Kereta di parkir di depan rumah Astillah. Syazreena memang sengaja datang ke rumah sahabatnya untuk menghilangkan kebosanan di hujung minggu. Lagipun mereka berjanji untuk membeli-belah bersama-sama sebentar lagi. Sementara menunggu Astillah bersiap, dia boleh membaca novel-novel Astillah di biliknya.
Sebelum masuk ke dalam rumah, Syazreena perasan akan sepucuk surat di dalam peti surat. Lalu srat itu diambil dan dibelek sekejap.
"Tak ada nama pengirim, hmmm... Tak apalah."
Pintu rumah diketuk berkali-kali sebelum dibuka Astillah.
"Laa... Syaz. Awalnya kau datang? Aku ni belum siap lagi."
"Ni ada surat kat dalam peti kau tu," surat itu diberi. "Aku datang awal sebab bosan. Tak apa. You can take your time. Aku boleh je baca novel kau." Sejurus itu Syazreena mengambil sebuah novel bertajuk 'Backup Cinta' lalu merebahkan dirinya di atas katil.
"So, Syaz," panggil Astillah sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. "Tak terfikir ke nak cari pengganti?"
"Hish, mengada jelah kau ni. Belum sampai sebulan putus nak cari pengganti. Tak usah fikir pasal aku. Kau tu hah! Kejap lagi dah nak kawin dah lepas cik tunang kau tu balik ke malaysia? Tak rasa nervous ke?" Syazreena naikkan kirainya kepada Astillah.
"Lumrahlah kalau orang nak kahwin nervous. Kau pun tau tu."
"Eh, tak... Maksud aku..." Syazreena meleretkan senyuman.
"Maksud kau apa?" Astillah mengerutkan dahinya.
"Yang tulah... Lepas akad nikah... kan dah kahwin... semua pun halal." Senyumannya semakin melebar.
Astillah berfikir sekejap. Setelah faham apa yang dimaksudkan oleh Syazreena, mulut dia melopong dan lantas mencubit lengan sahabatnya sekuat hati.
"Auch, sakitlah!" Adu Syazreena.
"Itulah kau. Nak usik aku. Terkena sekali sepit ketam. Nak lagi?" Kata Syazreena sambil menunjukkan ibu jari dan jari telunjuknya.
"Taknak taknak taknak. Kesianlah tangan aku yang putih ni. Jadi merah dah." Syazreena buat-buat muka sedih.
Astillah mencebik. "Ceh, cubit sikit nak nangis. Dahlah. Jom jalan. Aku siap dah ni."
"Kita taknak kawan dengan awak! Kita merajuk tau." Syazreena berjalan sambil menghentak kakinya seperti budak kecil merajuk.
"Hoi! Jangan nak merajuk sangat. Tak comel pun."
Syazreena menjeling.
...
"El, aku nak ke tandas dululah. Kau masuk aje dulu kat kedai buku tu."
"Hmm... iyalah."
Syazreena berlalu dahulu sebelum Astillah sempat masuk ke kedai buku. Di luar kedai buku tersebut, ada buku-buku keluaran baharu dipamerkan. Ada juga buku-buku lama yang dijual separuh harga. Astillah membelek buku-buku pameran tersebut sementara menunggu Syazreena.
Apabila Astillah ternampak buku yang menarik perhatiannya, tanpa berdalih lagi dia terus menghampiri buku itu untuk diambil tetapi ada seorang perempuan yang dapat dulu.
"Err, cik?"
Perempuan itu menoleh. "Ya?"
Eh, kejap. Kenapa macam kenal aje muka dia ni? Getus hati Astillah.
"Awak Zeeta?" Tersasul pula soalan yang lain. Padahal soalan yang ingin diutarakan tadi adalah sama ada perempuan itu ingin membeli buku itu atau tidak.
"Ya..." Teragak-agak perempuan itu menjawab. "Kenapa cik tanya?"
"Awak ingat Astillah? Kawan satu kolej awak dulu?"
"Maaf ya cik kalau saya agak berkasar. Tapi buat apa cik tanya tentang hal peribadi saya? Cik kenal ke Astillah?"
"Ya Allah! Jadi betullah awak Zeeta? Ni akulah, El. Takkan tak cam aku kut?"
