Semenjak bertembung dengan Zeeta dan lelaki yang diperkenalkan sebagai teman lelakinya, hati Astillah terasa seperti medan peperangan. Seperti ditusuk dengan seribu pedang terhunus. Dia cuba berfikiran rasional tapi akal kalah dengan perasaan negatif.
Kepalanya terasa berpijar. Tekaknya terasa kering.
Dia bangun dari perbaringan dan meluruskan rambut yang kusut-masai. Katilnya segera dirapikan. Menyimpan bantal-bantal di tempat yang sepatutnya dan melipat selimutnya dengan rapi.
Sejurus itu dia berjalan ke dapur dengan langkah yang longlai untuk mengambil ubat panadolnya dan segelas air. Air diteguk perlahan dan ubat ditelan dengan cepat supaya pahitnya tidak terasa. Kepalanya terasa ringan sedikit setelah beberapa minit menelan ubat itu. Nyata berkesan menghilangkan berat dan pijar di kepala.
Tapi sayang, tiada ubat yang bisa menyembuhkan hati yang lara. Merasakan perasaan sebegini untuk kali yang kedua. Sepatutnya dia sudah terbiasa. Tapi apakan daya, dia tidak sekuat yang disangka.
Langkah di atur semula menuju ke biliknya. Baru teringat sepucuk surat tidak bernama di hantar kepadanya. Surat yang terletak di atas mejanya di capai dan di keluarkan dari sampulnya. Dengan teliti dia membaca bait yang tertulis.
Assalamualaikum teman sepermainanku, merangkap sepupuku yang paling aku sayang.
Astillah, aku minta maaf kerana berkasar waktu kita di pantai hari tu. Fikiran aku tak menentu. Aku di kuasai dengan amarah.
Tidak sepatutnya aku meninggikan suara ku dan tidak sepatutnya aku menyalahkan kau atas apa yang berlaku terhadap diriku. Aku sedar semua ini takdir Allah tentukan untuk aku dan sepatutnya aku terima dan redha atas apa yang berlaku.
Aku ingin kau sedia maklum bahawa aku dah bercerai dengan Zafiyan. Dan kau tahu apa yang aku rasa? Sakit yang sukar untuk di jelaskan.
Zafiyan masih cintakan kau, Astillah. Selama mana hubungan pernikahan kami bertahan, selama itulah juga perasaan dan hati dia hanya untuk kau. Jujur aku katakan aku sangat cemburu. Aku cuba untuk pertahankan hak aku sebagai seorang isteri terhadap suami aku tapi jodoh kami tidak panjang.
Astillah, dulu kaulah temapt aku mengadu. Kau pinjamkan telinga untuk mendengar curhatku. Kau pinjamkan bahu untuk aku bersandar. Kau beri kata-kata semangat bila mana aku jatuh tersungkur.
Tapi... aku rasa semua itu tidak akan terjadi lagi. Terima kasih atas apa yang kau lakukan untuk aku selama ini. Mengenangkan Zafiyan yang masih ada perasaan untuk kau, aku rasa aku masih belum bersedia untuk berhadapan kau. Aku tidak mahu menyakiti hati aku sendiri yang sudah sedia luka. Biarkan aku tenangkan fikiran. Biarkan aku jauhkan diri dari semua ini untuk sementara waktu.
Aku harap kau baik-baik saja disana...
Sekian sepupumu,
Hanna.Astillah di sapa dengan satu lagi kejutan. Perceraian sepupunya yang paling rapat. Sakitnya rasa ditinggalkan, dia sedia maklum. Sakitnya sebuah perceraian, dia tidak dapat bayangkan. Air mata jatuh lagi mengenangkan nasib Hanna.
Betapa kuatnya Hanna menghadapi semua ini dalam jangka masa yang panjang. Astillah merasa bersalah namun dia tisak tahu hendak berbuat apa.
Tenangkanlah fikiranmu, Hanna. Jangan biarkan apa-apa sekalipun untuk menyakitimu lagi. Aku doakan kau hanya yang terbaik dimasa akan datang...
...
"Well... well... well... Look who we have here..." suara yang terdengar agak sinis menyapa gegendang telinga Alaf dan Insyirah yang tadinya menikmati sarapan mereka di restoran Jollibee. Mereka melihat gerangan yang berdiri disebelah kanan meja mereka.
"Awak kenal dia ke, Syirah?" tanya Alaf sambil matanya meneliti wajah perempuan yang tiba-tiba 'menyapa' mereka.
"Saya Ayuna. Bekas kekasih Firash. Oops! Lupa pula Firash dah mati," jawabnya sebelum sempat Insyirah berkata apa-apa.
Meja makan di hentak oleh Insyirah sekuat hati."Kau..." jari telunjuknya dituju ke arah wajah Ayuna. "Kau memang tak ada hati perutkan untuk cakap sesuatu macam tu? Kau memang melampau!"
"Excuse me?" Ayuna menepis tangan Insyirah. "Keep your filthy hands away from me, bitch. You kata I melampau? Hello, sedar diri sikit. Tanah masih merah tapi kau dah menggatal dengan lelaki lain sekarang ni! Baik lagi aku tau dari kau yang bertudung litup tapi perangai macam setan!"
"Hei! Kau memang sengaja nak cari nahas dengan akukan?!" Hendaknya si Insyirah menampar si Ayuna tetapi perbuatan itu dihentikan oleh Alaf untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
"Syirah, kita dekat tanpa awam sekarang ni. Banyak mata yang memandang. Tak elok kalau awak buat macam tu." Matanya dihalakan kepada Ayuna. "And you watch your mouth, lady! You're lucky I can hold back my temper or else you'll be a dead piece of meat! Jom, Syirah. Kita pergi dari sini. Jangan layan sangat otak senget macam dia ni."
Alaf dan Insyirah segera berlalu tanpa menghiraukan Ayuna yang terpekik seorang diri.
"You're going to pay for this, Insyirah."
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...