Bahagian II - Bab 14

255 10 0
                                    

"Kau dah sedia?" Tanya Adam Hafiz. Tampak jelas kelihatan garis kerisauan pada wajah sepupunya itu.

Tiada respons dari Zafiyan. Minuman yang dipesan tadi cuma direnung. Tidak diusik langsung. Bagaimana dia bersedia untuk melukai hati orang yang dia sayang? Sanggupkah dia melihat air mata jatuh dari sang pencuri hati?

Ingat Zafiyan, setiap yang terjadi ada sebabnya. Allah sentiasa bersamamu. Hati kecilnya berbisik lembut.

...

Astillah membuka pintu kafe perlahan-lahan. Matanya melilau mencari seseorang. Rasa rindunya sudah tidak tertanggung lagi. Dia terlihat Zafiyan duduk dengan seorang lelaki yang membelakangi dirinya.

"Assalamualaikum, awak." Astillah menyapa.

"Waalaikumsalam." Zafiyan ukir senyum.

Dengan satu salam yang diberikan, Adam memusing tubuhnya ke belakang untuk melihat siapa dia teman wanita Zafiyan.

"Kau lagi?!" Serentak Adam dan Astillah menjerit.

Kirai Zafiyan bertaut, "dah kenal ke?"

Pandangan Zafiyan silih berganti di antara mereka.

"Err, ha'ah... Kat UBD..." Tergagap-gagap nada suara Astillah. Ditakuti Zafiyan salah faham.

"Oh... Ingatkan apa tadi," ringkas saja jawapan Zafiyan.

"Bro aku tunggu kau kat luar." Cepat sahaja langkah Adam berlalu dari situ.

"Okey bro," mata Zafiyan menghantar langkah Adam yang beredar.

Mata Zafiyan berkalih semula pada sang pencuri hati. Dia merenung lama gadis dihadapannya.

"Awak..." Astillah memanggil.

"Awak..." Panggilan kedua. Masih tiada sahutan.

"Awak!"

"Hah? Err... Sorry."

"Awak ada masalah ke?" Tanya Astillah penuh prihatin.

Zafiyan cuma mengukir senyuman hambar tanpa Astillah sedari.

"Awak..." Panggil Zafiyan.

"Ya?"

Zafiyan menarik hela. Sekali lagi dia meragui dengan apa yang akan dilakukannya sebentar lagi. Hatinya berdegup kencang. Astillah sabar menunggu Zafiyan meluahkan kata-katanya.

Tak, aku tak sanggup! Aku tak sanggup biarkan Astillah terluka! Aku tak nak jadi punca kejatuhan insan yang aku sayang! Tapi kalau aku lambat beritahu dia, apa penerimaannya esok nanti? Zafiyan bergaduh dengan akal dan perasaan sendiri.

"Ehem," dia berdehem, lalu menyambung semula perkataan yang terhenti, "Ahad ni kita jalan sama-sama nak? Sebab hari ni tak boleh lama-lama sangat..."

Zafiyan memesong niatnya daripada memberitahu perkara sebenar.

"Boleh je..."

Mereka diam tanpa sepatah kata buat seketika. Hanya kedengaran desas-desus para pelanggan yang lain.

"Astillah..."

"Ya?"

"Saya cintakan awak."

Serta-merta bibir koyak dengan senyuman.

...

Adam Hafiz sabar menunggu Zafiyan dan Astillah di dalam kafe.

Astillah... Hatinya berlagu sendu. Dia menilik setiap mimik wajah yang Astillah tunjukkan. Satu pun tiada riak sedih mahupun kecewa. Cuma ada senyuman dan gelak tawa di antara mereka. Nyata Zafiyan belum mendedah kisah yang sebenar pada si gadis lagi. Jauh di sudut hati, dia tidak mahu gadis itu terluka.

Jujur dia berkata, kali pertama dia melihat wajah gadis itu, dia jatuh suka. Lama-lama perasaan suka bertukar menjadi sayang.

Apabila kali pertama berlaku insiden perlanggaran itu, dia tidak senghaja menengking perempuan itu. Sejujurnya dia marahkan dirinya sendiri. Dia marahkan dirinya untuk jatuh lagi. Jatuh cinta. Tidak ada perasaan marah secebis pun terhadap gadis itu hanya kerana perlanggaran kecil yang berlaku, percayalah.

Setelah kecundang dalam cinta suatu ketika dahulu, Adam nekad untuk membina tembok yang tidak dapat ditembusi oleh sesiapa. Sikap yang dahulunya disenangi oleh orang ramai, bertukar menjadi dingin.

Namun, dalam sekelip mata semuanya berubah. Tembok yang dibina serta-merta roboh hanya kerana hadirnya seorang Astillah di dalam hidupnya.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now