"Baru balik, Adam? Dah pukul berapa dah ni?" Tegur Dato' Zawawi terhadap anaknya yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah melalui pintu utama. Dia cuma mampu tersengih sebagai respons terhadap teguran ayahnya yang duduk di atas sofa sambil menyiapkan kerjanya melalui iPad.
"Lain kali kalau bawa anak dara orang jangan balik lewat sangat walaupun hubungan kamu direstui oleh kedua belah pihak. Kamu kena ingat yang kamu tu belum ada apa-apa ikatan lagi dengan dia," pesan Dato' Zawawi.
Adam Mahriz mengangguk tanda mengerti akan pesanan ayahnya. "Oh ya. Hafiz belum balik lagi ke, ayah?"
iPad di tangan diletakkan di sisi sebelum mengalihkan perhatian kepada anak lelakinya. "Hafiz balik lusa. Kenapa?"
"Tak ada apa-apa. Saja aje tanya. Adam naik dululah. Nak mandi."
"Hmm."
Belum sampai lima langkah dia mendaki tangga, tiba-tiba ada sesuatu yang melintas fikiran. Perempuan yang diperkenalkan sebagai sahabat kekasihnya. Astillah...
Dia palingkan tubuhnya menghadap ayahnya semula tetapi teragak-agak untuk mengajukan soalan.
"Hah, tadi kata nak naik? Buat apa lagi tercegat kat situ?" Tegur ayahnya apabila melihat Adam Mahriz yang memberhentikan langkahnya sebentar tadi.
"Err... Adam nak tanya ni... siapa nama perempuan yang Hafiz suka tu ya? Adam bukannya apa, cuma nak tau aje... hehehe."
"Nama perempuan yang Hafiz suka? Maksud kamu Astillah? Takkan kamu lupa kut? Kan hari tu Hafiz ada beritahu kita tentang dia?"
Terbuntang mata Adam Mahriz dibuatnya. Astillah?! Takkanlah Astillah kawan Zeeta dengan Astillah yang ayah maksudkan orang yang sama. Lagipun, dia tidak pernah tahubagaimana rupa perempuan itu. Kalau betul ... ya ampun! Masalah ni!
"Ayah, ada sebab kenapa Adam tanya ni. Tadi masa jalan-jalan dengan Zeeta, dia terjumpa dengan kawan lamanya sementara tunggu Adam sampai." Adam mula membuka cerita.
"Okey, jadinya?"
"Dan sampai Adam kat tempat Zeeta tunggu, Zeeta terus perkenalkan kawan dia tu kat Adam."
"Oh ya? Siapa kawan dia tu?"
"As..ti..llah," perlahan-lahan dia menjawab.
"Apa?!! Kamu tak main-main kan, Adam?Betul ke kawan Zeeta tu Astillah yang Hafiz suka?"
"Adam tak main-main, ayah. Tapi masalahnya Adam tak pernah pun tengok muka Astillah sebelum ni. Macam mana Adam nak tau itu Astillah yang kita maksudkan sekarang ni? Tapi waktu dia nampak Adam, dia tiba-tiba aje nangis. Itu yang buatkan Adam berasa hairan."
Dato' Zawawi mengurut pelipisnya. Dia sudah menjangka perkara sebegini akan berlaku. Semua ini perlu diberhentikan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
"Telefon Hafiz dan beritahu untuk balik esok juga. Ayah tak nak kecewakan anak sahabat baik ayah sendiri." Arah Dato' Zawawi.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...