Rutin sama setiap hari, setiap pagi. Bangun pagi, mandi, memakai seragam sekolah, sembahyang subuh, sarapan dan pergi sekolah. Semua itu dilakukan setiap pagi kecuali semasa cuti awam.
"Mak, pergi dulu!" Astillah membuka pintu kereta kakaknya.
I pick my poison and it's you
No one can kills me like you do
You're going straight to my heart...Astillah menyanyi keriangan, mengikut rentak lagu.
"Haih, ceria je hari ni. Selalunya takde pun macam ni. Terlebih gula ke?" Kak Ina melirik sekejap pada adiknya, lalu mengalih semula perhatian ke jalan raya.
"Ha'ah. Terlebih gula." Balas Astillah acuh tak acuh.
"Terlebih gula konon. Terlebih gula kat mana? Hati?" Kak Ina senyum senget.
"Apalah akak ni. Nak ceria sikit pun tak boleh. Potong betul!" Astillah muncung.
"Hah, muncungkan lagi bibir tu sampai panjang, boleh juga gantung baju kat situ." Kak Ina menyakat.
"Hish!"
...
Tak sabarnya nak jumpa Zafiyan! Eh, Zafiyan? Bukan sepatutnya fikirkan tentang Firash ke? Apa-apa jelah...
Dalam pada dia berjalan, dia terlihat kelibat seseorang duduk di taman sekolah mini. Macam kenal je. Astillah menghampiri gerangan itu perlahan-lahan. Eh, Insyirah? Astillah nampak bahu Insyirah terhinjut-hinjut. Dia menangis ke? Tapi kenapa?
"Err, Insyirah, awak okey ke? Maaflah kalau ganggu tapi dari jauh lagi saya nampak awak..." Astillah memulakan bicara.
"Tak takpe... Tak ganggu pun. Saya okey." Alamak! Kenapa Astillah kat sini? Dia tak sepatutnya nampak aku menangis!
"Kenapa awak nangis?" Tanya Astillah.
Beritahu ke tidak ya? Sebenarnya Insyirah menangis kerana seseorang. Dan seseorang itu ialah orang yang dicintai Astillah sendiri. Ditanya bagaimana dia tahu? Sebenarnya semua orang tahu Astillah menaruh hati pada Firash. Cuma Astillah sendiri tidak sedar akan perkara itu. Tapi yang bagusnya, mereka semua buat endah tak endah saja. Tidaklah Astillah malu.
"Sa-saya... Saya... Emm..."
"Ehh, tak apa kalau awak tak nak bagitau. Jangan paksa diri." Astillah tidak mahu mendesak. Nanti dikata penyibuk pula.
Insyirah menarik dan menghembus nafas perlahan, "Saya tak tahu kenapa saya nangis. In fact saya juga berfikir, patutkah saya menangis tentang perkara itu? Atau mungkin saya yang terlebih emosional. Astillah, kalau sekiranya awak ada masalah, awak akan nangis ke? Awak sanggup ke hadapi masalah awak?" Kedengaran suara Insyirah yang sayu. Sedih.
"Syirah, saya mungkin tak tahu masalah awak yang sebenar. But you have to remember a thing, no problem is too big nor too small. Allah knows our ability. Our strength. setiap ujian yang Allah berikan mengikut keupayaan masing-masing. Saya tahu nasihat saya ni cliché tapi sebagai manusia, kita kena usaha dan sabar sebab setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Cuma masalah itu akan selesai dalam jangka masa yang pendek atau panjang. Buat sementara waktu, kita kenalah senyum sebab senyum kan sunnah."
"Thanks, Astillah." Insyirah senyum.
"Panggil El je."
Astillah, Astillah... Nak nasihatkan orang pandai, tapi diri sendiri tak ternasihat... Fuh... Kehidupan.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...