mencintai Adam. Tapi apa yang terjadi, membuatkan dia celaru. Hendak dilepas, masih sayang. Hendak disimpan, menyakiti hati. Kad jemputan kawin sudah diedarkan. Kalau putus ditengah jalan, perasaan malu itu ibu bapa pun terkena tempiasnya. Entahlah... Perlukah hubungan ini diteruskan?
...
"Hoi, bangun El! Matahari dah terpacak pun kau masih lena lagi berpelukan dengan bantal kau tu. Amboi, amboi, amboi, siap berdengkur lagi!"
Syazreena geram dengan sahabatnya seorang ini. Bila ada masalah, mulalah buat perangai. Tak reti nak luahkan perasaan itu. Apa guna dirinya sebagai sahabat.
Tak boleh jadi ni, dibiarkan lama-lama entah apa akan jadi pada Astillah, desus hati Syazreena.
"ELLLLLLL! BANGUN! RUMAH KAU TERBAKAR!" Teriak Syazreena.
Celik terus mata Astillah. "WHAT?! Mana?! Syaz kau pergi ambil baldi air sekarang!"
"Hei, rilekslah El. Tak ada yang terbakar pun rumah kau ni. Elok aje dari tadi."
"Habis tu yang kau jerit tadi apa hal?"
Syazreena naikkan bahunya. "Saja... Nak bangunkan kau. Dahlah liat sangat. Jadinya aku buat macam tadilah."
"Kau ni, Syaz. Tak baik tau. Kalau betul tadi macam mana? Mulut tu celupar sangat, tau tak? Hish!" Astillah memunjungkan mulutnya.
"Eee... buruknya muka kau tu. Dah, dah. Jangan buang masa. Aku nak kau bersiap sekarang!"
"Alah, Syaz. Aku malaslah. Kau nak bawa aku ke mana lagi. Last time kau bawa aku hari tu, jumpa Adam. Kau jangan,Syaz. Kalau nak bawa aku jumpa Adam, aku tak nak pergi."
Syazreena menghembus nafas yang panjang. "Ya, El. Kali ni aku mengaku memang aku nak bawa kau jumpa Adam. Adam Hafiz. Tunang kau yang sebenar. Orang yang selama ni kau luangkan masa bersama. Orang yang mengaku cintanya pada kau."
Astillah mencebik. "Cintakan aku? Kau pasti ke dia ikhlas dengan perasaan dia? Dengan penipuan dia lagi. Kau yakin ke dia boleh bahagiakan aku? Sekali penipu tetap penipu!"
"El, keikhlasan dia aku tak boleh nak buktikan. Cuma Adam aje yang boleh tunjukkan semua tu. Tapi aku nak tanya kau sikit. Selama kau ada dengan dia, pernah tak dia layan kau bukan-bukan? Pernah tak dia sakitkan hati kau? Berkasar dengan kau?"
"Dan aku nak tanya kau, kau pasti itu semua bukan lakonan dia?"
"Itu semua bukan lakonan." Tiba-tiba ada satu suara garau menyergah di sebalik pintu biliknya. Pantas tangan Astillah mencapai tudung hajranya.
"Syaz! Kau biarkan Adam masuk ke rumah ni kenapa? Kau dah gila ke? Apa kata jiran-jiran nanti?"
"Aku tak gila lagi, El. Kalau Adam seorang aje memang aku tak akan benarkan. Parents dia ada kat bawah kat bilik tamu. Pintu dengan pagar kau kat luar tu dah dibuka seluas mungkin. Kau tak ada alasan lagi nak mengelak daripada Adam. Pintu bilik kau ni aku tak tutup dan aku tunggu kau selesaikan masalah kau dengan Adam."
Syazreena segera berlalu meninggalkan Adam dan Astillah berdua. Adam berdiri berhampiran pintu bilik manakala Astillah masih lagi duduk di atas katilnya.
"Syaz dah keluar kenapa awak masih tercegat kat situ lagi?"
"Sebab saya nak selesaikan perkara ni dengan awak."
"Nak selesaikan apa lagi? Takde apa-apa nak dibincangkan. Nikah pun dah tak lama lagi. Itu yang awak nak sangatkan?"
"Tak bukan tu. Saya nak kita bincang hala tuju hubungan kita. Saya tak nak kita kawin dengan perasaan yang kita bawa sekarang ni."
"Perasaan? Awak tak bahagia ke? Dah lama lagi nak kawinkan," kedengaran sinis soalan itu.
Adam menarik nafas yang panjang. "Pertama sekali, saya nak cakap yang saya minta maaf. Saya mengaku saya tipu identiti saya pada awak. Dan saya sedia maklum perbuatan saya itu salah dan akhirnya saya menyakiti hati awak, Astillah. Tapi saya cuma nak awak tahu satu perkara ni. Cinta saya pada awak ikhlas. Saya tak pernah berbohong dengan perasaan saya. Segala sesuatu yang pernah saya lakukan untuk awak adalah ikhlas dari hati. Tidak ada pun lakonan di dalam itu. Saya betul-betul cintakan awak, Astillah. Saya nak memperisterikan awak dan saya nak awak menjadi ibu kepada anak-anak saya. Yang halal buat saya. Sekarang ni terpulanglah untuk awak percaya saya atau tidak. Saya dah luahkan segala perkara yang terbuku di hati saya. Apa sahaja keputusan awak selepas ini, saya tak akan paksa. Biarlah keputusan awak itu datangnya dari hati dan fikiran yang rasional. Jika keputusan awak itu perlu memutuskan tali pertunangan kita dan membatalkan perkahwinan, saya redha. Saya akan terima ketentuan Allah. Saya balik dulu. Assalamualaikum, Astillah."
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...