"Saya nak persetujuan kamu je." Noorizan Shahran memandang kedua-dua adik-beradik tiri itu silih-berganti. "Kalau saya... Lebih cepat perkahwinan ni lebih baik rasanya. Tapi saya nak juga dengar kata putus dari kamu. Takkan lah saya seorang je yang buat keputusan ni."
"Kenapa saya terbabit pula.?" Tanya Farra'Ain Wardina sambil mengerutkan dahinya. "Kamu berdua yang nak kahwin. Bukannya saya."
"Nak juga dengar pendapat awak sebab awak satu-satunya keluarga yang saya ada kat sini." Aieynur Assyiffa menjeling manja ke arah adik tirinya itu. "Sarra pula ikut je. Dia tak kisah langsung."
"Saya pun macam tu juga." ujar Farra. "Tak kisah. Yang penting kamu berdua ni. Kamu yang punya majlis."
Aieyn mendengus perlahan kemudian memandang Noorizan. "Keluarga awak macam mana.?"
"Mereka kalau boleh memang nak cepat." Noorizan menjawab. "Minggu depan mereka cadangkan."
Aieyn ternganga mendengar kata-kata lelaki itu, manakala Farra hanya tersengih-sengih.
"Sekarang ni tinggal kata putus dari kamu." tambah Noorizan lagi. "Kalau kamu dah ada kata putus... Saya akan beritahu keluarga saya."
Aieyn segera menarik nafas panjang kemudian memandang Farra.
"Jangan pandang saya." Farra bersuara serta-merta sambil mendepakan tangannya. "Saya ikut je. Tak ada apa-apa masalah."
"Tak dapat ke awak bagi cadangan walaupun sikit.?" Aieyn memandang adiknya itu agak geram.
Farra mendengus perlahan kemudian memandang sekeliling pondok itu tanpa ada apa-apa tujuan. "Kalau saya lebih baik ikut cadangan keluarga Noorizan tu. Lebih cepat lebih baik. Takkan nak tunggu lama-lama lagi bila dah ada peluang."
Aieyn menjeling tajam ke arah Farra yang langsung tidak membantu padanya. Noorizan hanya tersengih melihat gelagat dua beradik itu kemudian menggelengkan kepalanya.
"Tak payah lah nak lambatkan lagi benda baik." gesa Farra dengan lagak seperti seorang ibu atau ayah kepada Aieyn.
"Awak tak rasa cepat sangat ke minggu depan tu.?" Aieyn memandang Noorizan penuh kerisauan.
"Lambat apanya..." Noorizan membalas. "Dah ramai pun orang yang dah berumahtangga sebelum kita. Kita lah yang paling lambat."
"Amboi..." Farra menjeling ke arah lelaki itu. "Awak sindir saya ke.? Saya pun belum lagi tahu tak."
Noorizan hanya tersengih. "Tapi kalau awak tak nak minggu depan tak apa. Ikut keselesaan awak lah."
Aieyn mendengus perlahan kemudian tunduk seketika. Fikirannya agak bercelaru pada ketika itu. Dia juga ingin menyelesaikan urusannya dengan lelaki itu dengan lebih cepat bagaimanapun agak takut untuk melangkah ke alam rumahtangga. Tanggungjawabnya akan menjadi semakin besar selepas ini.
"Kalau awak risau pasal saya dan Sarra..."
Aieyn segera memandang Farra.
"Lupakan je lah." ujar Farra. "Madrasah ni masih ada untuk kami. Lagipun sampai bila awak nak risau."
Aieyn mendengus perlahan kemudian memandang ke arah Noorizan yang setia menunggu apa jua keputusan yang dia buat.
*****
"Hisham!!"
Langkah Hisham Dhani segera terhenti. Dia menoleh ke belakang serta-merta sambil mengerutkan dahinya untuk mencari siapa gerangan yang memanggilnya. Kelihatan sahabat baiknya, Noorizan Shahran sedang berjalan laju mendapatkannya.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
SpiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...