"El?" Zeeta meneliti wajah Astillah lebih dekat. "El! Betullah ni kau! Maaflah aku tak cam sangat. Dah lama kita tak jumpa. Makin berubah kau kan sekarang."
"Berubah? Aku rasa sama aje macam dulu. Berubah macam mana?"
"Kau makin hodoh aku tengok. Hahahahahaha!"
Astillah memuncungkan bibrnya. "Kau ni... rosak mood gembira aku jumpa kau. Tak nak kawanlah!"
"Hish, kau ni! Itu pun nak merajuk. Kita ni dah tua El, oi! Nak merajuk bagai..."
Astillah tersengih. "Hehehe... kau buat apa kat Malaysia?"
"Aku datang bercuti aje dalam dua minggu. Sekaligus datang jumpa bakal mertua aku." Zeeta tersenyum bangga.
"Wow, bakal mertua eh? Jauhnya kau cari suami sampai ke sini. Hahahaha... walau apa pun aku gembira sangat dapat jumpa kau kat sini. By the way, kau datang dengan siapa?"
"Dengan boyfriend aku... hah tu dia!" Zeeta menghalakan jari tunjuknya di belakang Astillah.
Astillah memusing tubuhnya untuk melihat gerangan yang dimaksudkan oleh Zeeta. Matanya di sepetkan kononnya untuk melihat lebih jelas gerangan itu yang cuba meloloskan diri dari orang ramai.
Serta-merta jantungnya bagaikan berhenti berdegup. Kolam air matanya pecah. Tidak mungkin... Tidak mungkin dia berlaku curang kepadaku. Dia sekarang ini berada di Australia...
"El, kau okey ke? Kenapa kau nangis?" Soalan Zeeta menyedarkan Astillah. Terus diseka air matanya yang tadinya deras membasahi pipi.
"Zeeta... siapa nama boyfriend kau tu?" Dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Soalan itu diajukan dengan harapan bahawa sangkaanya mungkin salah.
"Adam Mahriz. Kenapa?"
"Sayang, maaf I lambat. Ramai orang tadi kat tandas."
"Tak apa. Kawan saya ada ni. Kebetulan kitorang jumpa kat sini. Perkenalkan, nama dia Astillah."
"Err, Zeeta. Saya pergi dulu. Tiba-tiba pula ada kecemasan. Assalamualaikum." Astillah berlalu tanpa memandang lelaki tersebut.
Lelaki itu memandang Astillah dengan perasaan hairan. Kenapa dia seolah-olah kenal dengan perempuan itu?
"Tadi sayang cakap nama dia Astillah kan?" Tanya lelaki itu kepada Zeeta.
"Ya. Kenapa?"
"Entah. Saya rasa macam familiarlah dengan kawan sayang tu."
"Kenapa pula macam tu? Atau awak ni dah sangkut kat kawan saya tu. Nak makan penumbuk dari saya?" Zeeta menghalakan buku limanya.
"Hish awak ni. Cakap yang bukan-bukan. Dalam hati saya ni, cuma ada awak seorang aje tau."
Zeeta mencebik. "Iyalah tu.... Jomlah kita pergi makan. Saya lapar."
...
Sudah tiga kali Syazreena cuba untuk menghubungi Astillah namun gagal. Hendak dicari satu Mall itu memang dia tidak mampulah jawabnya. Shopping Mall besar kut!
Dia cuba mencuba untuk menghubungi Astillah dan kali ini panggilannya di reject pula. Dia mula risau. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej yang bertalu-talu kini dihantar.
Syazreena: El kau kat mana ni?
Syazreena: Kenapa kau tak angkat call aku?
Syazreena: El!! Mesej pun kau tak balas. Kau jangan buat aku risau boleh tak? Aku pergi tandas kejap aje kut!
Syazreena: El!!!Astillah: Sorry buat kau risau. Aku okey aje. Tiba-tiba pula rasa tak sedap badan so aku balik dulu. Sorrylah sekali lagi.
Setelah membaca mesej yang dibalas oleh Astillah, dia berasa sedikit lega. Tetapi perasaan yang kurang menyenangkan terselit juga. Seperti ada sesuatu yang terjadi sahabatnya. Dia yakin sekarang masanya untum di bertanya. Lain hari, dia akan cuba untuk mencari tahu.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...