Sudah seminggu lamaran itu berlalu. Teringat lagi apabila Adam menelefon orang tuanya sejurus sahaja mereka balik dari Australia.
"Assalamualaikum. Hello, ayah."
"Waalaikumsalam, ada apa? Urusan semua kat Australia okey?" Tanya Dato' Zawawi di hujung talian.
"Alhamdulillah, semuanya okey. Dah balik dah pun. Sekarang ni on the way nak balik rumah aje. Emm... ayah, saya tak balik sorang tau tapi ada dengan seseorang."
"Siapa?"
"Nanti kalau dah sampai, ayah akan tahu."
"Okeylah, ayah dengan umi tunggu kamu balik."
...
"Oh... jadi orang yang istimewa ni kamulah ya, El?"
Pertanyaan dari Dato' Zawawi membuatkan Astillah tertunduk malu. Dia cuma memberi senyuman.
Hari itu berlalu dengan rasa gembira. Astillah bergurau-senda dengan orang tua Adam tanpa ada rasa kekok langsung. Kerap juga mereka mengusik Adam dan Astillah sampai naik segan Astillah dibuatnya. Adam pula cuma beriak selamba.
Mungkin keputusan Astillah menerima lamaran Adam tidak salah. Mungkin mereka ditakdirkan untuk bersama. Semoga saja hubungan mereka akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.
...
Astillah lega apabila dirinya diterima dengan senang hati oleh orang tua Adam sebagai menantu. Orang tua Astillah juga sudah sedia maklum tentang perkara ini. Mereka bersepakat untuk bertunang dalam masa satu bulan sahaja. Memang cukup singkat tempohnya untuk menyiapkan segala persiapan perkahwinan. Tetapi kata Haji Fizul, tidak elok untuk perkara baik dilambat-lambatkan. Ada benarnya juga kata-kata ayahnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Lalu panggilan itu dijawab.
"Assalamualaikum," sapa seseorang di hujung talian.
"Waalaikumsalam," jawab Astillah. "Ada apa awak telefon saya?"
"Kenapa? Salah ke saya telefon tunang saya sendiri?"
"Pembetulan, bakal tunang ya, Encik Adam. Belum jadi tunang lagi. Jumpa papa dan mama saya pun belum lagi."
"Oh, jangan risau, cik Astillah. Tak lama lagi awak akan jadi milik saya," usik Adam.
"Oh ya? Yakin sangat awak ni..."
"Of courselah ... oh ya, sebenarnya saya call awak ni nak bagitau je yang saya nak pergi semula ke Australia sebab urusan kerja. Tapi kali ni awak tak payah ikut sebab saya pergi nak tengok progress business kat sana je."
"Oh... Bila awak nak pergi?"
"Selepas kita bertunang. Awak jangan risau, segala persiapan perkahwinan saya dah uruskan lama dah."
Astillah mengerutkan dahi. "Aik? Lama dah? Lama macam mana tu?"
"Sebelum saya lamar awak." Adam tersengih di hujung perkataan.
Astillah ketawa kecil. Yakin benar si Adam ni buat persiapan sebelum melamar. Kalau hari tu aku tak terima dia macam mana? Tapi... dah terima pun... Hahaha...
"Heloo? Awak masih kat sana ke?" Suara Adam menyentak Astillah.
"Oh.. hehe. Masih kat sini... emmm... awak saya dah ngantuk ni. Penat sangat. Saya tidur dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Talian diputuskan dan Astillah segera dibuai lena beserta satu senyuman yang lebar.
(Just a short update)
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...