Bab 98

886 47 14
                                    

Ahmad Syazani Syafi'e membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya kini sudah tidak terasa sakit lagi. Ia dirasakan amat ringan lain dari yang biasanya. Seolah-olah sakitnya sudah tiada lagi. Akan tetapi, pandangannya masih lagi berpinar-pinar. Sepanjang dia memejamkan mata, dia dapat mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh suara yang cukup dikenalinya dan tidak asing lagi. 

Dia menoleh memandang ke sebelah kanannya. Hisham Dhani memandangnya dengan wajah yang merah padam kerana menangis. Lelaki itu kelihatan cuba menyembunyikan wajah bengkaknya itu agar tidak kelihatan. Dia berpaling pula memandang ke sebelah kiri. Noorizan turut berada di situ memandangnya sambil mengesat air matanya.

"Jangan lah buat muka macam tu." Syazani cuba mengukir senyuman. Dia berusaha menahan matanya daripada tertutup semula. Saluran oksigen di mulutnya ditanggalkan lagi. "Setia betul kamu dengan saya."

Hisham dan Noorizan hanya berpandangan seketika. Air mata mereka mula bergenang lagi bagaimanapun berusaha ditahan.

"Noorizan..."

"Ya.?" Noorizan yang sememangnya sedang berdiri betul-betul di sebelah katil Syazani segera memegang tangan lelaki itu.

Syazani membalas pegangan tangannya dengan lemah. Dia dapat merasakan dirinya tenang pada saat itu. "Bila majlis perkahwinan awak.?"

Noorizan menelan air liurnya cuba menahan perasaan. "Hujung minggu depan ni, Syazani."

"Ah..." Syazani tersenyum. "Tak lama lagi. Tak sabar tengok kawan baik saya ni berkahwin."

Noorizan memandang Hisham sekali imbas kemudian cuba mengukir senyuman yang terlalu payah di bibirnya.

"Nampaknya awak yang dulu kahwin antara kita..." Syazani bersuara lagi cuba untuk menghidupkan suasana yang amat suram itu. "Padahal awak asyik cakap antara saya atau Hisham yang akan kahwin dulu."

Noorizan tergelak seketika dalam tangisannya. Dia masih ingat lagi mengenai perkara itu walaupun sudah bertahun lamanya.

"Hisham..."

Hisham berjalan perlahan-lahan mendekati Syazani. Dia sengaja berdiri jauh sedikit agar lelaki itu tidak mendengar esakannya kerana dia betul-betul tidak mampu menahan perasaannya.

"Boleh tak awak baringkan saya di riba awak.?"

Hisham memandang Noorizan kemudian mengangguk-angguk. Air matanya jatuh berciciran. Dia mengangkat badan lelaki yang terlalu lemah itu perlahan-lahan kemudian segera membaringkan di atas ribanya dibantu oleh Noorizan yang kini sudah duduk di katil betul-betul di sisi Syazani.

"Awak janji dengan saya..." Syazani memegang tangan lelaki itu. "Awak akan lamar Farra lepas ni... Jangan jadi penakut. Sampai bila awak nak takut."

Hisham menangis lagi. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Syazani pasti akan membuatnya tambah menangis.

"Jaga dia dengan sebaiknya..." ujar Syazani lagi. "Cinta saya untuk dia hanya di dalam doa. Tak lebih dari itu."

Noorizan kini sedang menangis dengan tenang. Dia langsung tidak mengeluarkan apa-apa bunyi.

"Saya tak minta apa-apa lagi..." entah kenapa, suara Syazani kedengaran semakin lemah. "Saya dah ada kamu pun saya dah bersyukur. Kamu adalah anugerah Allah yang paling terbaik untuk saya."

Hisham dan Noorizan tidak mampu membalas. Masing-masing sedang cuba menahan perasaan.

"Saya sangat-sangat gembira..." sambung Syazani lagi. "Kamu banyak mengajar saya... Dan sentiasa ada di sisi saya. Terima kasih, sahabat." Syazani kini semakin bernafas dengan laju. Dia agak tercungap-cungap secara tiba-tiba. "Kalau ada apa-apa berlaku... In Shaa Allah saya akan tunggu kamu di Jannah Allah."

