Kopi lagi? Setiap satu minggu pasti Astillah akan dapat satu cawan kopi bersama satu nota kecil mengandungi kata-kata semangat. Antaranya:
-Jika ada masalah, Allah berada di sisimu. Ingat itu.
-Senyumlah selalu, itukan sunnah. :)
-Jangan biarkan mereka menjatuhkan dirimu...
Semua itu datangnya daripada seseorang yang menggelar dirinya FIZ. Siapakah gerangan FIZ ini? Kenapa dia selalu memberi kata-kata semangat? Apa tujuan dia yang sebenarnya?
...
Kelas pun dah habis. Semua barang-barang dimasukkan ke dalam beg. Selesai mengemas, Astillah menghampiri Insyirah.
"Syirah, kau jadi datang tak ke rumah aku?" Tanya Astillah. Sambil itu dia membetulkan beg sandang yang berada di bahu.
"Of course jadi. Bosanlah kat rumah aku."
"Okey. Kau terus ikut balik ke rumah aku ke ni?"
"Yup."
"Carpool?"
"Aku drive sendirilah. Kereta aku ada je kat luar tu. Nanti susah pula nak balik."
"Okey, jom." Mereka jalan sama-sama keluar dari kelas. Sesetengah barang mereka disimpan di dalam loker.
Usai simpan barang, Astillah dan Insyirah bersedia menuju ke kereta. Tidak terduga, Astillah terserempak dengan Adam Hafiz. Mereka berhenti seketika, merenung sesama sendiri, meninggalkan Insyirah kebingungan di tengah-tengah.
Pandangan sinis dari Astillah.
Pandangan menikam yang sukar untuk ditafsirkan dari Adam.
Insyirah melambaikan tangannya di antara mereka. Bagai tersedar dari lamunan, pandangan terputus, Adam mengatur langkah dengan segera.
"Woaa, apa tadi tu?" Insyirah masih termangu-mangu. Tidak faham dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
"Tak ada apa-apa." Astillah menafikan. Malas dia hendak bercerita tentang mamat PKS tu.
"Tu mamat yang kau gelar PKS tu kan?" Insyirah masih cuba bertanya.
"Yup," sepatah Astillah menjawab.
"Tadi tu..."
"Syirah, stop. Aku tak nak cakap pasal dia. Jom balik." Astillah sempat memotong kata-kata Insyirah.
...
"El..." Panggil Insyirah meleret.
"Ya?" Dari membaca novel, pandangan dikalih apabila Insyirah memanggilnya.
"Kau marah kat aku ke pasal tadi?" Insyirah baring meniarap di sebelah Astillah, menongkat dagu.
"Taklah. Aku tak suka je cakap pasal mamat tu."
"Oh..." Insyirah terangguk-angguk.
Kedengaran pintu bilik Astillah diketuk dari luar. Astillah berdiri lantas membuka pintu.
"Eh, kak Ina. Bila sampai? Suami dengan anak akak mana? Tak datang sekali? Siapa bukakan pintu tadi?" Astillah menembak dengan pelbagai soalan.
"Amboi, kamu ni! Tanya tu biarlah satu-satu." Kak Ina melihat orang yang duduk di atas katil Astillah. "Eh, Insyirah pun ada juga? Hello.."
"Hello, kak Ina." Insyirah memberi senyuman.
Pandangan dikalih semula pada adiknya, "Akak baru sampai tadi. Abang Rizal dengan baby Adeelah ada je kat bawah tu. Tadi bibik yang bukakan pintu. Kalau nak tunggu kamu bukakan pintu, setahunlah jawabnya nak kena bertenggek kat luar." Kak Ina menjawab setiap soalan.
"Ni ada surat akak ambil kat peti surat untuk kamu. Surat ni dari..." Surat dilihat semula untuk melihat nama, "Zafiyan," sambung kak Ina lagi.
Surat diambil terus dari tangan kakaknya apabila dengar sahaja nama Zafiyan. Kak Ina kerut dahi.
"Zafiyan tu siapa? Boyfriend eh?" Kak Ina senyum senget.
"Mana adalah!"
Pintu ditutup terus.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...