"Syirah, aku risaulah," adu Astillah.
"Risau kenapa?" Insyirah kerut dahi, tanda tidak tahu.
Mereka kini berada di dalam rumah orang tua Insyirah, di dalam bilik Insyirah.
Sempat tangan Astillah mengusik teddy bear yang elok tersusun di atas katil Insyirah.
"Aku risau sebab dah lama dah aku tak berhubung dengan Zafiyan. Paling kurang pun kitorang berbalas mesej je."
Sudah dua bulan Zafiyan dan Astillah tidak berjumpa. Kadang Astillah tertanya-tanya, kemana perginya sang pencinta? Benarkah Zafiyan sibuk sampai begitu sekali? Kenapa dia berasa seolah-olah Zafiyan ingin menjauhkan dirinya? Dan kenapa dia berasa Zafiyan sembunyikan sesuatu yang penting yang dia patut tahu? Astaghfirullah... Itu semua hasutan syaitan. Jangan berfikiran negatif jika tidak mengetahui kebenarannya.
"El, aku yakin ada sebab mengapa dia tak menghubungi kau. Kita tak tahu apa yang Zafiyan alami sekarang ini. Mungkin kerana assignment dia yang berlambak menyebabkan dia kurang menghubungi kau atau pun dia ada masalah keluarga. Jangan selalu berfikiran negatif, El. Benda tu boleh menjejas akal kau."
Ting! Ada satu mesej masuk.
"Speaking of which, Zafiyan WhatsApp aku ni."
Telefon bimbitnya di unlock. Astillah membaca isi kandungan mesej itu.
Zafiyan: Assalamualaikum awak. Maaflah dah lama tak contact awak. I've been busy lately. Esok lepas habis kelas awak free tak? Kalau free kita jumpa kat coffee bean nak?
Astillah: Waalaikumsalam awak. Yup, esok saya free lepas habis kelas. So, see you tomorrow at coffee bean. I miss you!
Zafiyan: I miss you too!
...
Dia meraup wajah. Telefon bimbit ditenung lama.
"Sampai bila kau nak macam ni, Zaf? Lambat laun kau kena beritahu perkara sebenar kat dia." Adam memandang Zafiyan sekejap lantas dikalih semula pandangan di luar balkoni.
"Aku tak tahu bro. Aku masih tak dapat nak fikir macam mana nak terus terang kat dia. Aku cintakan dia. Aku tak nak dia terluka." Nafas berat dihembus.
"Kalaulah masa boleh diputar semula, aku takkan mengaku yang aku cintakan dia dan dia juga mungkin tak akan cintakan aku dan dia takkan terluka sebab aku." Sambungnya lagi. Zafiyan mengeluh.
"Jangan mengeluh, Zaf. Mengeluh bermakna kau kalah dengan peemainan takdir. Mengeluh membuatkan kau malas berusaha. Kau lelaki, Zaf. Jadikan Rasulullah sebagai contoh. Kau tahukan apa yang Rasulullah telah lalui? Baginda mengalami benda yang kita sendiri tidak akan mampu untuk tangani. Tetapi baginda sabar kerana baginda yakin bahawa Allah akan selalu berada di sisi baginda, susah dan senang. So, kau kena yakin yang Allah akan selalu berada di sisi engkau sentiasa."
Hati Zafiyan terusik dengan kata-kata sepupunya itu. Ya, benar bahawa Allah akan berada di sisinya sentiasa.
Ya Allah, bagaimana aku boleh lupa bahawa Engkau tidak pernah lari dari sisiku? Aku hanya mengingat Tuhanku apabila dalam kesusahan. Tidak rasa bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah. Khilafnya aku sebagai hamba-Mu, ya Allah. Maafkan diri ini...
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...