Brunei...
Ding dong! Loceng pintu ditekan. Hajah Rosnina menutup api masakannya. Langkah diatur ke pintu utama. Kunci pintu dibuka dan dia melihat susuk tubuh seorang gadis membelakanginya.
"Maaf ya, nak. Cari siapa?" Hajah Rosnina cuba beramah mesra.
Gadis itu memusing tubuhnya.
"Adik!" Hajah Rosnina meluru memeluk Astillah.
"Assalamualaikum, mama!" Astillah membalas pelukan, "papa mana?"
"Waalaikumsalam. Papa kamu macam biasalah, kerja. Kan baru pukul tiga."
Mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah. "Mimpi apa kamu datang ke Brunei?" Tanya Hajah Rosnina sejurus mereka selamat melabuhkan punggung di atas sofa.
"Bunyi macam tak suka je adik datang."
"Bukan macam tu," Hajah Rosnina cuba membetulkan keadaan. "Maksud mama, kamu datang ni tiba-tiba. Lagipun belum waktu cuti lagikan? Uncle Zawawi okey ke? Kamu cuti berapa hari?"
"Uncle okey je. Adik cuti seminggu. Tapikan ma, adik datang ni sebenarnya sebab ada reunion. Adik kat rumah ni dua hari je sebab nak spend time dengan papa dan mama..." Panjang lebar Astillah menjelaskan.
"Dua hari je? Sekejapnya... Takpelah, yang penting sekarang ni, adik balik. Alang-alang dah ada kat sini, mama masakkan makanan kegemaran adik."
Senyuman Astillah melebar, "Thank you, ma! Sayang mama!" Hajah Rosnina dipeluk.
"Jom, teman mama masak?"
"Okey!"
...
Hari reunion...
"Bilik kau kat mana?" Tanya Astillah.
"Kat sebelah kau je." Jawab Syazreena.
Beberapa minit kemudian, sedang mereka berjalan menuju ke bilik masing-masing, langkah terhenti apabila Syazreena terlihat dua susuk tubuh yang di kenali.
"Kau nampak tak tu?" Kata Syazreena sambil menunjuk ke tempat yang dimaksudkan.
Astillah kerut dahi lalu melihat Syazreena. Tidah faham dengan apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.
"Hish, kau ni! Tu hah..." Syazreena memuncungkan bibirnya, "ada Anna dengan Insyirah. Nak pergi kejutkan diorang tak?" Syazreena mula berakal jahat.
Astillah senyum senget, "jom."
Perlahan-lahan mereka menghampiri Anna dan Insyirah.
"Woi!" Astillah dan Syazreena serentak menjerit.
"Oh mak kau gila!" Anna melatah.
Insyirah pula hanya terjongket bahunya dek kerana sergahan itu.
"El! Syaz! Ya ampun, lama tak jumpa!"
"Ann! Syir! Aku rindu korang tau!"
Mereka berpelukan sesama sendiri, melepaskan rasa rindu terhadap sahabat. Lalu mereka menyimpan beg di bilik masing-masing dan berjanji untuk berjumpa di pantai dalam beberapa minit lagi.
...
Agak menenangkan suasana pantai walaupun disertai dengan suara-suara para pengunjung yang bergelak sakan bercerita dengan rakan masing-masing dan suara kanak-kanak yang kadangkala menjerit. Astillah pula bergelak sakan dengan sahabat-sahabatnya.
"Wei, siapa lelaki dengan Syaz tu?" Bisik Insyirah kepada Astillah.
"Aik, tak tahu ke? Kalau kau nak tahu, itulah boyfriend Syazreena..." Balas Astillah dengan senyuman sumbing.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...