"Nah, mak long buatkan teh untuk kamu." Hajah Rosnina meletakkan secawan teh yang masih panas itu diletakkan di atas meja.
"Terima kasih mak long."
"Sebenarnya tujuan kamu ke sini buat apa? Kamu okey ke? Kenapa bibir kamu lebam ni?"
Hanna tersenyum hambar. Hajah Rosnina cuba menyentuh pipinya tetapi dia mengelak.
"S-saya okey, mak long, saya... err, jatuh waktu tu," jawab Hanna tergagap-gagap. Berharap supaya Hajah Rosnina tidak menghidu perkara sebenar.
"Jatuh apa ke bendanya? Ini macam bekas kena pukul. Baik kamu terus terang dekat mak long, apa dah jadi? Orang tua kamu tau pasal ni?"
Hanna tunduk lantas menggeleng.
"Suami kamu ke yang pukul kamu?" Tanya Hajah Rosnina lagi.
Hanna diam. Tidak mengangguk juga tidak menggeleng.
Rasa simpati menyapa hati Hajah Rosnina terhadap anak buahnya itu. Dia yakin pasti suami Hanna yang melakukan sedemikian.
"Hanna, perkara ini jangan dibiarkan. Kamu kena beritahu orang tua kamu. Perkara ini bukan main-main. Mak long telefon mereka sekarang."
"Jangan, mak long! Please... Jangan beritahu mereka," Hanna menegah sebelum sempat Hajah Rosnina mencapai gagang telefon.
"Tapi kenapa?"
"Saya dah cerai dengan Zafiyan, mak long. Buat sementara ni biar saya dan dia aje uruskan semuanya. Selepas semuanya sudah selesai, Hanna janji Hanna akan beritahu umi dan abah. Mak long tolong jangan cakap apa-apa kat mereka, ya? Hanna merayu sangat."
Astaghfirullahalazim... Hajah Rosnina beristighfar di dalam hati. Dia serba salah sebenarnya. Rasa tidak adil jika tidak beritahu kepada orang tua Hanna, walhal ini adalah perkara besar yang melibatkan anak kandung mereka sendiri. Sepatutnya mereka tahu tentang perkara ini. Di sisi yang lain, dia juga merasa simpati kepada Hanna yang merayu kepadanya untuk tidak memberitahu mereka.
"Mak long, tolong titipkan surat ini untuk El." Surat itu di ambil oleh Hajah Rosnina.
"Baiklah. Tapi dia kat Malaysia. Ambil masa juga untuk poskan surat ini ke sana."
"Tak apa, mak long. Asalkan surat ini sampai ke tangan dia. Hanna pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
...
Adam membawa Astillah ke Manly Beach.
Manly Beach adalah sebuah pantai yang terkenal di dunia dan merupakan mercu tanda di Australia. Manly menawarkan kombinasi yang unik dari pantai lautan luas di satu pihak dan sebelah teluk yang lain pula pelabuhan pantai yang tenang. Astillah bersyukur kerana dia dapat menjejakkan kaki ke sana.
Ada satu perkara yang membuatkan dia kurang selesa. Kebanyakkan perempuan di sana mendedahkan sebahagian dari badan mereka dengan hanya mengenakan bikini. Dia merasa seolah-olah hanya dia seorang yang memakai tudung.
Dia mengerling pula kepada Adam yang berjalan beriringan dengannya. Lelaki itu sibuk mengambil gambar pemandangan pantai. Dia tidak terkesan ke dengan perempuan-perempuan seksi di sini?
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Adam apabila dia perasan yang Astillah memandangnya dari tadi.
"Tak ada apa-apa." Pandangan terus dikalih.
Mereka terus berjalan beriringan dan Adam masih sibuk mengambil gambar. Kadangkala dia curi-curi mengambil gambar Astillah tanpa dia sedari.
"Emmm, awak penat tak? Dari tadi asyik jalan aje. Kita duduk dulu, boleh?"
"Boleh juga," Astillah bersetuju.
Mereka duduk di persisiran pantai di kawasan yang tidak ramai orang supaya mereka boleh duduk dengan tenang. Adam menawarkan diri untuk membeli minuman buat mereka, jadi Astillah menunggu sambil menikmati suasana pantai.
Beberapa minit kemudian Adam kembali bersama dua botol minuman. Astillah berdiri dan menghampiri Adam lantas mengambil salah satu botol minuman dari Adam.
"Awak ni dahaga sangat agaknya," usik Adam.
Astillah tersengih. Lalu minuman itu diteguk.
"Cuba awak tengok kat belakang awak tu," Adam tiba-tiba berkata.
Astillah memusing badannya dan matanya melilau mencari apa yang dimaksudkan oleh Adam tadi.
"Mana? Tak nampak apa pun." Apabila Astillah memusing badannya kembali untuk menghadap Adam, dia terkesima.
Adam melutut dihadapannya sambil menghulurkan kotak berwarna merah yang berisi cincin. Astillah menekup mulutnya.
"A-awak buat apa ni?" Bibirnya terketar-ketar. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai.
"Saya sedang melamar awak."
Biar betul?! Astillah seolah-olah tidak percaya.
"Astillah, will you marry me?"
Astillah tidak tahu hendak berkata apa? Diterima? Ditolak? Tak payah cakap apa-apa kut?
"Just say yes!" Ujar salah seorang yang menyaksikan 'drama' itu. Selepas itu diikuti pula oleh sorakan yang lain untuk menerima lamaran itu.
"Astillah, lutut saya sakit ni," kata Adam. Masih menunggu jawapan dari Astillah.
"Err.. tak .. eh, yes! No! I mean yes." Apahal kau ni Astillah? Dia bertanya kepada dirinya sendiri. Malunya!
"So does that mean you accept me?" Tanya Adam bagi memastikan.
Para 'penonton' yang lain pun sedang menantikan jawapan Astillah.
Lambat-lambat Astillah mengangguk.
Adam berdiri lantas menghulurkan senyuman bahagia untuk Astillah."Thank you, Astillah."
"Woohoo! Congratulations," yang lain turut bersorak gembira. Tidak kurang juga orang yang bersiul sengaja mengusik mereka berdua.
Alamak, aku dah nak kahwin ke?!
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...