Prolog

7.1K 194 8
                                    

Kehangatan terasa membahang di dalam rumah kayu di pinggir kampung itu. Panasnya terasa hangat dari biasa. Selalunya rumah itu tidak terlalu panas pada waktu malam meskipun tiada kipas dan hanya berharap pada angin malam kerana ia diperbuat daripada papan dan mudah meresap angin.

Aieynur Assyiffa membuka matanya perlahan-lahan. Kerutan di dahinya semakin ketat. Dia kini bermandi peluh. Farra'Ain Wardina yang tidur di sebelahnya hanya bergerak-gerak kerana kepanasan.

"Farra!Farra!" Aieyn menggoncangkan badannya adiknya itu.

"Erm..." Farra menjawab tanpa membuka matanya..

"Kenapa panas sangat ni.??" Aieyn mengesat peluh di dahinya..

Farra membuka matanya perlahan-lahan dalam keadaan mamai. Aieyn kini sedang duduk dengan muka membahang di belakangnya. Dia turut bangun kemudian memandang sekeliling.

"Ya Allah!!"

Farra menjerit sambil menuding ke celah pintu kayu bilik itu. Asap putih masuk perlahan-lahan dari situ. Serentak kedua-dua gadis itu bangun kemudian membuka pintu. Alangkah terkejutnya mereka melihat asap kini memenuhi ruangan rumah itu. Api menyala hampir ke bilik mereka.

"Astaghfirullah al azim! Keluar, Farra!" pekik Aieyn.

Farra terbatuk-batuk. Nafasnya tersekat di kerongkong.

"Keluar cepat!!!" Aieyn menarik adiknya itu.

Kelihatan orang ramai menjerit-jerit di luar rumah. Ada juga yang cuba membantu memadamkan api hanya dengan bantuan air baldi sahaja. Aieyn dan Farra terbatuk-batuk cuba menenangkan diri.

"Ayah!!!!!" jerit Farra yang baru tersedar bukan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam rumah itu kemudian segera berlari semula untuk masuk kembali bagaimanapun di tahan oleh orang kampung.

"Bahaya kalau kamu masuk ke sana!"

"Ayah!!" Farra meronta-ronta meminta dilepaskan.

Aieyn hanya melutut sambil melihat rumah itu hangus dijilat api. Dia ingin masuk ke dalam tetapi takut nyawanya sendiri akan melayang. Dia langsung tidak tahu hendak berbuat apa. Ayah mereka masih lagi di dalam rumah itu.


*


Farra dan Aieyn tidak berganjak dari tanah yang masih merah itu. Ayah mereka selamat dikebumikan di situ dengan bantuan orang kampung. Satu-satunya tempat kebergantungan mereka kini sudah kembali kepada sang pencipta. Kedua-dua adik-beradik tiri ini sudah kehilangan ibu sejak kecil lagi.

"Kakak..."

Aieyn dan Farra langsung tidak menoleh. Sarra, satu-satunya adik kandung Farra memeluknya termasuk Aieyn yang merupakan kakak tiri mereka.

"Ikut lah saya, kak..." ujar Sarra teresak-esak sambil memandang sekali imbas keluarga angkatnya yang menunggu di hadapan pintu pagar tanah perkuburan itu. "Tinggal lah bersama kami."

"Sarra..." Farra menggenggam tangan Sarra. "Dengar ni... Sarra dah ada keluarga angkat yang dah pelihara Sarra dari umur lima tahun lagi. Jangan pernah sia-sia kan mereka ya."

"Tapi kakak nak tinggal kat mana.?" Tanya Sarra.

"Makcik dan pakcik kita kan ada..." celah Aieyn. "In Shaa Allah kami akan okey. Jangan risau."

Sarra hanya mampu memandang mereka sayu.


*


"Saya tak dapat nak ambil mereka."

Langkah Farra dan Aieyn terhenti ketika menaiki tangga. Suara Mak Su jelas kedengaran dari atas rumah.

"Saya dah banyak tanggungan, bang..." ujar Mak Su lagi. "Saya tak mampu nak tanggung mereka berdua lagi."

"Habis tu tak kan nak hantar mereka berdua tu ke rumah anak-anak yatim.??" suara garau Pak Ngah pula berganti.

"Mereka tu bukannya budak kecil lagi, bang... Dah dua puluh tiga tahun."

"Tapi mereka bukannya ada duit nak hidup."

Farra memandang Aieyn. Aieyn langsung tidak bergerak sebaliknya hanya mendengar perdebatan itu dengan tekun.

"Abang lah ambil mereka." tempik Mak Su.

"Awak pun tahu abang ni tinggal dengan mertua. Mana abang boleh bawa mereka." beritahu Pak Ngah..

Aieyn merenung Farra dengan wajah kemerahan. Farra tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mempu menahan airmatanya daripada mengalir.


_________________________________________________


A/n: Okay, ni first time post cerita dengan genre Spiritual. Tak pernah lagi ni. Tapi cerita ni saya buat masa zaman saya masih belajar lagi. Mungkin banyak berfikir. Nak cuba buat orang faham macam mana agama sepatutnya. Btw, harap korang enjoy. Jangan lupa leave feedback. :)

> VOTE & COMMENT <




Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now