Sudah sepuluh hari Adam dan Astillah berada di bumi Australia. Ada empat hari saja lagi yang tinggal. Selama sepuluh hari itu, mereka tidak sempat pun menjelajahi Australia. Mereka lebih fokus terhadap projek mereka bersama Miss Scarlett. Keinginan untuk melawat tempat-tempat menarik ditahan dulu.
"Pleasure to work together with your company Mr and Mrs Adam," ujar
Miss Scarlett.Eh, Mrs. Adam? "Adam and I are not actually together, I'm just his employee." Astillah cuba memperbetulkan.
"Oh, I'm sorry. My bad," Miss Scarlett meminta maaf. "I thought you both are married. But from my opinion, you two would make a cute couple."
"No big deal, Miss Scarlett," kata Adam pula. "In fact, we are the one who need to thank you for giving us the opportunity to work with your company."
"Well, in that case, your welcome Mr. Adam. Don't ruin the chance that I gave you. I know your company has a potential."
"Thank you again, we will be leaving now. We'll make sure we do our best."
Adam dan Astillah berlalu setelah mesyuarat mereka selesai. Mereka momboloskan diri kedalam kereta yang dipinjamkan oleh Delham, sepupu Adam yang memang penduduk tetap di Australia.
"Alhamdulillah. Semua urusan kita berjalan lancar. Terima kasih sebab beri saya kepercayaan untuk projek ni. Saya janji saya akan kerja bersungguh-sungguh," Astillah memulakan bicara.
"Sama-sama. Tapikan selama kita dekat sini, saya tak sempat bawa awak pergi tempat-tempat yang menarik. Saya minta maaf, ya? Pasti awak rasa bosan."
"Tak apalah, Adam. Jangan risau, saya tak rasa bosan pun. Lagipun kita ke sini atas urursan kerja kan? Jadi saya mestilah profesional."
"Esok kita tak ada mesyuarat dengan Scarlett kan?" Adam sudah berfikir untuk membawa Astillah ke suatu tempat.
"Tak ada. Saya rasa esok kita free. Kenapa Adam?"
"Tak adalah... saya cuma nak ajak awak pergi pantai. Nak tak?" Ajak Adam. Dia berharap sangat Astillah setuju.
"Hmm... boleh juga."
Adam menghulurkan senyuman sebagai balasan. Di pantai itulah dia akan melaksanakan rancangannya. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Adam tersengih sendirian. Kalau benar terjadi, kan bagus...
Astillah hairan melihat bosnya yang berkelakuan agak pelik. Apahal senyum seorang diri?
"Err, Adam. Awak okey ke?"
Kantoi! Itulah kau, Adam. Senyum lagi sorang-sorang. Nanti kena cap gila baru tau!
"Saya cuma terfikir tentang tadi."
"Fikir pasal apa tu?"
Nak jawab apa eh? Think, Adam. Think! "Err, saya fikirkan tentang Scarlett yang pasal tadilah. Ada ke patut dia panggil awak Mrs. Adam. Padahal kita bukannya suami isteri pun."
Astillah ketawa kecil. "Haahkan? Dah tu dia cakap kita pasangan serasi pula. Saya pun tak pernah berfikir sampai sejauh tu."
"Tapi kalau betul apa salahnyakan?" Adam mengenyit mata.
"Mengadalah awak ni. Mata tu hala ke depan. Kan awak tengah memandu sekarang ni. Nanti terbabas pula kereta ni."
"Malulah tu," Adam sempat mengusik.
Insya Allah, suatu hari nanti Astillah, hati Adam berbisik.
...
"Ceraikan saya." Hanna sudah tidak mampu untuk terus-terusan hidup dalam harapan yang sia-sia. Setiap doa yang diucapkan tidak termakbul. Lelaki itu tidak akan pernah menyayangi dia sebagai seorang isteri.
Pen yang berada di tangan Zafiyan dicampakkan dengan kasar. Sekarang ini pun dia kusut dengan kerja. Ditambah lagi dengan seorang perempuan yang dianggapnya sebagai beban.
"Kau nak sangat ke hah aku ceraikan kau?!" Tengking Zafiyan. "Kau ke sini."
Hanna mendekatkan diri perlahan-lahan kepada suaminya.
"Dekat lagi." Zafiyan mengarah.
Hanna melangkah setapak.
"Dekat lagi."
Dia melangkah setapak lagi.
Tiba-tiba Zafiyan merentap rambut isterinya dengan kasar.
"Abang, saya sakit! Tolong lepaskan saya! Tolong lepaskan!" Rayu Hanna tidak sangka dengan tindakan suaminya yang dahulu tidak pernah pun berlaku kasar. Cuma berlawan kata.
"Tahu sakit?! Kau tau tak kau dah cabar kesabaran aku?!"
Hanna ditampar sehingga dia jatuh terjelopok ke atas lantai. Bibirnya pecah dan berdarah. Pipinya pula terasa berdenyut-denyut.
"Kau dengar sini baik-baik! Aku ceraikan kau talak tiga! Puas hati?! Lepas ni aku tak nak tengok muka kau!"
"Kenapa abang benci sangat dengan saya? Apa salah saya?" Hanna mengerang kesakitan. Sejak kebelakangan ini air matanya pula selalu mengalir.
"Kau tanya apa salah kau? Kau penyebab aku dengan orang yang aku cintai berpisah! Kau tau tak hati aku merana sebab ditinggalkan macam tu aje? Kalau kau tak bersetuju dengan rancangan mak bapak kita untuk satukan kita, semua ni takkan terjadi, kau tahu tak?! Aku pasti dah bahagia dengan orang lain!"
"Kenapa abang tak cakap aje yang abang tak setuju kat orang tua abang? Jangan hanya salahkan satu pihak."
"Kau ingat aku bodoh ke apa? Aku dah cakap kat diorang aku tak setuju! Tapi mereka kata, pihak kau dah setuju, sebab itulah mereka tetap teruskan! Seumur hidup aku, aku tak pernah cintakan orang lain. Kau ingat itu."
Zafiyan segera berlalu meninggalkan Hanna keseorangan. Esakan Hanna semakin kuat. Ikatan perkahwinannya sudah terlerai. Memang perceraian yang dimahukan oleh Hanna. Tapi dia tidak sangka Zafiyan bertindak mengasari dirinya. Susah sangatkah untuk mereka bercerai secara baik?
Sampai hati engkau, Zafiyan...
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...