Kuala Lumpur International Airport
Astillah mencari kelibat seseorang. Matanya mencari seseorang yang akan menjemput dirinya. Dari jauh Astillah melihat tangan yang melambai dirinya. Dia menghampiri orang itu selepas lambaian dibalas.
"Maaflah sebab susahkan awak, Adam. Sepatutnya saya call teksi je tapi saya lupa," ujar Astillah.
"Tak apa. Untuk awak tak ada yang susah bagi saya." Ada maksud tersirat di sebalik kata-kata Adam.
"Oh..." otak Astillah cuba mencerna maksud kata-kata Adam itu. "Err... thanks, tapi saya minta maaf sekali lagi."
"Tak apa, berapa kali saya nak cakap? Awak asyik minta maaf je. Bila nak gerak? Mari sini beg awak tu, saya angkatkan."
Adam cuba mencapai bagasi Astillah namun sempat dihalang. "Eh, jangan. Biar saya bawa sendiri. Lagipun tak berat sangat. Saya masih larat lagi nak angkat."
"Jangan degil. Biar saya bawa." Intonasi Adam yang berubah menjadi serius membuat Astillah terpaku sebentar. Astillah membiarkan saja Adam mengambil bagasi dari pegangannya.
"Jom," ajak Adam. Astillah cuma mengekori langkah jejaka itu.
Apabila sampai ke kereta, Adam meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta manakala Astillah menyusup ke dalam perut kereta di bahagian depan. Sebelah menyimpan bagasi, Adam pula masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.
Sepanjang perjalanan, ruang kereta cuma dipenuhi dengan celoteh DJ Era FM melalui radio. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Astillah mahu pun Adam.
"Kenapa diam je?" Tanya Adam apabila sedar, Astillah yang kuat bercakap itu dan ini tiba-tiba berdiam diri.
"Huh? Tak ada apalah. Dah tak ada benda nak dicakapkan. So, saya diam sajalah," jawab Astillah. Matanya masih lagi fokus pada pemandangan luar.
Adam mengeluh pendek. "Awak marah dengan saya ke?"
"Buat apa pula saya nak marah awak?"
"Astillah, saya tak sengaja yang tadi tu. Saya minta maaf, ya? Lagipun awak degil sangat tak nak bawakan beg awak tu."
"Adam, bukannya saya degil. Saya cuma tak nak susahkan awak dan beg tu pun bukannya berat sangat."
"Okey, okey. Lebih baik kita berhenti. Saya tak nak kita gaduh hanya kerana beg. Dan saya pun ada nak cakap sesuatu pada awak."
"Pasal apa?"
"Pasal kerja."
"Kenapa? Saya tak buat kerja dengan betul ke? Uncle nak pecat saya?" Astillah mula gelabah.
Adam ketawa kecil melihat keadaan Astillah yang mula gelabah. Geli hatinya melihat gelagat gadis itu.
"Taklah. Kerja awak semua tip top. Cuma..."
"Cuma apa?" Desak Astillah.
"Relakslah," Adam ketawa lagi. "Sebenarnya awak diberi peluang untuk meguruskan projek Zlane di Australia tu."
Astillah melopong. "Biar betul? Projek Zlane dengan syarikat kat Australia? Yang pemiliknya seorang wanita yang dikenali ramai dalam bidang perniagaan? Siapa nama dia? Err..."
"Scarlett," Adam menjawab.
Miss Scarlett? Wanita itu memang sangat terkenal dalam bidang perniagaan. Dalam usia muda lagi dia menjadi pemilik syarikat yang amatlah besar dan gah. Dan dalam usia muda itu juga, beliau boleh dikatakan billionaire. Ramai yang ingin berurusan dengannya. Astillah bertuah kerana dapat berurusan dengan wanita itu.
Senyuman terukir di bibir. Tidak sangka dia diberikan kepercayaan untuk menguruskan projek di Australia. Projek itu adalah projek paling besar untuk ZA Holdings berbanding dengan projek-projek yang pernah dikendalikan dulu. Senyuman tadi mati. Rasa gusar pula yang datang menyapa.
"Kenapa Astillah? Awak tak suka ke?" Tanya Adam apabila melihat senyuman Astillah mati.
"Eh, tak! Bukan macam tu..." cepat-cepat Astillah sangkal. "Saya memang terlebih suka sekarang ni. Jarang untuk dapat peluang sebegini. Cuma saya rasa tak yakin. What if I messed up? Saya tak nak malukan nama syarikat uncle."
"Awak jangan risau. Saya ada di sisi awak untuk berikan tunjuk ajar. And for your information, we'll be flying to Australia in about four months from now." Adam senyum sekilas.
"Four months? Awak ikut sekali?"
"Yup," Adam mengiyakan.
"Tapi empat bulan tu tak lama lagi. Pejam celik, tup-tup dah empat bulan," adu Astillah.
"Insya Allah you're gonna do great. Kan saya dah kata saya akan bersama awak di Australia nanti."
"Hmm..." Astillah mengelamun lagi.
"Astillah..." panggil Adam.
"Ya, saya?" Cepat-cepat Astillah sedar dari lamunan.
Adam ketawa kecil melihat Astillah yang kalut. "Awak mengelamun lagi ke? Kenapa?"
"Err... entahlah. Saya cuma risau. Tak dapat nak berhenti berfikir."
"Jangan terlampau memikirkan sesuatu. Nanti menjejaskan fikiran. Let it go, first."
Astillah mengangguk kecil.
YOU ARE READING
Kau Yang Tercipta (Completed)
RomanceHadirnya tiga insan di dalam hidup Astillah Zarina membuatkan dirinya menjadi seperti 'roller coaster.' Kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal celik Astillah membuat dirinya menjadi rapuh. Selepas semuanya berlaku dia tidak mahu menerima sala...