Hisham dan Noorizan hanya mampu menangis tidak menjawab. Keadaan sunyi sepi seketika. Syazani sudah tidak bersuara lagi.

"Syazani.??" Panggil Noorizan perlahan ketika dia mendekatkan wajahnya pada lelaki itu. "Syazani..."

"Mmmm..." suara Syazani semakin tidak kedengaran.. Matanya kini sudah tertutup rapat tidak terbuka.

Hisham dan Noorizan berpandangan. Kedua-dua mereka kini tercengang dalam keadaan cemas.

"Boleh...." Syazani bercakap dalam keadaan matanya masih tertutup. "Tolong.... Saya.... Mengucap....."

Hisham terkedu mendengar permintaan lelaki itu. Seolah-olah dia terkena renjatan elektrik. Dia memandang Noorizan yang kini sudah tidak bergerak kerana terkedu. Dia dapat rasakan jantungnya digenggam. Noorizan membalas pandangannya tidak mampu berkata apa-apa kemudian mengangguk-angguk.

"Ash haduallah ilahaillallah..." serentak Noorizan dan Hisham bersuara perlahan agak terketar-ketar.

"Ash..... Ha..... Du..... Allah ilahailallah...." suara Syazani semakin tidak kedengaran. Ia semakin tenggelam.

"Wa ash haduan...na muhammadarasulullah...."

"Wa....... Ash..... Ha..... Du an........ Na muham.... Madarasulullah...."

Keadaan menjadi sunyi sepi. Hanya esakan Noorizan dan Hisham sahaja yang kedengaran. Hujung sebutan Syazani semakin tidak jelas.

"Syazani....." panggil Noorizan.

Tiada balasan yang diterima agak lama.

"Syafi'e...." bisik Hisham.

Tetap tiada balasan. Noorizan memegang tangan lelaki itu. Sejuk. Mereka berpandangan.

"DOKTOR!!!!!!!!!"


*



"Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, pasti akan mati – Kullu nafsin za iqatul maut."

Bacaan talqin bergema di tanah perkuburan itu. Ia juga sebagai peringatan kepada yang masih hidup. Yang masih bernafas dan tidak tahu bila ia akan terhenti. Kedengaran sayup-sayup esakan daripada beberapa orang di situ. Farra'Ain Wardina hanya menangis tenang dalam pegangan kakak tiri dan adik kandungnya. Dia hanya mampu memandang nisan batu yang menjadi tugu untuk kubur yang masih merah itu.

"Farra..."

Farra menoleh perlahan. Miezza Nina Ashikin memandangnya sambil cuba tersenyum dengan air mata yang berlinangan. Di belakangnya Nur Amirah Hasanah dan Siti Aminah berdiri. Amirah memandang ke arah kubur yang baru sahaja terbina itu. Airmatanya bercucuran laju. Dia mengenali arwah itu lebih lama. Dan dia langsung tidak menyangka pengakhirannya seperti ini.

Orang ramai mula melangkah pergi dari situ. Noorizan Shahran dan Hisham Dhani hanya duduk kaku di sisi tanah yang masih merah itu. Air mata mereka tidak keluar lagi. Mereka hanya termenung tidak bergerak. Hassan tidak mampu menyapa mereka kerana dia tahu betapa akrabnya tiga sekawan itu. 

Zulfiqar memegang bahu Asyraf yang masih menangis. Kacamatanya sudah ditanggalkan untuk memudahkan dia mengesat air matanya. Rakan-rakan mereka yang lain turut datang. Shamsul kini melutut memandang kubur itu. Isterinya, Fatimah hanya mengusap-usap belakangnya.


_________________________________________________


A/n : Crying over this chapter. Tak pasal2 sedia tisu. Hahaha. Now, only one chapter left. Huhuhu~ Leave me your feedback.

> VOTE & COMMENT <

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now