Bab 74

634 46 2
                                    

Abdul Mustanir Izzudin meneliti fail yang tersusun rapi di rak itu dengan dahi yang berkerut. Matanya terasa sedikit perit kerana terlalu membaca tulisan label pada fail-fail yang hampir sama sahaja warna dan bentuknya. Kadangkala dia akan menarik keluar satu fail bagaimanapun memasukkannya semula apabila mengetahui itu bukan fail yang dicarinya. Dia kebuntuan sendiri di situ.

TOK! TOK!

Ketukan pintu yang amat perlahan itu membuatkan Mustanir menjenguk untuk memandang ke pintu. Jantungnya seperti berhenti berdenyut apabila ternampak Aieynur Assyiffa sedang berdiri teragak-agak di pintu itu.

"Assalamu'alaikum.?"

"Wa'alaikumsalam." Jawab Mustanir yang tidak jadi mengembalikan fail yang dipegangnya.

"Er..." Aieyn berfikir seketika seolah-olah apa yang akan dikatakannya itu terlalu sukar untuk diluahkan. "Saya nak cari fail."

Mustanir tidak berganjak sebaliknya hanya memandang gadis itu.

"Er... Boleh awak keluar dulu.?" Aieyn terus memberi arahan kerana sudah tidak senang dengan pandangan lelaki itu.

Mustanir menarik nafas panjang lalu menyimpan fail yang dipegangnya. Dia berjalan keluar perlahan-lahan dari situ melintasi Aieyn.

"Terima kasih." Ucap Aieyn yang hampir tidak didengar lalu segera melangkah masuk ke dalam. Dia terus sahaja menuju ke rak fail itu sambil cuba mencari benda yang diingininya. Mustanir pula hanya berdiri di luar sambil memerhati setiap pergerakan gadis itu walaupun hanya dari celah-celah rak dengan jarak yang agak jauh. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat begitu.

Aieyn hanya meneruskan kerja mencarinya. Dia mengeluh seketika kerana tidak tahu di mana fail itu terletak. Dia ingin cepat-cepat keluar dari situ dan mengelak untuk berbual atau bercakap dengan Mustanir.

"Tahniah!"

Aieyn tersentak apabila mendengar ucapan itu. Dia tidak menjenguk keluar untuk melihat siapa bagaimanapun dia tahu itu adalah suara Mustanir.

"Tahniah atas pertunangan awak." Ucap Mustanir dengan wajah yang serius dan mendatar.

"Terima kasih." Balas Aieyn acuh tak acuh.

"Awak nampak gembira dengan perkara ni."

Aieyn mencengkam fail yang ingin ditarik keluar olehnya itu. Entah kenapa pertanyaan itu seolah-olah membuatkan dia sakit hati. "Oh... Mestilah. Takkan saya sedih pula atas perkara ni."

Mustanir menarik nafas panjang kemudian menghembus dengan kuat. Dia memandang sekeliling tanpa sebab kemudian kembali memandang kelibat Aieyn. "Tak sangka cepat juga perasaan awak berubah."

Aieyn berhenti dari melakukan kerja-kerjanya. Kali ini dia benar-benar sakit hati dengan kenyataan yang tiba-tiba itu.

"Awak dah suka pada orang lain tak berapa lama selepas..."

"Apa awak nak sebenarnya.?!"

Kata-kata Mustanir terhenti apabila Aieyn yang kini berjalan keluar dari rak itu memintas. Dia merenung Mustanir dengan wajah yang menahan marah.

"Apa awak nak cakap.??" Aieyn mengangkat keningnya sambil merenung lelaki itu tajam.

Mustanir tidak membalas sebaliknya hanya membalas renungan gadis itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang sudah dia lakukan sekarang ini.

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now