Nazirah Qistina berjalan merentasi koridor Madrasah Al-Firdausi itu. Walaupun dia sudah pernah ke situ sebelum dia dipindahkan, dia masih tidak dapat mengingat setiap jalan dengan baik. Madrasah itu dikunjunginya buat kali terakhir dua tahun lalu kerana program kerjasama antara madrasah itu dengan Madrasah Nur Karim, tempat dia menuntut ilmu sebelum ini. Dan itu meninggalkan kenangan yang baik untuk diingat.
Langkahnya terhenti apabila tiba di suatu sudut. Dia terpandang Sukarnain Mukhsin berjalan sendirian sambil membelek-belek sebuah fail berwarna biru. Pada mulanya, dia menyangka lelaki itu akan berjalan terus melintasinya dari arah bertentangan. Akan tetapi, Sukarnain membelok ke sebuah pondok tidak jauh dari situ. Lelaki itu duduk sambil menghembus nafas panjang seperti sedang menenangkan fikiran.
Jyra hanya memandang lelaki itu dari tempat dia berdiri tadi. Satu-satunya perkara yang dia tidak dapat lakukan dari saat pertama kali dia bertemu lelaki itu adalah menyapanya. Dia bertemu dengan lelaki itu saat mula-mula dia masuk ke Madrasah Nur Karim yang mana Sukarnain merupakan salah seorang pelajar di situ sebelum berpindah.
"Assalamu'alaikum, Sukarnain."
Jyra agak tersentak dengan kehadiran seorang gadis yang menyapa Sukarnain. Dia cukup kenal dengan gadis itu.
"Wa'alaikumsalam." jawab Sukarnain agak dingin. Air mukanya berubah secara tiba-tiba.
"Boleh saya duduk.?" Tanya gadis itu sopan bagaimanapun sudah melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Sukarnain.
Sukarnain bingkas bangun kemudian mendengus kuat dengan dahi berkerut. "Duduklah."
"Awak nak ke mana.?" Tanya gadis itu lagi setelah melihat Sukarnain bangun tiba-tiba.
"Nak ke bilik." jawab Sukarnain dingin.
Jyra hanya memerhatikan keadaan itu. Hatinya tidak mahu pergi dan hanya ingin mendengar perbualan kedua-dua orang itu walaupun dia tahu itu adalah perkara yang tidak elok untuk dilakukan.
"Saya nak bercakap dengan awak." gadis yang bernama Nurul Iman itu menyegerakan hajatnya.
"Cakaplah." balas Sukarnain.
Iman menarik nafas panjang. "Duduklah dulu."
Sukarnain merenung gadis itu tajam. Entah kenapa timbul rasa marah dalam dirinya setiap kali dia mendengar suara atau melihat wajah Iman. "Awak tahu hukum kan.? Kalau saya duduk di situ dengan awak, akan timbul macam-macam fitnah."
"Kita kan dah bertunang...."
"Pernah!" pintas Sukarnain. Wajahnya mula menyinga. "Hanya pernah. Sekarang tidak lagi."
Mata Iman kelihatan berkaca dari balik niqab yang dipakainya. "Awak masih marah pada saya lagi.?"
"Saya tak marah." Sukarnain mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tidak mahu melihat wajah gadis itu. "Saya dah lama lupakan perkara tu. Jadi saya harap awak tak buat saya ingatnya lagi."
Iman tidak bersuara. Dia masih dapat merasakan kemarahan yang membahang dalam diri lelaki itu. Beberapa tahun terikat dengannya membuatkan dia cukup kenal macam mana Sukarnain.
"Saya balik dulu." Sukarnain terus berlalu pergi dengan pantas tanpa menoleh ke belakang lagi.
Perlahan-lahan airmata Iman basah membasahi pipi. Timbul rasa kasihan dalam diri Jyra melihat gadis itu menangis walaupun dalam masa yang sama dia ada perasaan cemburu. Kerana itu lah gadis yang berjaya merebut lelaki yang bertahta dihatinya.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...