Bahagian III - Bab 51

112 2 0
                                    

"Kau dah fikir masak-masak ke?" Soal Syazreena.

Kini mereka berada di sebuah restoran untuk menikmati sarapan. Astillah memang jarang untuk makan sarapan di restoran, tetapi kebetulan pula Syazreena mengajaknya untuk makan bersama, jadi dia ikut sahajalah.

"Dah hangus dah pun masakan aku tu."

"Hish, orang cakap serius dia main-main pula!" Syazreena mencebik.

"Main-main apanya? Engkau tanya aku jawablah."

"Kau ni kan! Haih... So kau tak menyesal dengan keputusan kau ni? Kau tak nak patah balik?"

"Aku yakin seratus peratus dengan keputusan aku ni. Tipulah kalau aku cakap aku tak ada rasa was-was mula-mula tu. Tapi aku setiap hari berdoa pada Allah, minta petunjuk pada Dia dan akhirnya inilah keputusan aku dan aku tak akan berpaling tadah. Kalau Adam jodoh aku, kembalilah dia, kalau tak, aku akan redha." Hujah Astillah.

"El, walau apa pun keputusan engkau, aku akan sokong. Aku tak boleh paksa kau tapi aku akan datang sedia membantu kalau kau perlukan apa-apa."

"Awww... Thanks, babe. Kaulah bestfriend aku dunia akhirat. Anna dengan Insyirah pun. Hehe."

"Bercakap pasal bestfriend ni kan, kau ada dengar tak khabar dari Anna dengan Insyirah?"

Kening Astillah bertaut. "Emm... kalau mesej sekali-sekali tu adalah. Tapi takde yang menarik pun. Tanya khabar lepas tu bergossip."

"Oh..." Syazreena berkira-kira hendak memberitahu Astillah atau tidak. "Emm... Insyirah ada bagitau tak yang dia nak kawin?"

Hampir tersedak ayam yang ditelan oleh Astillah. "Nak kawin? Dengan siapa? Bila dia kenal? Kenapa dia tak cakap dengan aku?"

"Rileks, beb. Ni air. Kau minum dulu." Syazreena menghulurkan segelas air pada Astillah. "Sebenarnya dia nak cakap dengan kau tapi dia tau kau pun ada masalah sendiri kan? Jadi dia ada curhat dengan aku. Dia cakap dia nak kawin. Alaf Hadifa nama dia. Kalau tak silap aku dia ada cakap juga yang Alaf Hadifa tu sepupu arwah Firash."

"Oh... Alhamdulillah. Mudah-mudahan kali ni berjalan dengan lancar. Tapi macam mana dia boleh dengan sepupu arwah Firash?"

"Insyirah waktu tu menangis depan kubur arwah Firash masa mula-mula dia dikebumikan. Tiba-tiba si Alaf ni tegur dia dan nasihatkan dia. Dari situlah diorang kenal. Tapi yang aku pelik, tak pula dia terjumpa Alaf ni waktu majlis perkahwinan dia. Insyirah ada cerita juga yang banyak dia tempuhi sepanjang dia bersama Alaf. Sepanjang mereka luangkan masa bersama tu mereka tak pernah bercinta pun. Cuma sebagai kawan je. Tapi ada suatu hari Insyirah nak lintas jalan raya untuk approach Alaf di seberang jalan. Entah kereta dari mana pula laju sangat nak langgar Insyirah tapi dia sempat mengelak. Tapi kereta tu terlanggar pokok. Pemandunya, hanya ada luka sikit kat dahi dia, dia keluar dari kereta terus meluru kat Insyirah. Cuba kau teka siapa pemandu tu."

Astillah menaikkan bahunya. "Entah tak terfikir pula. Ada juga ke orang yang benci orang sebaik Insyirah tu?"

"Malangnya ada. Pemandu itu adalah Ayuna."

"Wait, Ayuna? Bukan ke dia dulu yang selalu sama Firash zaman sekolah dulu yang tudung labuh tu? bincang pasal hadislah, firmanlah... Iyalah orang yang paling religiouslah katakan."

