Miezza Nina Ashikin memakai sandalnya apabila keluar dari pondok itu. Dia baru sahaja selesai berusrah dengan rakan-rakan di madrasah itu. Usrah yang bermaksud keluarga atau dari segi istilahnya ialah orang-orang yang berkumpul dan berbincang mengenai hal-hal agama telah menjadi salah satu santapan rohani buat orang-orang di madrasah itu.
"Kak Miezza!"
Miezza agak tersentak apabila seseorang memanggil tiba-tiba terutama dengan panggilan 'kak' di bahagian depan namanya itu. Dia segera menoleh bagaimanapun tersentak sekali lagi apabila terpandang orang yang memanggilnya. Seorang gadis comel dengan wajah yang ayu tersenyum mendekatinya.
"Ah... Sarra. Ada apa.?" Tanya Miezza serta-merta kelihatan sedikit teragak-agak. Dia sudah berkenalan dengan gadis itu sebelum ini kerana Farra pernah membawanya ke bilik mereka.
"Saya nak minta sesuatu boleh.?" tanya Sarra ketika mereka berjalan beriringan beredar dari situ.
"In Shaa Allah, boleh." jawab Miezza lalu memandang gadis itu dengan dahi yang sedikit berkerut. "Apa dia.?"
"Saya nak pinjam buku 'Penenang Jiwa' boleh.?" Sarra bersuara sopan engan wajahnya yang amat comel.
Miezza segera mengukir senyuman manis. "Boleh apa salahnya. Ada banyak edisi kat tempat saya. Nanti Sarra datang bilik."
"Terima kasih, kak." Sarra tersenyum riang.
Miezza hanya mengangguk-angguk kemudian memandang gadis itu teragak-agak sekali lagi. "Er... Sarra..."
"Ya.?" Sarra memandang wajah Miezza.
"Kalau boleh..." Miezza cuba menyusun ayat. "Jangan panggil 'kak' tu. Panggil Miezza je dah cukup. Saya tak biasa."
"Oh... Okey." Sarra hanya tergelak kecil. "Tak ada masalah."
Miezza hanya tersenyum melihat gelagat ayu dan sopan gadis itu. "Sarra memang suka baca buku 'Penenang Jiwa' tu ke.?"
Sarra mengangguk-angguk. "Abang Zul selalu bagi kat Sarra."
Miezza tersentak mendengar nama itu. Dia juga sudah tahu bahawa Sarra adalah tunang kepada Anas Zulfiqar, lelaki yang meluahkan perasaannya pada Miezza sebelum ini. Dia tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa ada sesuatu telah berlaku tanpa pengetahuan gadis itu bagaimanapun tidak dapat diungkapkan.
"Kak... Eh! Miezza...." panggil Sarra.
"Ya.?" Miezza memandang gadis itu.
"Ada apa-apa yang tak kena ke.?" tanya Sarra tiba-tiba.
"Ah... Tak." Miezza seperti baru tersedar dari khayalan kemudian menggeleng erlahan. "Tak ada apa-apa."
"Oh." Sarra tersenyum sambil menarik nafas lega. Dia langsung tidak perasan mengenai apa-apa.
Miezza cuba membuang jauh-jauh ingatannya terhadap perkara itu.
"Abang Zul..."
Miezza tersentak sekali lagi. Kenapa nama itu disebut.? Miezza segera memandang Sarra bagaimanapun gadis itu kini sedang tercengang memandang ke arah lain. Mereka kini sudah berhenti berjalan. Miezza agak terkejut melihat seseorang yang sedang berdiri dari arah bertentangan memandang mereka turut dengan wajah terkejut. Anas Zulfiqar menelan air liurnya apabila melihat Sarra, tunangnya bersama Miezza, orang yang dicintai pada ketika itu. Tangannya mula terketar-ketar.
YOU ARE READING
Hanya Di Dalam Doa ✔
EspiritualBerdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Setiap kisah mempunyai mesej yang tersendiri. Ia bermula dengan dua adik beradik yang masuk ke madrasa...