Bahagian III - Bab 24

229 11 0
                                    

Reunion. Perkataan itu bergema di kepala. Kalau reunion itu di antara bekas pelajar sekolah menengah, bermakna... Tak. TAK!

Kenapa aku tak fikirkan pasal tu?! Kenapa aku main redah je nak join?! Kenapa aku tak terfikir pun dia mungkin ada sama?! Janganlah Engkau temukan aku dengan dia...

Kenangan lama berebut-rebut masuk di minda. Kenangan itu menyesakkan dada. Luka lama berdarah lagi. Matanya dipejam rapat. Tanpa disedari air matanya gugur. Mukanya ditekup dengan tangan. Bahunya terhinjut lembut.

"Awak okey ke?" Tanya Adam.

Bila dia melintas di depan meja kerja si gadis, dia melihat bahu gadis itu terhinjut-hinjut. Kedengaran juga esakan lembut.

Astillah mendongak. Bila Adam menyapa kornea mata, air mata dikesat laju.

"Awak nangis ke?" Tanya Adam lagi.

Astillah diam. Dia tidak tahu mahu jawab apa. Memang terang lagi bersuluh dia menangis sebentar tadi.

"Saya mungkin tak tahu masalah awak yang sebenar. Saya juga yakin awak tak bersedia nak cerita masalah awak kepada saya sebab kita belum kenal sangat. Tapi jika ada masalah, Allah berada di sisimu. Ingat itu."

Astillah terpana dengan ayat Adam yang terakhir. Kenapa ayat itu seperti tidak asing bagi dirinya?

"Awak nak join saya lunch tak?" Pelawa Adam setelah lama mereka berdiam diri.

Astillah menggeleng, "Takpelah."

"Jomlah, lagipun awak sorang je kan? Syazreena dah keluarkan?" Adam cuba memujuk.

Astillah masih membatu.

"Tak apa, jom. Saya tak makan orang pun." Adam tersengih.

Astillah ketawa kecil.

"Haa... Macam tu lah, senyum. Jangan sedih selalu. Jom lunch kat Sushi Tei?"

Lama-lama Astillah akur.

...

"Sedap?" Tanya Adam, memerhatikan gelagat Astillah.

"Sedap," balas Astillah acuh tak acuh. Tangannya masih ligat menyuap sushi ke mulut. Tak pandang kiri kanan dah.

Adam ketawa kecil.

Kening Astillah bertaut, "Kenapa awak ketawa?"

"Awak memang hantu sushi eh?" Sekali-sekala terselit ketawa di dalam ayatnya.

"Hantu sushi?" Astillah masih tidak faham.

"Awak makan sushi tak pandang orang lain dah." Adam semakin galak mengusik.

Perlahan-lahan chopstick dilepaskan dari pegangan. Pipinya berona merah. Malu wei! Makan tak ingat dunia!

"Hehe..." Astillah tersengih. "Sorrylah, saya tak ingat awak ada dengan saya. Sushi memang favourite saya dari dulu lagi. Maaf ya..."

"Tak apa. Awak makan je, saya tak kisah. At least saya tahu makanan kegemaran awak."

"Maksud enc..."

"Adam. Panggil saya Adam."

"Maaf. Maksud Adam?"

"Tak ada apa-apa." Adam ukir senyum.

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now