Syazreena mengangguk. "Hati, beb, boleh berubah-ubah. Aku tak boleh cakap apa pasal yang tu.  So sambung cerita. Masa dia keluar dari kereta tu dia nak serang pula Insyirah. Iyalah sebab tak terkena kereta kan jadi dia tak puas hatilah. Tapi tak sempat bila dihalang oleh Alaf. Ayuna pun terpekik terlolong salahkan Insyirah yang dia yang menyebabkan Firash meninggal."

"Habis apa yang jadi lepastu?"

"Alaf call polis dan dia ditangkap. Waktu kat mahkamah tak tahulah kenapa Ayuna terus menangis lepastu menjerit-jerit yang dia bunuh Firash supaya dia tak boleh kawin dengan Insyirah. Dengan itu, Ayuna dipenjarakan sepanjang hayatnya. Selepas selesai kes, Alaf terus melamar Insyirah sebab perasaan nyaris kehilangan Insyirah itu pun membuat membuatkan dia hilang separuh nyawa."

"Syukurlah Insyirah tak apa-apa. Tak sangkakan Ayuna boleh sampai macam tu sekali. Aku ingatkan dah jadi ustazah ke apa ke lepas habis belajar. Aku doakan semoga Insyirah baik-baik saja." Astillah meneliti jam tangannya sejurus itu. "Eh, dah lambat dah ni. Kejap lagi nak masuk kerja. Jom?"

"Jom."

...

Pintu bilik ofisnya diketuk. Dia memberi izin untuk gerangan yang mengetuk itu masuk.

"Ada apa?" Dingin sahaja soalan yang diajukan.

Astillah memanh sedia maklum atas kedinginan Adam terhadapnya semenjak Adam meluahkan segala yang terbuku di dalam isi hati. Tapi tidak apalah keputusan pun sudah dibuat. Apa yang perlu dia lakukan adalah untuk memaklumkannya kepada Adam.

"Lepas habis kerja ni, boleh awak tunggu saya sekejap? Saya nak bincangkan sesuatu," pinta Astillah.

Adam berfikir sejenak, lalu dia mengangguk.

Astillah terus berlalu apabila tiada respon yang selanjutnya dari Adam.

Tersiksa juga untuk Astillah menunggu jam balik kerja. Jadi dia sibukkan dirinya dengan kerjanya yang tidak siap sampai orang lalu-lalang pun dia tidajk ambil endah. Tiba waktu jam balik, dia bergegas untuk mengemas barangnya dan berjumpa dengan Adam.

Tanpa mengetuk pintu bilik ofis Adam, dia meluru masuk.

"Adam saya..." terhenti terus patah katanya dengan apa yang disaksikannya sekarang ini.

Seorang perempuan yang tinggi lampai, badan langsing dengan baju yang agak terdedah berada sangat rapat dengan Adam.

"Awak buat apa ni, Adam?!" Hatinya bagai dihempas batu.

Terkedu Adam dibuatnya. "Astillah, ini bukan seperti apa yang awak fikirkan..."

"Apa yang saya fikirkan, hah?! Oh, lepas awak tipu saya, awak main gila dengan perempuan lain? Dengan pintu bertutup bagai. Awak nak bagi alasan apa lagi?!" Sejurus itu Astillah terus keluar tanpa menghiraukan Adam yang memanggil namanya.

Apabila Astillah hendak keluar dari pintu utama syarikat, bahunya dicuit oleh seseorang membuatkan dia berhenti dari meneruskan perjalanannya.

Terbuntang matanya melihat perempuan itu sekali lagi. Perempuan yang berada di dalam ofis Adam itu.

"Kau nak apa?!" Astillah menjerit. Nasib baik tidak ramai orang. Yang ada pun tidak dihiraukannya. Amarahnya kini kian membara.

"Saya Sheiyla. Bekas kekasih Adam."

Kau Yang Tercipta (Completed)Where stories live. Discover now