Selesai bertemu janji dengan klien, Adam bersantai-santai dulu di dalam sebuah restoran untuk menghilangkan rasa penat. Kebetulan klien yang tadi itu pun seorang yang cerewet, terpaksalah di layan saja kerenahnya itu.
Keadaan restoran agak sunyi. Cuma ada beberapa orang pelanggan. Kebanyakan pelanggan pun hanya orang-orang korporat. Biasalah, restoran eksklusif. Ikutkan hati Adam, dia memang tidak suka restoran eksklusif. Dia cuma akan berkunjung tempat-tempat sebegini apabila bertemu janji dengan klien untuk mendapatkan suasana yang aman.
"Adam?" Dia ditegur seseorang. Lebih tepat lagi seorang perempuan.
Wajahnya diangkat untuk melihat lebih jelas gerangan yang menegurnya.
Adam agak sedikit terkejut. Buat apa dia berada di Malaysia? Bukankah dia sudah menetap di London?
"I'm sorry. Who are you?" Adam buat-buat tidak kenal.
"Hei, jangan pura-pura tak kenallah. Saya Sheiyla. Lagipun saya boleh bezakan awak dengan abang awak," ujar perempuan yang bernama Sheiyla itu.
"Oh, maaf. Saya tak perasan. Awak buat apa di Malaysia ni?" Ikutkan hati, Adam tidak mahu melayan perempuan yang berada dengannya sekarang ini.
"Saya nak tinggal kat sinilah. Awak tak suka ke?"
Hati Adam mencebik. Kalau kau selama-lamanya di London, aku lagi seronok!
"Oh... Mamat Aaron tu setuju ke nak tinggal di Malaysia juga? Biasalah, mat salihkan... Takkanlah nak tinggal di negeri melayu ni lama-lama." Sengaja Adam menekankan nama 'Aaron' itu.
"Saya dan Aaron dah lama berpisah..."
"So?" Tanya Adam, seperti orang yang tiada perasaan.
"Jadi saya pindah ke Malaysia. Dan saya juga dah lama cari awak. Kebetulan saya terjumpa awak kat sini, saya nak minta maaf," tutur Sheiyla.
"Jangan risau. Saya dah lama maafkan awak. Itu sajakan yang awak nak cakap? Jadi, saya nak pergi dulu. Banyak urusan yang saya nak selesaikan." Adam mula mengangkat punggung dan mula berlalu dari situ.
"Adam, tunggu!" Sheiyla menarik tangan Adam untuk menghentikan jejaka itu dari meninggalkan dirinya.
Cepat-cepat Adam melepaskan pegangan tangan itu. "Nak apa lagi? Saya dah kata, saya maafkan awak."
"Give me a chance, Adam."
"A chance for what?"
"A chance to be with you."
"Mengarut!" Suara Adam naik satu oktaf.
"Adam, saya tak main-main. Saya serius!"
"Saya bukan barang yang awak boleh buang dan ambil sesuka hati."
"Saya tahu saya silap," Sheiyla mengakui kesalahannya. "Tapi lumrah manusiakan? Melakukan kesilapan... Bagilah saya peluang, Adam. Takkan awak tak ada tinggalkan sedikit perasaan untuk saya?"
"Setelah awak tinggalkan saya demi lelaki lain? Maaf, tiada sedikit pun yang tinggal perasaan saya untuk awak. Untuk pengetahuan awak, hati saya sudah dimiliki oleh orang lain dan tak lama lagi saya akan melamar dia jadi isteri saya."
Hati Sheiyla tersentak. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. "No, you're lying! You can't be... I still love you, Adam. Please... Give me a chance and I'll prove my love to you... please..." rayu Sheiyla. Matanya berkaca-kaca.
"I'm sorry, Sheiyla but it's too late. I love her and no words could describe my feelings for her. I will never leave her like you left me. She's my shade of gold."
Adam berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan pekikan Sheiyla yang memanggil namanya berulang-ulang kali.
Rasa kasihan memang ada terhadap perempuan itu. Tapi semuanya sudah terlambat. Dia tidak akan berpaling untuk kembali pada yang lama. Hatinya dimiliki oleh perempuan lain. Dan dia nekad untuk memperisterikan perempuan itu... Astillah.
...
Syazreena: Seronoknyaaaaaaa.... kau nak pergi australia!
Astillah: Aku ke sana pun bukannya nak enjoy. Aku ke sana atas urusan kerja.
Syazreena: at least kau berpeluang ke sana.... ummm.... kau pergi dengan Adam ke?
Astillah: Yup. Kenapa?
Syazreena: wuuuiissh... susah nak renggang korang berdua ni kan? Keluar ofis untuk lunch sama-sama... jalan sama-sama... kesimpulannya, semuanya sama-samalah... hehehehe, bagai pinang di belah dua!
Astillah: Your point is?
Syazreena: My point is... kau dengan dia tu ada apa-apa ke? Huhuhu...
Astillah: Choi! Mengarut jelah! Kitorang kawan je.. tak lebih dari tu.
Syazreena: Eleh... kalau suka tu mengaku jelah... aku kan kawan kau. Aku akan rahsiakan.
Astillah: Jangan nak merepek! Aku tak suka sesiapalah!
Syazreena: ...Atau...
Astillah: Atau apa?
Syazreena: Atau encik Adam kita tu yang sukakan kau tak!?!?! O.o
Astillah: Otak kau ni dah biul agaknya. Ada terputus mana-mana saraf otak ke? Nak aku bawa kau ke doktor?
Syazreena: Hei, aku waras lagilah! Gurau dengan kawan sendiri pun tak boleh... oh ya, btw, tak lama lagi aku dan Yazid nak kahwin! So, make sure kau datang ya?
Astillah: What? Omgosh! Congratulation, my dearest friend! :D but aku kena chow dulu... ada kerja tak siap...
Syazreena: Ada kerja tak siap ke.. atau nak layan cik abang? HAHAHAHA... Gurau beb. Okay bye.
WhatsApp Syazreena yang terakhir dibiarkan tidak berbalas. Sebenarnya, Astillah bukannya ada kerja sangat pun. Dia cuma hendak membaca novel yang baru dibelinya petang tadi. Sekaligus melupakan hal Australia itu.
Serius otaknya bekerja keras memikirkan hal itu. Memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Astillah takut dia bakal memalukan nama syarikat Dato' Zawawi sementelah Dato' Zawawi banyak berjasa kepada dirinya. Mudah-mudahan dia boleh melakukan kerja dengan baik.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...