"Abang, mana lagi cantik? Yang ni ke yang ni?" Tanya Astillah sambil menunjukkan dua pasang baju kepada suaminya.
"Hmmm... Dua-dua cantik. Entahlah, sayang pilihlah yang mana sayang suka." Jawab Adam Hafiz bersahaja.
"Awak ni... betul-betullah. Saya tanya ni... mana satu yang lagi cantik. Tu pun susah ke nak jawab. Hish... tak apalah. Dah tak ada mood nak shopping kat sini. Saya nak makan. Lapar."
Adam Hafiz mengeluh nipis. Ragam orang mengandung ni memang pelik dan macam-macam. Kadang ada juga yang mencabar tahap kesabarannya. Tapi sayang isterilah katakan. Apa boleh buat, alahai...
"Ok, ok. Abang minta maaf,eh? Sekarang ni sayang nak makan kat mana? Abang belanja banyak mana pun yang sayang nak, ok?"
"Betul ni? Nak beli satu restoran tu pun abang sanggup?"
"Hah?" Terkedu Adam Hafiz dibuatnya.
Astillah ketawa kecil. "Takdelah. Gurau je, hehehe... Comel tengok muka awak macam tu. Jom makan. Kat food court aje. Nak makan kuey teow goreng."
Fuh, selamat... Ingatkan mengidam betul-betul. Nanti tak pasal-pasal tinggal habuk aje kat dalam dompet ni.
Setelah sampai di food court, mereka mencari meja yang kosong dan Astillah duduk dahulu sambil menunggu suaminya membeli makanan yang di inginkan. Astillah leka bermain dengan mainan aplikasi di dalam telefon bimbitnya.
"Astillah?"
Satu suara yang menyapanya membuatkan Astillah mendongak ke arah gerangan itu. Terkejut dia dibuatnya, tapi ditahan perasaan itu.
"Zafiyan? Awak buat apa kat sini?"
Tanpa melengahkan masa Zafiyan menarik kerusi di sebelah Astillah dan duduk. Keadaan mukanya seperti seseorang yang sangat terdesak.
"Astillah... tolong aku."
Astillah mengerutkan dahi. Dia menoleh ke arah suaminya yang masih leka melihat menu di kaunter.
"Nak tolong apa? Tapi aku tak janji aku boleh tolong kau atau tidak."
"Aku sebenarnya nak minta tolong kau cari Hanna. Kau sepupu dia kan? Mesti kau tahu di mana dia sekarang ni. Please, bagitau aku di mana dia sekarang ni."
Dulu, perasaan cinta yang ada untuk Zafiyan. Sekarang, cuma ada rasa simpati terhadapnya. Astillah menghembus nafas yang panjang. "Sejujurnya aku tak tau Hanna ada di mana sekarang ni. Hanna ada bagi surat masa tu kat aku. Dalam surat tu pun dia tak bagi tau aku di mana dia sekarang. Aku tak boleh nak bantu kau dalam hal ni. Sebaiknya kau tanyalah parents Hanna. Diorang mesti tau."
"Thanks, Astillah. Dan alang-alang aku kat sini. Aku minta maaf sebab lukakan hati kau dulu. Aku tak pandai nak berterus terang. Bila keadaan jadi macam ni baru aku menyesal. Aku harap di masa yang akan datang, kita semua baik-baik saja."
"Tak apa... tu semua dah lama dah. Aku dah lupakan semua. Yang penting sekarang kita move on dan buka buku yang baru."
...
Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Adam Hafiz cuma mendiamkan diri. Dia menyaksikan Astillah berbual bersama seorang lelaki dari jauh. Cuma tidak pasti apa yang dibualkan.
"Abang kenapa dia aje ni? Selalu banyak cakap potpetpotpet." Astillah cuba menceriakan keadaan.
"Takde apa." Jawab Adam hafiz hendak tidak hendak.
Sampai sahaja dirumah Adam Hafiz masih mendiamkan diri. Makin tidak keruan Astillah apabila suaminya berkelakuan seperti yang tidak biasanya. Bila sudah berada dibilik mereka, dia tanya sekali lagi.
"Abang... kenapa ni? Dari tadi diam je."
"Siapa lelaki tadi?" Akhirnya Adam Hafiz membuka mulut.
"Lelaki mana?" Astillah mengerutkan dahi. Tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh suaminya.
"Kat food court."
Serta-merta Astillah teringat tentang Zafiyan. "Ooh... tu sepupu abang."
"Sepupu abang?"
Astillah mengangguk. "Zafiyan."
"Zafiyan? Dia buat apa kat sini? Awak okey tak?"
"Saya okey aje. Dia cuma nak minta tolong kat Astillah lepastu kitorang kosong-kosong."
"Dia minta tolong apa?"
Astillah mula menceritakan apa yang diperbualkan bersama Zafiyan tadi dari A sampai Z. Adam Hafiz pula tekun mendengar setiap bait kata yang diungkapkan oleh isterinya.
"Oh... macamtu. Mudah-mudahan urusan dia dipermudahkan." Adam Hafiz berdoa untuk sepupunya yang dulu rapat dengannya. Setelah apa yang terjadi, mungkin sekarang tidak serapat mana, tapi sayangnya sebagai seorang sepupu tidak berkurangan.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomansaHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...