"El!" Kedengaran Zeeta memanggil Astillah dari jauh. Zeeta berlari-lari anak menghampiri Astillah.
Selain Insyirah, Zeeta adalah sahabat universitinya yang paling rapat. Setapak dia melangkah masuk ke universiti, antara semua orang yang tidak dikenali, Zeeta terlebih dahulu memperkenalkan dirinya. Zeeta mempunyai watak yang 'bubbly'. Dia jenisnya yang ceria seolah-olah tiada satu pun masalah pernah berlaku dalam hidupnya.
"El, nanti habis kelas kita lunch kat Restoran Mamih, nak?" Ajak Zeeta.
"Okey. Syirah tak ajak sekali?"
"Ajak juga. Tapi aku tak sempat nak bagitau dia. Kau WhatsApp dialah..."
"Okey, kejap."
Telefon bimbit dikeluarkan dari beg sandang. Ikon WhatsApp ditekan. Jarinya menari di atas skrin telefon bimbit.
Astillah: Wei, kau nak ikut aku lunch dengan Zeeta lepas habis kelas?
Insyirah: Okey, tapi aku lambat sikit tau.
Astillah: Alright. Noted. Nak kitorang order apa-apa tak sebelum kau sampai?
Insyirah: Oderkan aku minuman jelah. Watermelon juice.
Astillah: okey beres bos...
"So, dia nak ikut tak?" Tanya Zeeta.
"Yup. Cuma lambat sikit."
"Alright."
...
Telefon bimbit ditutup dan disimpan semula ke dalam beg setelah berbalas mesej dengan Astillah.
Setapak. Dua tapak. Langkah terhenti. Insyirah ternampak kelibat seseorang yang dia kenal. Kelibat seseorang yang dia cintai. Kelibat seseorang yang dia cuba untuk lupakan namun tidak berjaya dan mungkin tidak akan pernah berjaya. Apa lagi yang bisa dia lakukan selain menjauhkan diri? Tapi ternyata, dengan cara itu masalah tidak akan pernah selesai.
Susuk tubuh itu menghampiri dirinya. Dengan kumis nipis yang tumbuh membuat si gerangan kelihatan lebih matang.
"Assalamualaikum." Firash menyapa.
Insyirah terasa kelu. Bisu. Seperti ada gam yang melekat dikasutnya membuatkan dia tidak dapat bergerak walau seinci.
Firash menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan di depan muka Insyirah.
"Earth to Insyirah!"
"Hah? Err... Sorry. Waalaikumsalam." Insyirah mula menggelabah.
"Awak apa khabar?" Tanya Firash sekadar berbasa-basi, ingin memecahkan 'ais' di antara mereka.
"Sihat, Alhamdulillah." Nada Insyirah sedikit gugup.
Sudah lama mereka tidak bertegur sapa. Kini takdir menemukan mereka semula. Apa lagi permainan yang Engkau rancang, ya Tuhan? Tolong jangan biarkan luka lama berdarah lagi...
"Tak sangka awak kat UBD juga. Tapi kita tak pernah terserempak selama beberapa bulan kita di sini." Firash membuka mulut.
"Mungkin sebab course kita ambil tak sama kut. Tu yang tak terserempak."
Insyirah asyik tertunduk. Dia tidak mahu cair dengan renungan jejaka yang berada di hadapannya ketika ini.
"Awak ada nombor telefon tak?" Tanya Firash.
"Ada. Kenapa?" Insyirah kerut dahi.
"Saya tak nak kita terputus hubungan lagi..."
"Ohh..." Insyirah tertunduk lagi.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...