"Isteri kamu mana?"
"Tengah mandi, ayah. Kejap lagi turunlah tu."
"Hish, kamu ni," Datin Azura mencelah. "Kenapa kamu tak sama-sama turun dengan dia? Segan dia nanti. Inikan hari pertama dia tidur sini."
Adam Hafiz tersengih. "Tak terfikir, umi. Kalau macam tu Adam naik dululah kejap."
"Sayang," panggil Adam Hafiz sambil mengetuk pintu bilik mereka. Perlahan tombol pintu biliknya dipusing dan dia manapak masuk. "Sayang belum siap lagi ke?" Tanyanya apabila Astillah masih lagi menyisir rambutnya di hadapan cermin.
"Kejap lagi. Nak keringkan rambut lagi ni." Jawab Astillah. "Awak turunlah dulu. Nanti lama pula awak tunggu saya kat sini."
"Tak apa. Saya tunggu awak sampai siap kat sini. Lagipun, ada juga masa extra untuk kita berdua pagi pagi ni. Amacam?" Kirainya dinaikkan.
Astillah menjeling. Lengan suaminya dicubit. "Eeeeh... mengada je kan. Jomlah kita turun. Nanti apa pula fikiran ayah dengan ummi."
"Takpelah... dah halal pun kan?"
Sekali lagi Astillah mencubit lengan suaminya. "Auch! Sakitlah sayang... tak nak kawan dengan dia."
"Hah mengada lah lagi, mengada. Merajuklah awak sorang-sorang kat situ. Saya nak turun bawah ni. Lapar sangat."
"Alah... nak bermanja sikit pun tak boleh."
Bahagianya rasa dihati, memang susah untuk digambarkan. Banyak yang dilalui oleh mereka berdua tetapi akhirnya bersatu juga.
...
Alhamdulillah, kenyang perut Astillah selepas sarapan pagi tadi. Kini dia berada didalam biliknya semula setelah selesai mencuci dan mengemas pinggan mangkuk. Telefon bimbit di capai dan group chat Whatsapp bersama sahabat-sahabatnya di buka. Apa khabar mereka sekarang? Sudah lama tidak bersua muka. Terasa rindu pula. Harap-harap mereka semua baik-baik saja.
Astillah memulakan mesejnya dahulu.
Astillah: Assalamualaikum semuanya!!! Korang semua hidup lagi ke? HAHAHAHAHA
Setelah beberapa minit, di balas pula oleh Insyirah.
Insyirah: Oi!! Gurau kasar nampak. Mulut tu jaga sikit. Eh terlupa pula nak jawab salam. Waalaikumsalam. Kau sejak dah kawin ni dah lupa kat kitorang yang di Brunei eh. Aku jumpa kau nanti, siap kau!
Syazreena: Entah dia ni. Kau nak tau tak, Insyirah. Aku yang satu office dengan dia pun dia jeling je aku. Mentang-mentang kawin dengan bos.
Astillah: SYAZ!!!!!!!! Jangan nak buat fitnah kat sini eh. Aku tinggal tak jauh dari kau tau. Nanti aku sampai aje kat rumah engkau aku bawa parang sekali!!
Syazreena: Waduh waduh! Garangnya bini orang ni. Ampun tuanku, ampun.
Insyirah: Hahahaha, korang ni ada ada jelah. Eh, Anna mana? Tak read lagi pun mesej kita ni?
Syazreena: kejap lagi ada lah dia tu. Sibuk kut.
Anna: Hello guys
Astillah: Hah wujud pun. Ingatkan dah hilang di galaksi mana entah.
Lama mereka berbalas mesej. Nak lepas rindulah katakan. Memang jarang untuk dapat sahabat yang setia dan ikhlas dengan kita. Bila dapat, jangan pula disia-siakan peluang ada. Astillah bersyukur sangat dengan adanya kewujudan mereka disisinya.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...