Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam kau larikan lirikmu
Kau tak perasan aku suka mu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu, darjah satu...Lagu itu selalu bermain di fikirannya. Memang benar Astillah menaruh hati pada Firash dari darjah satu lagi.
"Opocot mak kau!" Astillah melatah bila Anna menyergahnya dari belakang.
"Kau ni, Anna! Hilang je ayu aku sebagai seorang perempuan." Astillah menjeling.
"Hilang ayu konon." Anna mencebik. "Aku jemput kau datang ni sebab nak teman aku, bukannya tengok kau termenung. Kau tahulah aku tak suka duduk kat rumah sorang-sorang."
Astillah diam lagi.
"Woi! Kau ni, asyik termenung je dari tadi. Fikir pasal apa? Firash?"
Astillah memandang Anna sekilas. Kemudian dia pandang semula pandangan hijau di luar tingkap, menghembus nafas perlahan.
Sah! Ini mesti tentang Firash.
"Kenapa?" Anna tanya.
Sunyi sejenak. Anna sabar menunggu jawapan.
"Tadi aku nampak Firash jalan sama-sama dengan Ayuna." Kedengaran suara sayu Astillah.
"Kes cemburulah ni? El, aku tahu kau dah lama sukakan Firash. In fact, dari darjah satu lagi. Tapi ada dia pandang kau? Ada dia tengok yang kau memang ikhlas sukakan dia? Cintakan dia? Aku cakap macam ni bukan sebab nak mengata kau, El. Tapi sesetengah perkara kita kena lepaskan. Kita usaha macam mana sekalipun, kalau memang ditakdirkan kita tak dapat, kita takkan dapat. Percayalah cakap aku El, kalau dia jodoh kau, satu hari nanti kau akan ditemukan semula dengan dia. Kalau bukan jodoh mungkin ada yang terbaik."
Ayuna. Firash dan Ayuna. Ayuna dan Firash. Dua nama itu bermain di dalam fikiran Astillah. Kedua mereka itu memang banyak persamaan. Kalau Firash mempunyai paras rupa yang boleh cairkan hati perempuan, Ayuna mempunyai wajah yang bisa memikat hati lelaki. Mereka juga dikatakan saling jatuh cinta oleh pelajar-pelajar lain.
Apabila masuk waktu rehat, Firash dan Ayuna memang suka belajar bersama-sama. Tidaklah selalu, tetapi bila ada masa terluang. Satu lagi persamaan antara mereka. Belajar. Mereka juga suka bab-bab pelajaran agama islam. Dan sebab banyak persamaan itulah mereka selalu 'dikenenkan.'
Semua itu membuatkan hati Astillah terluka. Sebagai seorang manusia biasa, memang dia mempunyai keinginan untuk memaki hamun dan meminta Ayuna untuk menjauhkan diri dari Firash. Tapi siapa dia untuk menghalang? Dia tidak punya hak untuk menghalang persahabatan orang lain. Atau yang lebih tepat lagi, hubungan 'istimewa' yang secara tidak sedar terjalin antara Ayuna dan Firash.
"Dahlah tu. Termenung sakan. Hari ni tak nak sedih-sedih. Jom ke dapur. Umi aku ada buat Strawberry Cheesecake." Anna menepuk perlahan bahu Astillah.
Astillah senyum sekilas. "Jom!"
...
"Adik, bangun! Dah lambat dah ni nak pergi sekolah!" Hajah Rosnina menjerit mengejutkan Astillah dari lenanya.
Siapalah yang terjerit-jerit ni... Dahlah tadi mimpi indah, tup-tup kena kacau... Huh!
"Mama ni... Tak payahlah jerit-jerit. Ya, ya, adik bangun." Astillah bangun dari perbaringan. "Kakak mana? Dah siap ke? Selalunya adik yang siap dulu."
"Kakak kamu dah siap awal pagi dah. Kamu yang lambat bangun."
"Hah, lambat?!" Buntang biji mata Astillah melihat jam yang elok tergantung di dinding. Dah pukul tujuh pagi?!
Berdesup dia masuk ke kamar mandi. Tidak sempat hendak mandi lama-lama, dia terus memakai seragam sekolah, nasib baik sudah diseterika malam semalam.
Macam mana boleh lambat bangun ni?!
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...