Bab 1

3.2K 140 5
                                    

Cinta adalah satu fitrah bagi manusia. Sesiapa pun tidak boleh menolak rasa cinta yang akan hadir di dalam jiwa. Akan tetapi, bezakanlah cinta mana adalah yang sebaik-baik cinta. Adakah cinta kita adalah cinta kerana Allah ataupun cinta kerana nafsu.

Keindahan bumi ciptaan Tuhan ini tiada bandingannya. Lengkap dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang merimbun menambahkan kesegaran pada udara yang dihirup. Seperti biasa, Madrasah Al-Firdausi diliputi dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga cerita-cerita tentang agama. Madrasah yang sudah dibangunkan semenjak lima belas tahun dulu itu semakin berkembang maju dari segi pembinaannya dan juga persekitarannya. Ianya sebuah tempat yang mendidik remaja agar lebih faham tentang agama dan menjauhkan mereka daripada duniawi.

TOK!!TOK!!TOK!!

"Masuk."

Pintu dikuak perlahan.

"Assalamualaikum, Ustazah." seorang lelaki berkening lebat dengan mata yang tajam, berkopiah coklat dan tersenyum menawan memberi salam dengan lembut ketika kepalanya muncul di balik pintu.

"Wa'alaikumsalam." sambut Ustazah Hadizah lembut. "Ah... Hassan. Mari masuk ke dalam."

Lelaki itu segera masuk ke dalam ruangan pejabat itu.

"Duduk."

Hassan Al-Akhbar, yang merupakan ketua muslimin di madrasah itu segera duduk. "Ada apa Ustazah panggil saya ke sini.?"

Ustazah Hadizah tersenyum manis. "Ustazah nak tahu perkembangan di Madrasah. Bagaimana dengan pelajar.? Semuanya baik.?"

"Alhamdulillah. Semuanya baik Ustazah." jawab Hassan.

"Baguslah begitu." Ustazah Hadizah tersenyum lagi.

"Ustazah."

"Ya.?"

"Saya dengar ada budak yang akan masuk nanti." Hassan memandang Ustazah itu. "Betul ke khabar tu.?"

Ustazah Hadizah tersenyum dari balik kacamatanya. "Betul."

Hassan sedikit terkejut kemudian mengangguk-angguk.

"Tapi muslimat."

Sekali lagi Hassan memandang Ustazah Hadizah. Kali ini dia betul-betul terkejut bagaimanapun tidak kelihatan pada reaksinya.

"Tak silap esok mereka masuk."

Hassan mengangguk-angguk tanda faham.

"Ada apa-apa lagi, Hassan.?" Tanya Ustazah Hadizah.

"Er... Tak ada."

"Baiklah. Kalau macam tu... Itu sajalah."

Hassan bingkas bangun bersedia untuk beredar.."Saya pergi dulu, Ustazah. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam."

Hassan keluar dari pejabat itu. Dia memandang ke sekeliling cuba memerhati keadaan di madrasah itu. Kelihatan ramai kelompok-kelompok manusia yang sedang rancak berbual-bual dan berbincang sesama mereka. Langkah kaki Hassan tiba-tiba terhenti. Dia terpandang seorang gadis yang sedang duduk bersendirian di antara orang ramai sambil mengelamun jauh. Nur Amirah Hasanah, ketua pelajar muslimat seorang yang berperwatakan lembut dan penyabar. Hassan segera mendekati gadis itu.

"Assalamualaikum."

Tiada jawapan yang diterima. Amirah langsung tidak sedar kehadiran Hassan di situ dan masih lagi mengelamun jauh.

"Assalamualaikum, Amirah." Hassan cuba mengeraskan sedikit suaranya agar didengar oleh gadis itu.

"Ah... Wa'alaikumsalam." Amirah tersentak. Buku yang berada di atas ribanya terjatuh ke lantai akibat terkejut. Cepat-cepat dia mengutip buku itu kemudian memandang Hassan. "Hassan... Ada apa.?"

Hassan tersenyum. "Dengar cerita akan ada muslimat yang masuk nanti.?"

"Ah... Ya. Dua orang." jawab Amirah. "Esok mereka masuk."

Hassan berkerut kerana Amirah seperti tidak begitu gembira. "Awak nampak macam tak gembira je."

Amirah berusaha mengukir senyuman diwajahnya. "Berapa ramai pun pelajar muslimat masuk ke sini saya tetap akan keseorangan."

Hassan berdiam diri. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Mungkin saya memang membosankan." sambung Amirah cuba menampakkan kegembiraan disebalik kekecewaan hatinya. "Tak mengapalah."

Hassan Al-Akhbar tiba-tiba mengukir senyuman manis. "Ini semua ujian. Mungkin Allah nak Amirah dekat denganNya sebab tu Amirah dijauhkan dari mereka."

Hati Amirah tersentap seketika. Kata-kata Hassan memang benar. Kenapa dia harus bersedih sedangkan Allah sentiasa ada disisinya.


_________________________________________________


A/n: You may ask if you didn't understand. This is only the first chapter. And the whole story is a fiction. There's no relation to people. I hope you enjoy it. Sebab ni memang banyak keagamaan, takut ada yang korang tak faham. Huhuhu. Btw, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Hanya Di Dalam Doa ✔Where stories live. Discover now