Bahagian III - Bab 25

245 10 0
                                    

Barang-barang keperluan dan baju-baju yang berpatutan dimasukkan ke dalam bagasi. Semuanya sudah disiapkan seminggu sebelum naik kapal terbang. Orang tuanya belum diberitahu lagi bahawa dia akan pulang ke Brunei. Dia ke Brunei dua hari sebelum reunion supaya dia dapat meluangkan masa bersama orang tuanya.

Astillah mencapai telefon bimbit yang terletak di atas sudut katilnya. Nombor Hajah Rosnina dicari dan ditekan. Ada deringan. Tidak beberapa lama kemudian, Hajah Rosnina menjawab panggilan.

"Assalamualaikum mama!"

"Astaghfirullahalazim, kamu ni! Yang kamu terjerit-jerit ni kenapa?" Hajah Rosnina yang berada di seberang sana berasa terkejut dengan sergahan itu.

"Ma, tak jawab salam berdosa tau..." Seloroh Astillah.

"Waalaikumsalam."

"Ma, seminggu lagi adik ada kejutan tau untuk papa dengan mama."

"Kejutan apa ke bendanya?"

"Adalah. Kalau adik bagitau bukan kejutanlah namanya. Jadi, mama dengan papa kena tunggu seminggu. Okey, bye. Assalamualaikum!" Astillah memutuskan talian tanpa sempat Hajah Rosnina menjawab salam.

...

Pintu bilik ofis diketuk. Dato' Zawawi berhenti menulis dan mengarah gerangan yang mengetuk pintu untuk masuk.

"Assalamualaikum, uncle." Astillah memberi salam lantas menapak masuk ke dalam bilik ofis Dato' Zawawi.

"Waalaikumsalam. Ada apa, El?" Tanya Dato' Zawawi.

"Uncle, El nak mohon cuti seminggu."

"Oh, boleh aje."

Astillah hairan, "Aik? Uncle approve macam tu je?"

"Iyalah. Nak uncle tarik balik ke?"

"Eh, jangan jangan! El pelik je sebab uncle approve main redah. Seminggu kut."

"Anggap je ini hadiah uncle untuk El sebab tak pernah ponteng kerja selama dua tahun ni. Lagipun seminggu je. Bukan setahun."

"Thank you sangat-sangat uncle!" Astillah bersorak keriangan.

Astillah memberi salam lalu menapak keluar dari bilik ofis Dato' Zawawi.

...

"Dengar kata awak apply cuti seminggu." Adam tiba-tiba menyapa.

"Oh mak kau!" Astillah melatah. Tangan yang dari tadi ralit menulis sesuatu, terhenti. Astillah mendongak. Adam! Alamak, malunya...

"Err, Adam. Hehe..." Astillah senyum senget.

Hati Adam kegelian melihat telatah Astillah. Comel, hatinya berkata.

"Awak nak buat apa?"

"Buat apa?" Astillah tanya kembali.

"Awak cuti seminggu nak buat apa?"

"Saya ada reunion sekolah kat Brunei."

"Awak tak ada nanti, rindulah saya..." Adam mengusik.

"Eleh, rindu konon." Astillah mencebik.

Tawa kecil mereka bersatu.

"Okey, El. Gotta go now. I have meeting to attend. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Astillah menjawab salam.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now